Thursday 8 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 4










“Amboi senyum sampai ke telinga..apahalnya yang kau happy sangat?? Encik Haiqal beri kau bonus yang kau mintak dari dia ke??,” tegur Salena lalu meletak Yami yougurtnya di hadapan. Marsha kelihatan tersenyum dan berangan sendiri sedari tadi. Apa yang dia angankan? Dia hendak tahu juga. Si Marsha ni penuh dengan imiginasi yang awang-awangan. Maklumlah dia kan ‘Hopeless romantic’ terkadang tu dia tidak tahu di mana Marsha mendapat idea-idea romantic begitu.

 
 
 

“Encik Haiqal beri bonus…lambatlah,” jawabku lalu menjeling. Aku tahu Encik Haiqal tu ada sikit Bakhil. Tak kan ia lah dia hendak beri aku bonus.

 



Aku memandang wajah Salena tersenyum lagi bila Salena bertanya kenapa aku kelihatan gembira dan senyum tak sudah-sudah sejak pagi tadi.

 
 
 

“Aku dah hantar surat pada Erhan..mesti surat tu dah sampai padanya semalam,” ujarku tersenyum lebar. Lepas tulis surat tu aku tangkap gambar. Boleh beri pada Salena supaya dia dapat membaca isi kandungan surat itu.

 
 
 

Salena tersedak kecil bila Marsha mengatakan dia sudah membalas surat Erhan. Serious???!! Dia fikir Marsha hanya bergurau bila dia katakan hendak membalas surat Erhan dia benar-benar tidak menyangka Marsha benar-benar balas surat Erhan.

 
 
 

“Huh..!! kau biar betul?? Kau ni benar-benar gila kan,”

 
 
 

Aku menganggukkan kepala perlahan. Haha dia baru tahu ke tahap kegilaan aku tu. Ini baru surat belum bab sesi kenal mengenal lagi.

 
 
 

“Kau rasa si Erhan tu convince ke yang tulis surat tu Lasindah?,” soalku ingin tahu pendapat Salena.

 
 
 

“Eh manalah aku tahu..isi kandungan surat tu pun aku tak baca lagi, macamana aku hendak beri kau pendapat samada dia convince ke tidak??,” jawab Salena lalu mengigit sudu plastic yougurt.

 
 
 

Aku mencapai Note 3 lalu menekan gallery mencari photo surat yang ku tulis buat Erhan setelah jumpa aku serahkan Note3ku kepada Salena. Salena menyambut. Sudu plastic di mulutnya di letak ke dalam mangkuk yougurt lalu membaca surat Marsha dengan tekun.

 
 
 

Salena tidak dapat menahan diri lalu tertawa kecil bila membaca surat Marsha. Betul ke si Marsha ni hantar surat ini kepada Erhan?

 
 
 

“Eh kenapa kau ketawa???,” soalku hairan. Lucu ke isi kandungan surat aku tu. Bahasa yang aku guna bahasa jiwa bab mana yang lucunya?

 
 
 

“Kalau surat ini lah yang kau hantar confirm dia rasa suspicious yang pengirimnya bukan Lasindah,” ujar Salena menyerah kembali Note3 kepada Marsha.

 
 
 

“Huh??? Kau biar benar ayat jiwang aku tulis tu..,” jawabku merasa tidak puas hati dengan komen Salena. Aku baca sekali lagi isi kandungan surat yang ku beri pada Erhan. Semua ok je.

 
 
 

“Kau tulis lirik lagu ‘Sayang’ dari Shae,” ujar Salena tertawa lagi.

 
 
 

“Lirik lagu sayang??,” soalku tidak mengerti. Huh!? bila masa pula aku tulis lirik lagu sayang.

 
 
 

“Ler..tak kan kau tak pernah dengar lagu ‘Sayang’…’Sayang apa khabar denganmu..Di sini kumerindukan kamu..Ku harap cintamu tak kan berubah..Karna di sini ku tetap untukmu..,” nyanyi Salena.

 
 
 

Aku mengerutkan dahi menafikan bahawa apa yang aku tulis itu adalah lirik lagu ‘Sayang’. Masa aku tulis perkataan itu keluar laju aje dari fikiran aku.

 
 
 

“Ler..tak tahu lagi..meh aku nyanyikan korus nya..’Sayang dengarlah permintaanku..Jaga hatimu untukku..Sayang dengarlah bisikan hatiku..Karna ku sayang kamu..oh..oh..oh,” nyanyi Salena dengan penuh perasaan dan expresi di wajahnya.

 
 
 

Hatiku menjadi kecut sendiri bila menyedari kebenaran kata-kata Salena. Semasa aku menulis surat itu memang laju aje idea keluar, sebab masa balik kerja dalam kereta Salena, DJ radio putarkan lagu itu berulang-ulang. Aku memang tidak ambil perhatian langsung akan lagu itu. Tapi oleh kerana selalu di putarkan ia melekat di fikiran ku. Patutlah tangan aku laju aje semasa tulis surat. Aduh! Kalau yang benar aku tulis lirik Sayang. Tentunya Erhan tahu aku bukan Lasindah. Aduh! Gila amat!

 
 
 

“Yang benar itu lirik Sayang??,” ujarku lalu menarik tangan Salena bila wanita itu habis menyanyi.

 
 
 

Salena menganggukkan kepalanya berkali-kali.

 
 
 

Aduh! Bodoh amat aku ni? Aku percaya Erhan tidak akan membalas surat yang di terima kerana dia tahu si pengirim surat ini bukan Lasindah tapi wanita yang otaknya mereng!

 






bersambung....









 

1 comment: