Wednesday 21 January 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 12











   Aku meniarap di atas katil sebaik sahaja menunaikan solat isyak. Siang tadi di pejabat aku hendak membalas surat Erhan tapi tidak berkesempatan. Balik kerja tadi pula aku ke R&R dan mood aku menjadi tidak baik gara-gara angin dengan lelaki sombong to the max tu. Itu yang membuatkan aku mahu membalas surat Erhan dan mengadu padanya tentang perilaku lelaki sombong itu. Aku dapat merasakan Erhan seorang lelaki yang berhemah tinggi dan baik tidak seperti lelaki yang aku temui siang tadi. Geram betul aku di buatnya. Kalau jumpa lagi aku tak ingin pandang mukanya sebelah matapun. Isshh tak de maknanya aku hendak jumpa dengan lelaki gila macam tu. Buat rosakkan mood aku aje. Ada lebih baiknya bertemu dengan Erhan. Oh Erhan kapan bila kita bertemu? Masuk ni sudah 2 pucuk surat yang ku terima dari Erhan. Kedua-duanya ku simpan elok-elok di dalam laci. Bila aku rindu pada Erhan aku akan membacanya semula. Aku tidak pernah merasa jemu membaca surat-surat kirimannya. Aku benar-benar sudah jatuh cinta pada Erhan. Erhan sahaja lelaki yang memahami jiwa dan perasaanku.

 
 
 

“Eh kau ni asyik-asyik dengan surat Erhan dia..bila lagi kau berdua hendak berjumpa ah? Asyik tulis surat aje..old school betul lah kau berdua ni..,” bebel Salena bila di lihatnya Marsha sudah sibuk menulis ini bermakna dia membalas surat dari Erhan buah hati dan pengarang jantung ilusinya itu. Kalau dia tak ada maknanya bercinta dengan pengirim surat yang tidak di kenali asal usulnya itu. Ntah-ntah orang sakit mental. Bukan kita tahu? Tapi si Marsha ni boleh pula melayan.

 
 
 

“Jumpa??? Iskk masih awal lagi..kita baru early stage..stage kenal mengenali antara satu dengan lain..kami baru bertukar maklumat tentang diri kami,” jawabku pena di jariku ligat menari di atas kertas. Aku menceritakan kepada Erhan akan experience aku dengan lelaki sombong tu. Of course tempat semua aku tukar sebab kami sudah berjanji tidak akan mendedahkan atau menceritakan perkara yang specific. Bersungguh-sungguh aku menulisnya kerana peristiwa itu masih baru dan aku masih sakit hati dengan lelaki itu.

 
 
 

“Suka hati kau lah Marsha..jangan nanti frust menonggeng bila Erhan tidak seperti yang engkau harapkan,” ujar Salena lalu baring di sebelah Marsha.

 
 
 

“Maksud kau??,” soalku lalu melipat surat yang sudah aku siapkan lalu ku masukkan ke dalam sampul surat. Esok pagi-pagi sebelum masuk office aku hendak postkan surat ini.

 
 
 

“Yelah..what if bila kau jumpa dia, kau terus tak berkenan kan dia..macamana?? Kau dah share perasaan kau dengan dia dan dia tahu tentang diri kau..tak creepy ke macam tu?,” tanya Salena.

 
 
 

Aku mengerutkan dahi memikirkan kelogikan soalan Salena tu. Ada betulnya soalan Salena tu. Tapi aku tidak tahu kenapa aku ada strong feeling mengatakan bahawa si Erhan ini adalah jodohku dan dia tidak seteruk yang Salena bayangkan. I mean. Erhan tidak perlulah kelihatan handsome macam pelakon popular atau penyanyi popular. Yang penting hati mesti mau baik. Kalau handsome tapi hati dan memiliki perangai buruk macam lelaki siang tadi pun buat apa kan? Buat sakit jiwa aje.

 
 
 

“Orang tanya dia menung pulak,”

 
 
 

“Mana ada menungnya aku tengah fikir akan soalan kau tu..memang ada betulnya apa yang kau katakan..it’s kind of creepy bila memikirkannya..tapi aku benar-benar yakin yang Erhan not that bad lah Ena, lagipun aku bukan kejar pada rupa sahaja, yang penting hati mau baik babe,” jawabku panjang lebar. Ok kalau masa jumpa Erhan. Aku rasakan bahawa Erhan is not my type. Aku akan cakap pada Erhan bahawa hubungan kita more to pen pal sahaja. Aku yakin Erhan dapat menerima alasan aku kerana he’s matured man. Lelaki yang matang akal fikirannya tidak akan berfikiran negative. They will moved on.

 
 
 

“Ok..so apa pula cerita kau pada Erhan kali ini..jangan kau tulis lirik lagu lagi sudahlah,” usik Ena lalu menjeling ke arah Marsha.

 
 
 

Aku tersenyum bila Ena masih ingat akan isi kandungan surat pertama yang aku kirimkan kepada Erhan. Tidak pasal-pasal aku tertulis lirik lagu Shae. Hissh nasib baik Erhan tidak perasan atau tahu bahawa aku menulis lirik. Kalau dia tahu pasti dia tidak membalas surat dariku kerana dia tahu surat itu bukan dari Lasindah. Tapi Erhan balas. Ini bermakna Erhan tidak ada idea langsung bahawa aku memberinya lirik Sayang. Haha. Joker kan aku.

 
 
 

“Aku ceritakan pada dia tentang lelaki yang aku temui siang tadi di R&R..,” ujarku lalu menoleh kearah Ena.

 
 
 

“Lelaki??? Lelaki mana? Kau pergi R&R?? Tempat apa tu?,” soal Salena lalu mengerutkan dahinya.

 



“Eh berapa punya banyak soalan dah..tadi lepas kerja aku pergi check-out kedai buku baru R&R,”

 
 


“Kau memang pantang kan nampak kedai buku baru mesti nak check-out,”

 
 
 

“Itu sudah seharusnya..so aku pergi R&R tempat dia memang superb ala-ala borders..lepas aku purchased buku..aku terus naik ke Bistro R&R untuk minum petang sambil lepak-lepak..-,”

 
 
 

“Aik tak kan tentang tu pun kau nak cerita pada si Erhan..kau ni pun cubalah share benda atau perkara yang interesting sikit..kalau aku terima surat kau mesti aku dah doze off..sebab boring baca surat kau,”

 
 
 

“Eh kau ni..aku belum come to the interesting part kau dah mencelah..tak bagus tau macam tu..no good,”

 
 
 

“Habis kau lembab sangat..aku dah mengantuk dah ni,”



 

“Ok..ok nak di jadikan cerita ramai orang..dan tak ada seat kosong..then ada mamat ni dah tinggalkan kerusi maka aku ingatkan dia dah nak balik lah..then bila aku dah cop tempat tu dia tetiba balik ke mejanya..dan insult aku..angin aku tahu tak??..kalau bahasa yang di gunakan berbudi bahasa tak apalah juga ini tidak, sombong to the max,”

 
 
 

“Sombong??? Handsome tak lelaki tu??,” soal Salena sengaja hendak menyakitkan hati Marsha, dia dengar apa yang di katakan Marsha tapi dia sengaja buat tidak mengambil perhatian akan keluhan hatinya.

 
 
 

“Eh kau ni kan aku membebel sebab rotten attitude lelaki tu..kau hanya nak tahu whether he handsome or not??,” jawabku lalu menjeling kearah Ena. Penat-penat aku cerita yang aku geram sangat dengan jantan siang tadi dia boleh tanya ‘Handsome tak lelaki tu?’

 
 
 

“Yalah..kalau handsome memang patut pun rotten attitude..sebab dia tahu muka dia handsome..kalau aku don’t mind dia duduk semeja dengan aku,” jawab Salena lalu tersenyum. Boleh juga cuci-cuci mata tatap wajah handsome lelaki itu. Itu kalau dia lah. Kalau dia tak adanya dia hendak buang masa bertekak dengan lelaki itu. Dia akan cari tempat duduk lain atau kalau susah sangat tapau aje lepak kat rumah senang. Tak lah kena darah tinggi.

 
 
 

“Duduk semeja dengan dia???..hissh no way!!..malas aku nak pandang muka sombong dia tu, apa maksud kau orang handsome je yang ada rotten attitude?? Orang yang tak handsome tak?,” soalku ingin tahu akan teori Ena mengenai lelaki rotten attitude.

 
 
 

“Aku tak cakap hanya orang handsome sahaja yang ada rotten attitude..maksud aku kebanyakkannya lah..coz they know they have good looks sebab tu diaorang sombong,” jawab Ena lalu duduk.

 
 
 

“Hmm really?? Tapi Erhan tak ada rotten attitude..,” jawabku lalu menjeling kearah Salena kerana teori Salena itu tidak boleh di pakai sebab Erhan baik tidak seperti lelaki yang siang tadi. Kenapa aku berkata demikian kerana surat-surat kiriman Erhan sudah cukup jelas aku tafsirkan orangnya bagaimana. Erhan seorang lelaki yang matang fikiran kerana cara penulisannya menunjukkan bahawa dia seorang lelaki yang tidak ada attitude.

 
 
 

Aku tersentak bila Ena membaling bantal Garfield di mukaku.

 
 
 

“Apsal kau baling Garfield kat aku??,” ujarku kurang senang dengan perbuatan Ena.

 
 
 

“Sebab kau tu dah angau..sikit-sikit Erhan..Erhan this! Erhan that!..aku nak tengok bila kau jumpa Erhan nanti..sekali attitudenya lebih teruk dari lelaki yang kau jumpa siang tadi..baru kau tahu nasib kau,”

 
 
 

“Eh choy!!!…kalau Erhan macam lelaki tu..aku bagi kau free of charge sebab aku tak ingin dengan lelaki attitude macam tu,” jawabku selamba. Lelaki sombong boleh struck-off from my list. Boleh blah. Aku suka lelaki yang down to earth. Macam Erhan..Hehe.

 
 
 

“Betul??? Betul kau nak beri Erhan kau pada aku kalau dia macam lelaki siang tadi? Sungguh kau tak main-main?,” usik Salena ingin lihat sejauh mana kebenaran kata-kata Marsha. Betulkah dia tidak akan menerima Erhan jika perangainya seperti lelaki itu.

 
 
 

“Ambiklah aku tak heran lelaki macam tu sebab aku confident Erhan is not like him,” jawabku tersenyum lagi.
 
 
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment