Wednesday 28 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 20









      Salam Lasindah…

 

Apa khabar mu di sana sayang..abang terhibur membaca cerita darimu. Abang dapat membayangkan bahawa sayang seorang wanita yang periang dan lucu sekali. Dari cerita yang sayang tulis di dalam setiap surat kiriman sayang. Membuatkan abang sering berharap bahawa kita dapat bertemu...

 
 

Ok..harap kita dapat bertemu??? Aku mengosok mataku berkali-kali bila membaca ayat itu. Untuk memastikan bahawa aku tidak tersilap baca. Almaklumlah aku membaca surat Erhan hampir ke satu pagi mungkin mata aku menjadi kabur kerana mengantuk. Kenapa aku baca surat Erhan hampir satu pagi sebab aku tidak punya masa untuk membaca sejak balik kerja tadi. Dan aku tidak mahu membaca esok kerana tidak dapat menunggu hari esok.

 
 
 

Sayang..abang benar-benar mahu bertemu dengan sayang..tidak tertanggung rasa rindunya abang terhadap diri sayang. Abang merasakan bahawa abang sudah begitu mengenali sayang dan abang mahu kita bertemu.

 
 
 

Oh abang! Sayang juga merindui abang tapi sayang takut hendak bertemu kerana aku bukan sayangmu yang asli. Bagaimana sekarang Marsha! Bagaimana jika Erhan tahu bahawa aku bukannya Lasindah! Bagaimana jika bila aku bertemu dengan Erhan aku benar-benar suka dan cintakannya???? Bagaimana?? Aku merebahkan diri di atas katil. Terlalu banyak Bagaimana??? Di benak fikiranku.

 
 
 

Erhan mahu ketemu. Aku juga mahu ketemu dengannya. Tapi bagaimana? Bagaimana hendak kuterangkan kepada Erhan bahawa aku bukan Lasindah. Dapatkah Erhan menerima penjelasanku dan menerimaku nanti. Dan bagaimana jika aku tidak dapat menerima penolakan cinta dari Erhan sepertimana aku dapat terima penolakan dari Azlee. Bagaimana Marsha? Bagaimana?

 




Buntu aku di buatnya. Ini semua pandai aku juga kerana tidak pernah memikirkan semua ini ketika aku membalas surat Erhan pertama kali. Aku tidak pernah berharap perbuatan suka-suka aku itu akan menjadi serious. Aku tidak pernah terfikir bahawa aku boleh jatuh hati pada Erhan kerana aku tidak percaya dengan cinta blind date.

 
 
 

Dan aku tidak dapat menipu Erhan dengan menyamar Lasindah selamanya. Lambat laun Erhan akan tahu siapa wanita yang membalas surat itu. Aku tidak mahu hubungan kami dimulakan di atas dasar pembohongan dan tidak jujur. Aku akan berterus terang pada Erhan bahawa aku bukannya Lasindah. Jika Erhan dapat menerima penjelasan, sebab mengapa aku berbuat demikian dan dapat menerima aku sebagai Marsha. Aku merasa bersyukur. Akan tetapi jika Erhan tidak dapat menerima bahawa aku bukan Lasindah. Aku redha dan terima keputusannya.

 




Benarlah kata Salena perbuataan aku ini akan memakan diri sendiri. Aku benar-benar tidak menyangka hati ini boleh jatuh cinta pada Erhan, lelaki yang tidak pernah aku kenali dan temui sebelum ini. Aku jatuh cinta padanya melalui surat-surat kiriman yang di beri kepada Lasindah.

 
 
 

Aku mengeluh kecil memikirkan masalah yang aku reka sendiri. Aku rasa ada baiknya aku bertemu dengan Erhan dan akhiri masalah yang aku reka ini. Aku tidak sanggup menipu Erhan lagi. Erhan lelaki baik yang pernah aku kenali.

 
 
 

Assalamualaikum abang …Lasindah berharap abang di dalam keadaan baik-baik aja. Sayang juga rindu pada abang dan ingin sekali bertemu dengan abang. Sayang berharap pertemuan ini tidak membuatkan hubungan kita semakin akrab namun jika ditakdirkan tidak seperti yang sayang harapkan. Sayang berterima kasih kepada abang kerana sudi mengenali sayang.

 




Aku berhenti menulis kerana surat kiriman ku kali ini tidak seperti surat-surat yang lalu ceria dan gembira kerana aku menceritakan kepada Erhan. Apa yang berlaku pada kehidupan harianku. Surat kali ini agak serious kerana mungkin surat terakhir yang dapat ku kirimkan kepada Erhan. Mungkin selepas pertemuan kami Erhan tidak lagi mengirim surat kepadaku setelah dia mengetahui siapa aku yang sebenarnya. Hatiku menjadi sayu tiba-tiba. Kalau ada jodohku dengan Erhan adalah. Bisikku perlahan lalu menyambung menulis surat kepada Erhan.

 

 

****

 

 

                              Erhan mengerutkan dahinya perlahan bila membaca surat kiriman so-call Lasindah kali ini. Suratnya tidak seceria selalu. Apa yang telah terjadi pada so-call Lasindah? Kenapa suratnya kali ini berbaur kesedihan dan kesayuan? Lasindah bersetuju mahu bertemu dengannya tapi dalam masa yang sama dia merasa sedih. Kenapa? Mungkin so-call Lasindah merasa khuatir jika dia tidak dapat menerimanya. Erhan tiba-tiba merasa bersalah. So-call Lasindah tidak mengetahui bahawa dia sudah tahu bahawa si pengirim surat itu bukan Lasindah yang sebenar. Erhan melipat semula surat kiriman Lasindah lalu di masukkan ke dalam saku jaketnya. Dia duduk menyandarkan diri memerhatikan Eryan berlari keriangan ke sana sini ditemani Lieza. Mamanya masih belum puas berbelanja di KL. Dia dan Lieza menjadi nanny untuk menjaga Eryan. Erhan tidak kisah kerana dia suka melayan karenah Eryan yang comel dan lucu itu. Hubungan mereka semakin rapat. Si kecil sayang sekali pada kakaknya. Semalam dia membawa Eryan ke Amusement Park sendirian tanpa di temani sesiapa. Erhan tidak menghadapi sebarang kesulitan kerana dia dibantu oleh beberapa orang ibu-ibu yang membawa anak mereka di sana kerana merasa kasihan melihat Erhan menguruskan Eryan. Mereka menyangka dia adalah ayah tunggal kerana membawa anak sendirian tanpa di temani isteri. Erhan tersenyum sendiri bila mengimbas kembali peristiwa semalam di malam dia dibantu oleh beberapa orang ibu untuk melayan karenah Eryan. Mereka berkongsi pelbagai tips dengannya cara-cara melayan anak seusia Eryan.

 
 
 

                              “Kakak..ayuh kita ke sana??,” ujar Eryan menarik tangan Erhan lalu menundingkan jarinya kearah kedai yang menjual belon. Matanya tertarik kepada belon Thomas berwarna biru. Dia mahu memilikinya.

 
 
 

                              “Ok,” jawab Erhan lalu bangkit dari tempat duduknya berpimping tangan menuju kearah kedai yang menjual belon. Terdapat beberapa orang anak-anak kecil yang turut berada di sana ingin memiliki belon yang comel-comel.

 

 

*****

 
 
 

                              “Apa mimpi kau hendak makan ice cream tiba-tiba ni??,” tanya Salena lalu menoleh kearah Marsha. Lepas lunch tadi Marsha mengajaknya berjalan di seberang bangunan tempat kami bekerja. Beberapa meter dari situ terdapat sebuah taman dimana ramai yang suka duduk berehat pada waktu-waktu begini. Ada juga yang mengambil peluang untuk bersantai dan makan di sana kerana terdapat meja dan kerusi di sediakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk jogging pada waktu makan tengahari. Taman di tengah kota. Dan disitu juga terdapat van yang menjual ice-cream.

 




                              Aku tidak menjawab soalan Ena kerana aku masih memikirkan tentang pertemuan aku dengan Erhan nanti. Aku merasa nervous dan tidak dapat tidur lena semalam kerana asyik memikirkannya. Aku khuatir Erhan tidak dapat menerima aku.

 
 
 

                              “Eh Marsha..aku tanya kau senyap aje..kenapa?? Masalah dengan Erhan??,” tanya Salena lagi bila temannya hanya mendiamkan diri bila di tanya tadi.

 
 
 

                              “Kau tanya apa tadi?,” soalku lalu duduk di bangku berdekatan.

 
 
 

                              “Apa mimpi kau nak makan ice-cream musim-musim sejuk macam ni?,” ujar Salena lalu memeluk tubuhnya menahan sejuk. Angin yang meniup cukup membuatkan dia kesejukan. Menyesal pula dia tidak memakai cardigan semasa keluar dari office tadi. Pagi tadi hujan lebat. Dah tengahari baru hujan berhenti.

 
 
 

                              “Saja..dah lama kan kita tak jalan-jalan kat Taman ni?? Sesekali santai macam ni best jugak kan?,” ujarku lalu memandang wajah Salena yang duduk di sebelahku. Kami leka memerhatikan pengunjung-pengunjung yang berada di Taman. Ada yang duduk sambil makan dan membaca surat khabar. Ada berjogging dan ada juga yang membawa keluar bersiar di taman. Aku suka duduk di Taman dan tempat seumpamanya jika aku mahu release stress memerhatikan gelagat-gelgat manusia cukup membantu aku untuk melupakan masalah aku seketika.

 
 
 

                              “Hmm ni mesti ada masalah dengan Erhan kan???..kau kalau tak ia – ia tak akan ke tempat-tempat seperti ini..dulu kau frust dengan Azlee pun kau suka ke tempat seperti ini?,” tegur Salena lalu menoleh kearah Marsha.

 
 
 

                              “Obvious sangat ke?? Bukan masalah…cuma aku nervous,” jawabku perlahan lalu memandang kearah kanak-kanak yang terdapat di taman leka bermain dengan belon sabun.

 
 
 
 

                              “Nervous!! Nervous kenapa??,” tanya Salena.

 
 
 
 

                              “Erhan nak jumpa,” jawabku ringkas tanpa mengulas panjang.

 
 
 
 

                              “Dia nak jumpa yang kau nervous sangat kenapa? Kau juga yang dulu tak sabar menanti saat untuk bertemu dengan Erhan..bila dia ajak jumpa kau nervous pulak,” bebel Salena. Marsha pelik. Dulu tak sabar hendak bertemu dengan si Erhan. Tapi bila Erhan hendak berjumpa dia pula merasa gementar.

 
 
 

                              “Yelah nervous sebab aku hendak berterus terang dengannya bahawa aku bukan Lasindah, dan aku khuatir dia tak dapat terima penjelasan aku,” ujarku lalu menyilang kaki dan memeluk tubuh.

 



                             “Oh nervous sebab tu..kau betul-betul serious sukakan Erhan ke??,” tanya Salena. Apa Marsha benar-benar sukakan Erhan? Masakan temannya itu boleh jatuh cinta pada lelaki yang tidak pernah ditemui dan di kenali. Pelik dia dengan temannya yang berjiwa romantic karat ini. Naik berbuih dia menasihati Marsha supaya jangan terjebak dengan cinta angan-angannya ini. Itulah terlalu sangat baca artikel dari ED hingga Marsha menjadi angau sendiri. Haiz.

 
 
 
 

                              “Kalau aku kata aku cintakan Erhan bagaimana?,” soalku lalu menoleh kearah Salena.

 





                              “Aku rasa kau dah gila,” jawab Salena selamba lalu melemparkan pandangan kearah van ice-cream. Matanya tertancap kepada seorang lelaki yang berada di van yang menjual ice-cream.

 
 
 
 

                              “Memang aku gila pun,” jawabku selamba juga dan tidak terasa hati dengan komen Salena.

 
 
 

                              “Eh Babe!! Cuba kau tengok lelaki yang pakai baju plaid warna biru kat van ice-cream tu? Lelaki yang kau langgar kelmarin kan?,” ujar Salena lalu menepuk lengan Marsha meminta temannya memandang ke arah van ice cream di hadapan mereka.

 
 
 

                              Aku memandang kearah lelaki yang di maksudkan Salena. Lelaki yang memakai baju kemeja plaid berwarna biru itu sedang memilih ice-cream untuk anak kecil yang berada di sebelahnya. Memang sah lelaki yang aku langgar kelmarin dan kelmarin yang seterusnya. Aku tidak akan lupa pada wajahnya bukan kerana aku sukakan dia. Tapi kerana aku seringkali terlanggarnya dan lelaki itu sudah menjadi teman gaduhku. Siapa anak kecil di sebelahnya itu? Anaknya? Dia sudah berkeluarga?

 




                              “Dia kan? Betul tak?,” soal Salena tidak sabar ingin tahu samada betul atau tidak lelaki itu adalah lelaki yang sama.

 
 
 
 

                              “Hmm…,” jawabku lalu menganggukkan kepalaku perlahan. Malas hendak rasa excited pun. Aku dengan dia bukan kawan pun. Teman lawan. So tak perlu nak excited. Apa yang aku pelik. Di mana aku berada pasti terjumpa lelaki itu juga. Dunia ini benar-benar kecil.

 
 
 

                              “OMG!!! Dia dah kahwin dah ada anak?? Melepas lah aku? Baru hendak jadikan boyfriend,” ujar Salena lalu mendengus perlahan. Dia tidak menyangka lelaki itu sudah berkahwin. Lagaknya seperti orang yang belum berkeluarga.

 
 
 

                              Aku tersenyum bila Salena kecewa benar bila mendapati lelaki idamannya itu sudah berkeluarga. Haha baru tahu rasa kecewa. Seketika kemudian kami melihat seorang wanita jelita menghampiri mereka berdua. Dan lelaki itu menyerahkan ice-cream kepada wanita itu yang aku pasti adalah isterinya. They look so lovely together. Keluarga yang bahagia. Mereka kelihatan happy sangat. Aku dan Erhan begitukah nanti? Soalku dalam hati.
 
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment