Thursday 29 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 21










Aku melangkah masuk ke dalam restoren pilihan Erhan. Jantung ku berdegup dengan pantas sepanjang perjalanan aku ke restoren itu. Red Bean Bag Café di Publika, Solaris Dutamas. Sudah berpuluh ayatul kursi aku baca untuk mendamaikan hati aku. Ya Allah! Nervousnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hampir sahaja aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah dan tidak mahu meneruskan perjalanan aku ke restoren tersebut untuk bertemu dengan Erhan hari ini, kerana rasa diri ini belum bersedia untuk bertentang mata dan bersua muka dengan Erhan. Aduh lemah semangat aku di buatnya. Kalau Salena tidak memaksa aku bangun dan tarik aku bangun katil dan memaksa aku bersiap untuk makan malam dengan Erhan tadi. Aku pasti masih berada di atas katil dan tidak mahu keluar rumah. Tiba-tiba menjadi seorang pengecut.

 
 
 

Aku mengekori pelayan menuju kearah meja yang di tempatkan untuk dua orang. Sengaja aku meminta pelayan memberikan kami meja outdoor kerana cuaca dan suasana malam ini sejuk dan nyaman sekali. Lagipun jika aku tidak berkenan pada Erhan mudah sahaja untuk aku cabut lari kalau duduk outdoor kan?




 

Lemah lututku hendak mengatur langkah menuju kearah meja tersebut. Temujanji kami jam 8.00 malam aku tiba 15 minit awal. Aku mengeluarkan novel In the Groove dari bagku lalu ku letakkannya di hujung meja agar mudah untuk Erhan mengenali aku. Di surat kami tidak mendedahkan apa-apa tentang diri kami. Ini membuatkan pertemuan kami bertambah suspen. Aku tidak tahu samada Erhan seorang jejaka yang tinggi atau rendah? Kurus atau gemuk? Muda atau tua? Cerah atau gelap? Erhan juga tidak tahu tentang diriku. Ini baru betul-betul dinamakan blind date. Bagaimana kami hendak mengenali antara satu dengan lain? Erhan meminta aku membawa novel kegemaran aku bersama dan dia meminta aku meletak buku itu di hujung meja. Erhan tahu akan Novel kegemaranku kerana aku pernah menceritakan kepadanya aku pengemar buku novel cinta. Dan aku pernah menceritakan kepadanya salah satu novel kegemaran aku ‘In The Groove’. Maka Erhan meminta aku membawa Novel itu bersama agar mudah untuk dia mengenali aku. Jantungku berdegup kencang bila jarum jam menunjukkan tepat ke 8.00 malam. Bila-bila masa sahaja Erhan akan masuk ke dalam restaurant. Ya Allah aku menjadi tidak keruan bila memikirkannya.

 

 
 

****

 
 
 

                              Erhan melirik kearah jam di tangannya. Dia sudah terlewat 15 minit gara-gara kesesakan jalan raya dan dia tidak dapat tiba tepat pada masa. Dia sengaja memilih restoren yang cosy dan santai kerana ini adalah pertemuan mereka yang pertama. Dan Erhan mahu mereka berada di dalam keadaan yang selesa santai. Dalam perjalanan ke Red Bean Café, Erhan sempat melirik kearah Café tersebut kerana Café itu berada di tingkat 2. Dan café tersebut punya outdoor seat. Dia tidak pasti so-call Lasindah memilih meja outdoor atau indoor. Namun matanya tertarik pada buku novel yang di baca seseorang yang duduk di salah satu meja outdoor. ‘In the Groove’. Mungkinkah itu Lasindah? Detik hati Erhan. Dia tidak dapat melihat wajah wanita itu kerana wanita itu sedang leka membaca novel itu. Erhan memberhentikan langkahnya dan duduk di bangku berdekatan. Tiba-tiba merasa gementar kerana dia sudah ternampak bayang Lasindah. Wanita itu mengenakan skirt panjang berwarna baby pink dan blouse berwarna putih. Erhan bangkit dari kerusi menarik nafas lalu di hembuskan perlahan. Bismillah bisiknya dalam hati ingin mengatur langkah menuju ke restoren bila wanita yang membaca novel ‘In the Groove’ itu menutup bukunya lalu di letakkannya di atas meja seperti yang di janjikan.

 
 
 
 

                              Handphone Erhan berdering tiba-tiba dan langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandang wajah wanita itu.

 

 
 
 

****

 

 
 
 

                              Aku melirik kearah jam di pergelangan tanganku. Merasa resah dan gelisah sendiri bila Erhan tidak muncul-muncul setelah menunggu hampir setengah jam lamanya. Kenapa Erhan lewat sehingga setengah jam? Lewat di sebabkan kesesakan lalu lintas? Lewat di sebabkan di timpa kecelakaan? Astarfirullah Al Azim. Hatiku menjadi tidak keruan sendiri.

 
 
 
 

                              Aku menjadi lebih gelisah bila terpandang akan wajah seseorang yang paling aku tidak gemari berdiri di hadapan kaunter. Terdapat banyak restoren dan café di KL ini. Restoren ini juga menjadi tempat pilihannya? Mungkin juga dia tinggal di daerah berdekatan. Lelaki itu berdiri di kaunter meneliti menu dan tidak perasankan aku. Aduh! Janganlah dia mengambil keputusan untuk makan malam di sini. Doaku dalam hati. Seakan tahu aku sedang berbicara dalam hati tentang dia. Lelaki itu menoleh ke arahku spontan. Oh fish! Aku cepat-cepat membuka buku novel bertujuan menyembunyikan wajahku agar dia tidak perasankan aku. Aku mengeluh lega kerana pasti lelaki itu tidak perasankan aku tadi kerana dia berjalan melintas mejaku tanpa menegurku. Fuh!! Aku menutup novel lalu meletak buku itu di hujung meja. Sekali lagi aku melirik kearah jam di pergelangan tanganku. Mana Erhan?? Sekarang ini sudah masuk jam 8.40. Erhan bukan sahaja lewat setengah jam tapi lewat 40 minit? Apa yang telah terjadi pada Erhan? Erhan tidak seperti seorang lelaki yang suka memungkiri janji.

 
 
 
 

                              “Hello..I can’t believe it’s you again..what a coincidence!,” sapaan seseorang dari belakang membuatkan aku terperanjat katak dan hampir sahaja jantungku berhenti berdegup.

 
 
 
 

                              “Astarfirullah Al Azim..,” ujarku lalu mengurut dadaku perlahan. Dia duduk di belakang aku rupanya. Fish head curry betul. Aku tidak menjawab malah mengambil keputusan untuk tidak melayan sapaannya. Please lah eh? Aku bukan kawan dia atau teman dia. Kenapa pula aku hendak melayan dia. Issk kalau boleh aku strangle mamat ni dah aku strangle. Menyibuk pulak! Apalah malangnya nasib aku boleh bertemu dengan dia bila aku hendak keluar dengan Erhan. Kenapa dia makan bersendirian malam ini tanpa anak dan isterinya? Bergaduh dengan isteri ke? Hmm aku tidak menjadi heran jika benar dia bergaduh dengan isterinya jika perangai attitudenya seperti itu, pasti isterinya tidak tahan dengan perangai egonya.

 
 
 
 

                              “Ada date ke malam ni?,” tanyanya lagi tidak berpuas hati kerana wanita yang dikenali sebagai Marsha itu tidak menjawab sapaannya.

 
 
 
 

                              Aku menjeling meluat bila lelaki yang aku tidak kenali namanya itu sibuk bertanya samada aku punya date malam ini. Kalau ye pun ada tak ada maknanya aku hendak share maklumat dengannya.

 
 
 
 

                              Eddy mengerutkan dahinya bila Marsha tidak menjawab soalannya. Dia bangun dari kerusinya lalu berpindah di kerusi berhadapan dengan Marsha.

 
 
 
 

                              Aku membesarkan mataku bila lelaki yang tak diundang itu tiba-tiba duduk di hadapanku. Iskk apa masalah lelaki ini? Mental barangkali? Tak puas hati bila aku tidak melayannya tadi lalu mengambil keputusan untuk duduk di hadapan aku.

 
 
 
 

                              “Eh kenapa you duduk sini?? I’m expecting someone.., so please leave,” ujarku dengan nada tidak puas hati. Geram pula bila mamat itu selamba badak aje duduk di kerusi aku khaskan buat Erhan.




 

                              “Jadi you ada datelah?,” ujar Eddy masih tidak berganjak dari tempat duduknya bila wanita itu berkata demikian.





 

                              “MYOB!!!..so please leave!,” jawabku malas hendak melayan karenah lelaki itu. Moodku sudah bertukar menjadi bosan disebabkan kehadiran lelaki itu. Aku tidak mahu lelaki itu berada di sini bila Erhan sampai nanti.

 
 
 
 

                              “Why don’t I keep you company till your date come?,” ujar Eddy lagi.

 
 
 
 

                              Aku memandang tepat ke wajah lelaki itu dengan perasaan jengkel. Benar-benar tidak senang dengan perbuataannya. Kenapalah aku boleh terjumpa dengan mamat jengkel ni hari ini?

 
 
 
 

                              “Can I ask you something??,” tanya lelaki itu.

 
 
 
 

                              “Promise me that you will leave jika I jawab soalan you,” jawabku lalu memandang kearah seorang lelaki yang baru masuk ke dalam restoren seorang diri. Lelaki yang duduk di hadapan aku turut menoleh kearah belakang bila aku kelihatan tidak senang duduk bila lelaki itu berjalan menuju kearah aku. Mungkinkah lelaki itu adalah Erhan? Lelaki yang kelihatan decent dan matang itu membuahkan senyuman ke arahku. Jantungku berdegup kencang bila dia menghampiri meja aku.

 
 
 
 

“I think you better leave…my date is here,” ujarku lalu memandang wajah lelaki yang duduk di hadapan aku meminta dia bangun dari kerusi yang aku khaskan buat Erhan.

 
 
 
 

“Ok,” ujarnya ringkas dan ingin berdiri bila lelaki yang aku sangka Erhan itu jalan terus kebelakang dan duduk bersama seorang wanita.

 
 
 
 

Lelaki itu tidak jadi pergi dan duduk semula di kerusi Erhan lalu membuahkan senyuman kepadaku.

 




Aku mengeluh hampa bila lelaki itu bukannya Erhan. Aku dapat merasakan bahawa Erhan tidak akan datang kerana bukan sahaja dia lewat 40 minit tapi sudah satu jam lamanya. Apa yang telah terjadi pada Erhan? Aku menjadi tidak senang hati memikirkan Erhan. Takut perkara yang buruk berlaku ke atas diri Erhan maka dia tidak dapat datang bertemu denganku.

 
 
 
 

“You mean you don’t know who is your date?? How interesting is that?,” ujar Eddy lalu tersenyum bila menyedari bahawa date Marsha adalah seorang lelaki yang Marsha sendiri tidak kenali. Kalau tidak masakan dia tidak mengenali siapa datenya?

 
 
 
 

“Look Mr.-,”

 
 
 
 

“Eddy,” jawab Eddy ringkas.

 
 
 
 

“Mr. Eddy…I tak kenal you dan bukan juga kawan you..so please leave jangan hendak menambahkan sakit hati I,” jawabku dengan nada sedih. Aku benar-benar merasa kecewa dan sedih. Air mataku mula bertakung di kelopak mataku. Aku tidak tahu kenapa aku begitu emosi malam ini. Mungkinkah Erhan tidak bertemu denganku kerana dia tahu bahawa aku bukan Lasindah. Mungkin Erhan kemari tadi tapi sebaik sahaja melihat wajahku dia mengambil keputusan untuk menarik diri. Pelbagai soalan singgah di benak fikiranku.

 
 
 
 

Eddy terdiam bila Marsha berkata demikian. Dia tidak berniat hendak menambah sakit hati Marsha. Kalau Marsha merasakan kehadirannya menyakitkan hati, dia akan meninggalkan Masrsha sendirian dan tidak menganggunya lagi.

 
 
 
 

“I’m sorry..but before I go..I just want to ask you..why do you hate me so much?,” tanya Eddy ingin tahu sebab mengapa wanita itu begitu benci padanya. Adakah kerana sebab mereka seringkali  salah faham membuatkan wanita itu merasa jengkel dengannya.

 
 
 
 

“I don’t hate you..I just don’t like you..I’m sorry,” ujarku lalu bangun dari kerusi mencapai buku dan bag tanganku dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Aku tidak sanggup berada di restoren itu lebih lama apatah lagi menangis di hadapan lelaki itu. Kecewa kerana diri ini dipermainkan lagi. Sampai hati Erhan! Sampai hati dia buat aku begini. Air mataku mengalir perlahan tanpa dapat aku tahan.
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment