Thursday 22 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 13









Erhan tersenyum sendiri membaca surat kiriman dari penyamar Lasindah. Sehingga kini dia tidak mengetahui siapa nama pengirim surat itu kerana dia tidak mahu si pengirim berhenti menulis surat kepadanya. Sudah menjadi kebiasaan Erhan setiap kali Lieza meninggalkan surat di atas mejanya. Dia berharap sampul surat pink itu ada di antara surat yang di terima. Dia merasa teruja setiap kali menerima surat dari si pengirim walaupun dia tidak mengenali siapa si pengirim surat misteri itu. Pada Erhan mengenali si pengirim misteri adalah perkara yang menarik. Dia tidak tahu siapa si pengirim dan si pengirim misteri tidak tahu siapa dirinya. Di dalam surat mereka hanya berkongsi cerita mengenai perkara yang berlaku pada kehidupan seharian mereka tapi tidak menjelaskan perkara yang specific.

 
 
 

Kali ini si pengirim menceritakan pengalamannya berdepan dengan lelaki yang tidak elok perangainya. Sedikit sebanyak mencuit hatinya kerana si pengirim seorang wanita yang lucu. Dan dia pula menceritakan kepada si pengirim mengenai mama dan adik tirinya yang berada di Malaysia.

 
 
 
 

No names. No job description and no specific. Walaupun wanita itu sudah mengetahui akan namanya kerana setiap surat kirimannya dia ada meletak namanya. Namun dia tidak khuatir kerana dia tidak mempunyai sebarang social media networking kerana Erhan seorang lelaki yang utamakan privacy.

 
 
 

“Surat dari Lasindah???,” tanya Lieza bila di lihatnya Erhan sedang memegang sekeping kertas berwarna pink. Stationery Lasindah.

 
 
 
 

“Eh..kok kamu tahu,” jawab Erhan lalu tersenyum tertiba berbicara bahasa ibundanya. Ini semua gara-gara mama dan Eryan. Sejak mereka di sini dia mengunakan bahasa ibundanya terus kerana mereka berdua tidak bisa berbahasa melayu.

 
 
 
 

“Iya saya tahu..karna kamu senyum terus dari tadi boss,” jawab Lieza mengusik majikannya. Sejak Ibu Ayu berada di sini. Sedikit sebanyak lidahnya sudah bertukar menjadi lidah indon. Haha sesekali hendak berbahasa Indon dengan Mr. Erhan apa salahnya.

 
 
 
 

“Ah kamu suka bercanda ya Lieza..,” jawab Erhan tersenyum bila Lieza mahu berbicara bahasa Indonesia dengannya.

 
 
 
 

“Apa cerita Lasindah kali ini bos??,” tanya Lieza lagi, sejak Lasindah baru hadir dalam hidup majikannya. Perangai buruk bosnya yang suka marah-marah sudah berkurangan. Tidak macam dahulu. Sentiasa berangin pantang dia buat silap sikit pasti di marahinya. Sekarang Alhamdullilah majikannya sudah pandai mengawal perasaan marahnya.




 

“Kamu ingin tahu??,” soal Erhan lalu mengerutkan dahinya tidak sangka Lieza berminat ingin tahu pengirim surat misterinya.

 
 
 
 

“Kalau bos nak kongsi dengan sayalah..kalau tak..tak apa,” jawab Lieza lalu mencapai fail yang sudah di tandatangan bosnya untuk di beri kepada akaun.

 
 
 

“Nah kamu baca aja sendiri,” jawab Erhan lalu menyerahkan surat itu kepada Lieza.

 
 
 

“Kamu serious boss???,” tanya Lieza lalu membesarkan matanya bila Erhan membenarkan dia membaca surat dari Lasindah. Wah! Apa yang telah terjadi dengan boss aku ni?? Mana pergi Erhan yang garang amat dan panas baran yang pernah aku kenali dahulu.

 
 
 

“Eh udah kamu henti ngomong bahasa ibunda saya..nanti kalu saya ngomong bahasa Indonesia terus..kamu tidak ngerti,” jawab Erhan bila Lieza tidak henti-henti berbahasa Indonesia.

 
 
 

Lieza tersengih tak ubah seperti kerang busuk bila Erhan berkata demikian. Haha. Boss dah sound baik dia hentikan sebelum dia naik angin. Lieza menarik kerusi di hadapan meja Erhan lalu duduk. Dia mula membaca surat yang di tulis tangan oleh wanita yang menyamar sebagai Lasindah. Wah wanita ini pandai betul meniru tulisan tangan Lasindah kerana tulisannya mirip betul dengan tulisan tangan Lasindah yang asli. Berani betul wanita ini berbuat perkara begini. Nasib baiklah angin Mr. Erhan ok. Kalau tidak pasti wanita ini di samannya kerana menyamar menjadi Lasindah.

 




“You sukakan dia ke boss?,” tanya Lieza lalu memandang wajah majikannya. Bukan dia mahu jaga tepi kain Erhan. Dia sebenarnya kesiankan majikannya. Majikannya seorang lelaki yang baik. Walaupun dia tu garang sikit tapi hatinya baik. Dia tidak sangka Lasindah sanggup mempermain-mainkan hati dan perasaan Erhan.

 
 
 

“Kenapa awak tanya??,” soal Erhan ingin tahu mengapa Lieza bertanya samada dia suka pada pengirim misteri itu.

 
 
 

“She sound nice,” jawab Lieza lalu menyerahkan kembali surat itu kepada Erhan. Erhan menyambut.

 
 
 

“Awak boleh tahu perangai seseorang itu melalui surat sahaja??,” tanya Erhan lagi. Dia ingin tahu pendapat Lieza mengenai pengirim misteri itu. Dia akui kebenaran kata-kata Lieza. Si pengirim seorang wanita yang baik. Dia ingin membalas suratnya dan mahu mengatur pertemuan dengan si pengirim.

 
 
 

“Saya tak arif sangat tentang perkara ini..tapi dari cara penulisannya saya dapat mengetahui bahawa peribadi si pengirim adalah seorang wanita yang baik walaupun cara dia agak nakal kerana menyamar sebagai Lasindah..mungkin dia ada sebab mengapa dia berbuat demikian,” jawab Lieza lalu membuahkan senyuman pada Erhan.

 




“Ada sebab kenapa dia berbuat demikian?? Mungkin ada benarnya apa yang awak katakan..do you think it’s the best time for us to meet??,” tanya Erhan lagi.

 
 
 

“Dah berapa lama you berdua exchange surat ni Mr. Erhan?,”

 
 
 
 

“Dah nak masuk 3 bulan..kenapa awak tanya?,”

 
 
 
 

“3 bulan?? I think you both should meet dan berkenalan..I’m sure both of you tak sabar hendak bertemu kan..,” usik Lieza tersenyum lagi.

 
 
 
 

“How do you know?,” soal Erhan lalu tersenyum bila Lieza mengatakan bahawa dia tidak sabar mahu bertemu dan berkenalan dengan si pengirim misteri. Ya, sudah tiba masanya dia memperkenalkan dirinya kepada si pengirim misteri. Siapa tahu jodohnya sudah tertulis dengan wanita itu.

 
 
 
 

“It’s time for you to have someone in your life Mr. Erhan..dah setahun you bersendirian..No dates!..No girlfriend!..go and meet her..siapa tahu she is the one for you,” ujar Lieza. Sejak Erhan berpisah dengan Lasindah setahun yang lalu Erhan tidak percaya pada wanita. Setiap kali wanita mahu berkenalan dengannya dia tolak kerana masih tidak bersedia. Dia tidak tahu apa yang menarik tentang wanita yang menyamar sebagai Lasindah kerana berjaya membuka pintu hati bossnya untuk menerima wanita semula.

 
 
 
 

“Awak benar-benar ambil berat tentang diri saya Lieza..terima kasih, saya minta maaf jika layanan saya terhadap diri awak selama ini agak kasar dan tidak bertimbangrasa…I’m being hurt so much Lieza..my heart needs time to heal..thank you for your kind understanding, I really appreciated it,” jawab Erhan perlahan. Dia sedar selama ini Lieza selalu di jadikan sasaran kemarahannya. Dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya menghukum Lieza kerana perbuatan Lasindah. Tapi dia tidak mampu mengawalnya kerana hatinya terlalu terluka kerana dia tidak menyangka Lasindah sanggup menghancurkan hatinya kerana dia benar-benar cintakan Lasindah. Dan selama ini menyangka wanita itu benar-benar cinta padanya. Rupanya Lasindah hanya berpura-pura kerana dia punya agenda lain. Lasindah mahu mereka bernikah kerana mahu memiliki harta kepunyaannya dan bukan kerana cinta padanya. Dan di sebabkan itu Erhan tidak percaya kepada wanita. Setiap kali ada wanita yang cuba mendekatinya dan mengetuk pintu hatinya. Erhan menolak jauh-jauh kerana tidak lagi percaya pada mereka kerana pada Erhan mereka punya agenda lain.

 
 
 
 

“I’m happy if you happy boss..tak lah stress I kerja dengan you bila you happy,” jawab Lieza lalu membuahkan senyuman. Dia tidak pernah berbual serious dengan bossnya selama ini, kerana urusan dia dengan Erhan totally professional working only, no pep talk at all, kerana Erhan tidak friendly dan sentiasa kelihatan serious. Jangan katakan duduk berbual seperti ini hendak mengusiknya pun Lieza tidak berani. Dia benar-benar berterima kasih kepada wanita misteri itu kerana berjaya mengubah hati Erhan. Kalau dia berpeluang bertemu dengan wanita itu nanti. Hendak dia ucapkan ribuan terima kasih kepadanya.

 
 
 

                              “I’m really sorry for making you feel that way..next time bila I marah-marah you..you can marah me back,” jawab Erhan merasa bersalah bila Lieza mengatakan bahawa dia merasa tertekan bekerja dengannya dahulu.

 
 
 
 

                              “Hopefully I tak perlu buat begitu lagi sebab you dah ada new Lasindah..you nak meet her di mana boss?? Di R&R bistro??,” tanya Lieza.

 
 
 
 

                              “No..not here, I meet her somewhere, I don’t want her to know who I am, I just want her to meet Erhan the ordinary guy,” jawab Erhan tidak bercadang hendak bertemu dengan ‘Lasindah’ di restorennya. Dia tidak mahu pekerja yang mengenalinya akan terlepas kata dan merosakkan rancangannya. Ada baiknya dia bertemu ‘Lasindah’ di tempat lain.

 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment