Tuesday 6 January 2015

Miss Congeniality





 
 
 
 

Sebuah lagi movie dari actress yang aku minati iaitu Sandra Bullock. Sandra bukan sahaja terkenal membawa watak dalam filem romantik komedi malah filem action juga. Sandra seorang actress yang versatile yang boleh membawakan watak yang berbeza. Salah satu movie lakonan Sandra yang menjadi kegemaran aku Miss Congeniality. Comedy + a bit of romantic + action. Movie ‘Chick Flick’.

Meh aku ceritakan sikit tentang cerita Miss Congeniality:-

Filem ini dimulakan dengan flashback ke zaman kanak-kanak Gracie Hart. Gracie hart membantu rakan lelaki yang sebaya dan juga di minatinya dari di buli dengan budak-budak nakal. Tetapi pertolongannya itu tidak di terima oleh budak lelaki itu kerana merasa malu bila dia dibantu oleh budak perempuan. Ini membuatkan Grace marah lalu menumbuk wajah budak lelaki itu.

Sekarang Gracie Hart (Sandra Bullock) merupakan seorang Agen Khas FBI. Di dalam operasi memerangkap penjenayah. Salah seorang ketua penjenayah tercekik kacang dan ini membuatkan Grace melanggar arahan ketuanya kerana mahu menyelamat lelaki itu dari mati tercekik malah menyebabkan teman seangkatannya cedera di tembak penjenayah. Grace di beri amaran oleh ketuanya kerana melanggar arahan. Grace juga di usik teman sekerja di sebab perbuatannya itu.

Tidak lama selepas itu, bironya mendapat tahu bahawa ada ancaman bom terhadap Miss Amerika Syarikat Cantik ke-75 dalam San Antonio, Texas, dari siasatan biro yakin surat ancaman itu datang dari pengganas domestik yang terkenal yang dikenali sebagai "The Citizen". Dalam project itu rakan setugas Gracie iaitu Ejen Khas Eric Matthews (Benjamin Bratt), dipilih untuk mengetuai misi untuk menghentikan serangan. Walaupun Eric dipilih sebagai ejen utama yang bertanggungjawab namun segala idea diberikan oleh Grace. Malah Grace memberi cadangan agar seorang daripada Ejen FBI menyamar menjadi peserta pageant Miss Amerika untuk menangkap penjenayah tersebut. Cadangan Grace itu diambil oleh Eric dan mereka mula mencari ejen wanita yang memiliki kriteria yang di kehendaki iaitu cantik dan bijak salah satu quality yang melayakan peserta untuk memasuki pertandingan tersebut. Eric meminta rakan FBI untuk mencari egen wanita yang sesuai dijadikan peserta untuk pertandingan tersebut. Setelah puas mencari namun tiada seorang pun yang berkelayakan kerana ada ejen yang cuti bersalin dan sebagainya, Eric meminta Gracie untuk menjadi peserta. Pada awalnya Gracie keberatan namun dia terpaksa akur kerana Eric merupakan ketua misinya. Untuk melayakan diri ke pertandingan ratu. Biro memerlukan perkhidmatan seorang jurulatih iaitu Victor Melling (Michael Caine) untuk membimbing Gracie kerana Gracie seorang wanita yang kasar dan tidak lemah lembut.

Victor Melling ditugaskan untuk mengajar Gracie cara berpakaian, berjalan, dan bertindak seperti seorang ratu. Dengan bantuan dan kepakaran Victor, Gracie berjaya menjadi peserta di Top 10. Gracie cuba menyesuaikan diri dan berkawan dengan peserta-peserta lain demi untuk mendapatkan maklumat dari mereka. Dengan maklumat yang di perolehi dari mereka terdapat beberapa suspek berada di dalam senarai beliau. Salah satunya adalah pengarah pertandingan dan juga bekas pemenang pertandingan ratu Kathy Morningside.

Bosnya tidak menerima suspect yang telah Gracie perolehi mengatakan wasangka beliau tidak berasas dan membatalkan misi mereka. Tetapi Gracie memilih untuk menyerahkan lencana dan senapang beliau dan meneruskan penyiasatan tanpa mereka. Eric yang pada awalnya tidak menyokong Gracie kembali membantu Gracie bila dia menyedari bahawa apa yang di sangka Gracie adalah benar.

Dalam pusingan akhir pertandingan ratu, Gracie mendapat tempat kedua manakala Cheryl menjadi Miss Amerika Syarikat. Gracie dapat menangkap Tobin anak Miss Mornigside kerana beliau cuba untuk mencederakan ratu cantik Amerika. Peserta ratu lain menobatkan Gracie sebagai "Miss Congeniality," dan hubungan Eric dan Gracie menjadi lebih serious bila Eric mengatakan Gracie seorang wanita yang cantik.

Cerita ni tidak banyak menceritakan kisah percintaan Eric dengan Gracie, apa yang membuatkan aku suka menonton cerita ini kerana Sandra seorang wanita yang versatile yang boleh melakonkan watak apa sahaja dan tidak pernah mengecewakan peminatnya. Dan juga kepada siapa yang feeling-feeling mahu menjadi special agent wanita.







 

 

No comments:

Post a Comment