Monday 12 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 6




 
 
 
 

Sebaik sahaja abang posmen pergi meninggalkan gate rumah. Aku cepat-cepat menuju kearah peti surat. Tidak sabar rasanya. Aku ingin tahu samada Erhan membalas surat aku ke tidak? Sudah hampir 3 minggu. Erhan tidak balas surat aku langsung. Apa dia tahu surat itu bukan dari Lasindah? Kalau dia tahu jangan haraplah aku dapat surat balasan dari Erhan. Aku mencebik sedih. Aku membuka peti lalu mencapai surat-surat yang terdapat di dalam peti. Aku menutup peti surat lalu berjalan menuju ke dalam rumah. Surat-surat ku campak ke atas meja. Aku ke dapur membancuh kopi. Aku kembali ke ruang tamu dan mug berisi kopi ku letak di atas meja.

 
 

 

Aku mencapai surat-surat di atas meja. Salena..Salena..Marsha…Lasindah. Uikk!!! Lasindah! Hatiku melonjak gembira. Erhan balas surat aku! Yes!!! Jeritku kuat. Surat yang tidak berkenaan aku campak di atas meja. Sampul surat berwarna beige itu ku buka dengan segera. Lalu menarik kertas dari dalam sampul itu perlahan. Jantungku dup..dap..dup..dap ingin tahu apa yang di tulis Erhan.

 

 
 

Bismillah, aku membuka lipatan surat itu lalu membaca surat dari Erhan. Tulisan tangan Erhan memang cantik kemas dan teratur. Aku dapat membayangkan Erhan seorang lelaki yang teratur dan segak. Yelah tu! Macam aku tahu. Buatnya dia orang tua sebab orang tua yang ‘old school’. Aku sudah bayangkan lelaki tua memakai suit. Isskk potong betul. Dah!! aku hendak bayangkan pelakon ganteng Indonesia..macam Teuku Zacky atau macam Randy Pangalila ke??!!. Yes!

 

 
 

Erhan tidak tahu aku bukan Lasindah kerana di suratnya masih gunakan perkataan ‘Sayang’. Kalau dia tahu bukan Lasindah tak kan dia hendak tulis sayang kan? Wah! Feeling aku sekejap bila Erhan bersayang-sayang dengan aku. Rasa macam hendak peluk-peluk aje. Sweet sangat! Ini baru baca suratnya sahaja belum bertemu dengan orangnya. Ah syok sendiri aku di buatnya. Aku memang sah dah senget bercinta dengan orang pengirim surat yang aku tidak pernah temui dan kenali. Aku jatuh cinta dengan hanya kerna tulisannya sahaja. Ah lantaklah! Aku menyambung baca suratnya.

 

 
 

Aku cuba fahami isi kandungan suratnya. Apa yang aku boleh buat kesimpulan di sini. Pertama. Erhan belum pernah bertemu dengan Lasindah. Kedua. Erhan mahu tahu tentang diri Lasindah, dalam erti kata lain Erhan mahu Lasindah menceritakan kepadanya tentang dirinya. Apa yang Lasindah suka dan gemar. Macam surat pen pal. I loike! Ketiga. Erhan juga berjanji akan menceritakan tentang dirinya kepadaku. Dan menurut Erhan lagi Lasindah tidak perlu cerita tentang dirinya secara detail. Yes! Erhan sukakan misteri. Aku pun sukakan misteri. We share same common. Double Like!

 

 
 

Aku sudah mendapat idea apa yang hendak ku balas nanti. Aku akan ceritakan kepada Erhan tentang diriku. Kalau Erhan rasa apa yang aku tulis itu berlainan dengan Lasindah yang di kenali mudah sahaja aku hendak explain pada Erhan. People change. Lagipun selama setahun mereka tidak berbalas surat. Dalam masa setahun banyak perkara boleh berlaku ye tak? Entah-entah Erhan sudah berkahwin? Oh gosh! Aku mengetap bibir bila hatiku tiba-tiba berdetik demikian. Ah tak mungkin! Kalau benar dia sudah berkahwin mana mungkin dia berani membalas surat dari aku. Jika dia benar-benar sudah berkahwin mana mungkin dia membalas karna Erhan bercinta dengan Lasindah. Kalau Lasindah sudah di nikahinya. Mana mungkin dia membalas surat aku. Ye tak?

 

 
 

Sorry Lasindah! Aku sudah mencopet kekasih hatimu. Aku mencapai surat Erhan lalu mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Sudah mendapat idea apa yang hendak ku balas surat Erhan nanti. Aku membuka pintu bilik. Surat di tanganku ku letakkan di atas cabinet lalu membuka laci.

 

 
 

Huh??? Stationary aku dah habis??? No!! Macamana aku hendak balas surat Erhan? Aku menuju kearah meja disisi lalu mencapai handphone. Mintak-mintak Salena belum sampai taman ni lagi. Boleh minta dia tolong belikan stationery buat aku.

 
 

 

“Na..kau kat mana??,” tanyaku sebaik sahaja Salena menjawab telefon.

 

 
 

“Issk kau ni salam tak de..tiba-tiba tanya aku kan mana?,”

 
 
 
 

“Assalamualaikum Salena..kau kat mana sekarang?,” ujarku dengan lemah lembut dan sopan santun.

 

 
 

“Waalaikumsalam..Hah macam itu lah cakap sedap sikit telinga aku mendengarnya, aku on the way balik rumah..kenapa??,” jawab Salena. Tangannya menolak stering membelok ke kanan kearah simpang di hadapan.

 

 
 
 
“Kau boleh singgah belikan stationery untuk aku tak?,”

 

 
 

“Marsha sayang ni dah pukul berapa? Kedai semua dah tutup..esok-esok tak boleh beli ke?,” jawab Salena. Ingatkan si Marsha hendak kirim beli makanan untuk dia. Rupanya mahu dia singgah ke kedai stationery mana bukak dah pukul 9.30 malam pun. Apa yang urgent sangat?
 
 
 
 
 

“Isskkk tak apa lah,” jawabku lalu mengeluh perlahan. Tak ada chance aku hendak membalas surat Erhan malam ni. Isskk orang dah feeling-feeling ni.
 
 

 
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment