Monday 2 February 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 23











Aku turun dari anak tangga menuju kearah ruang makan. Perut terasa lapar pula kerana aku tidak menjamah makanan sejak malam semalam gara-gara Erhan. Seperti biasa Salena sudah menyediakan sarapan pagi buat kami. Aku hanya rajin menyediakan sarapan pada hari hujung minggu sahaja. Alah hari biasa pun bukannya Salena sediakan sarapan yang berat-berat. Roti sahaja.

 
 
 

“Eh tak kerja hari ni??,” soal Salena bila Marsha masih lagi memakai baju tidurnya dan tidak bersiap-siap untuk ke office.

 
 
 
 
“Cuti sakit,” jawabku ringkas lalu menarik kerusi dan duduk. Aku mencapai sekeping roti lalu menyapukannya dengan butter dan jam.

 




“Sakit?? Kau sakit apa?,” tanya Salena lagi. Semalam tengok ok aje. Yelah dia tahu Marsha banyak menangis semalam tapi tak adalah sampai demam-demam.

 
 
 
 

“Sakit hati,” jawabku lalu menyuap roti ke dalam mulutku dengan wajah bosan. Hilang semangat aku untuk pergi ke kerja hari ini. Selepas Salena keluar dari bilik aku semalam. Aku sambung nangis lagi kerana aku benar-benar terasa hati dengan tindakan Erhan terhadap diriku. Aku ingatkan Erhan lelaki yang istimewa dan lain dari lelaki yang aku kenali. Rupa-rupanya Erhan juga sama seperti lelaki lain yang suka mempermainkan hati wanita. Aku benar-benar bodoh kerana menaruh harapan yang tinggi terhadap diri Erhan.

 
 
 

“Ni ada surat untuk mengubat hati kau,” ujar Salena lalu meletak sampul surat berwarna beige di hadapan Marsha. Tidak sabar ingin tahu akan isi kandungan surat tersebut. Pasti Erhan memberitahu Marsha alasan dan sebab kenapa dia tidak bertemu dengannya semalam.

 
 
 

Aku menjeling kearah sampul surat yang berada di hadapanku. Surat dari Erhan?? Bisikku perlahan. Bila masa dia beri aku surat? Surat terakhir minggu lepas? Aku tidak menyentuh sampul surat itu kerana aku masih marah pada Erhan. Namun aku perasan bahawa surat itu tidak bersetem. Ini bermakna surat ini di hantar sendiri oleh Erhan. Erhan datang semalam? Bila Erhan menghantarnya?? Semalam di peti surat tiada sekeping surat kelihatan di dalamnya. Tiba-tiba pagi ini ada surat??

 
 
 

“Tak nak buka ke??,” tanya Salena bila Marsha tidak menyentuh surat itu malah buat tak tahu sahaja.

 
 
 
 
Aku mencapai surat itu tanpa membuka dan membacanya terlebih dahulu, aku koyak-koyakkan surat itu lalu mencampakkannya di atas lantai. Bosan dan benci dengan sikap lelaki. Salena hanya memerhatikan tindakan aku dengan wajah terperanjat.

 
 
 

“Kenapa kau koyakkan??? Kau tak nak tahu sebab kenapa Erhan tak jumpa kau semalam??, kalau ye pun marahkan Erhan..baca lah suratnya dahulu..lepas tu kau nak koyak-koyakkan suratnya terpulang pada kau..surat tu tak bersetem..aku percaya Erhan yang menghantarnya sendiri semalam,” ujar Salena.

 
 
 

“Aku malas dan sudah kecewa dengan sikap lelaki,” jawabku ringkas lalu meneguk air teh dengan wajah selamba seolah-olah tidak merasa apa-apa. Mulut kata malas namun hati menyesal pula aku mengoyakkan surat Erhan. Betul juga apa kata Salena tadi. Aku harus baca surat Erhan dahulu dan jika alasannya tidak munasabah dan mengecewakan barulah aku koyak-koyakkan surat dia. Hissh menyesal pulak.

 
 
 

“Suka hati kau lah..aku dah lambat hendak pergi kerja..,” ujar Salena malas hendak melayan karenah Marsha. Dia bangun dari kerusi lalu mencapai bag tangannya. Marsha kalau di layan makin menjadi. Kalau tidak di layan baru dia sedar diri.

 
 
 

Aku mengiringi Salena dengan ekor mata. Tunggu sehingga keretanya keluar dari gate rumah. Sebaik sahaja kereta Salena meninggalkan pengkarangan rumah. Aku bangkit dari kerusi lalu mengutip kembali cebisan surat Erhan yang aku koyak-koyakkan tadi. Nasib baik aku tidak koyak banyak tadi. Jenuh juga aku hendak menyambungnya nanti. Aku memerhatikan cebisan surat yang ku koyakkan tadi. Dah macam cebisan jigsaw puzzle pula. Tak apa masih boleh di selamatkan lagi. Kalau tidak nangis juga aku di buatnya nanti. Aku masih sayangkan mamat Erhan tu. Tadi cuma gimmick aje nak tunjukkan pada Salena yang aku sudah dapat melupakan Erhan dan moved on. Tapi hakikatnya aku masih syok kat abang Erhan.

 
 
 

Dekat hampir setengah jam jugalah aku sibuk menyambung cebisan surat dari Erhan. Cebisan jigsaw yang sudah ku padankan ku tampal dengan scotch tape. Dah macam projek art and craft pulak. Setelah semuanya aku sambung dan tampal. Aku mula membaca isi kandungan surat Erhan.

 

 

Salam Lasindah…

 

Sebelum abang mulakan warkah kali ini. Abang ingin memohon ampun dan maaf dari kamu kerana tidak dapat hadirkan diri untuk bertemu dengan Lasindah. Abang harap sayangku Lasindah dapat memaafkan abang. Sayang..abang tidak dapat menjelaskan disini akan sebab kenapa abang tidak dapat bertemu dengan sayang. Abang minta maaf sekali lagi kerana menyebabkan sayang merasa kecewa. Abang akan jelaskan sebabnya suatu hari nanti jika sayang berikan abang peluang sekali lagi. Buat pengetahuan sayang, Abang masih lagi disini.

 

 

*****

 

 

                        Salena menyerahkan kembali surat Erhan kepada Marsha sebaik sahaja dia membaca surat kiriman Erhan. Marsha sudah kembali ceria semula. Bukan kerana Erhan memberikan penjelasan yang munasabah. Tapi hanya kerana dia menerima surat dari Erhan. Menurut Marsha, Erhan masih lagi mahu meneruskan hubungan mereka, namun belum bersedia untuk bertemu.

 
 
 

                              “Dia tak cakap samada hendak jumpa lagi??,“ tanya Salena.

 
 
 

                              “Mungkin we are not meant to meet?? Mungkin kami hanya layak jadi teman surat menyurat,“ jawabku dengan wajah selamba. Aku terima alasan Erhan dengan hati yang terbuka.

 
 
 

                              “And you can live with that??, Go and get a life and find someone new please?? Jangan terlalu harapkan Erhan,“ ujar Salena bila Marsha seakan lupa lelaki itu telah menyakitkan hatinya. Apa pun alasan Erhan. Erhan tidak sepatutnya membiarkan Marsha sendirian di restoren malam kelmarin.

 
 
 

                              “Kau tak faham Ena..jika kau sukakan seseorang itu..sukar untuk kau melupakannya,“ jawabku lalu tersenyum. Aku menolak pintu R&R lalu masuk. Hari ini aku membawa Salena menemaniku ke R&R.

 
 
 

                              “Marsha..tolong jangan jadi wanita yang aku benci boleh?? Kau tahu aku tak suka pada wanita seperti itu kan?? Sebab kenapa aku berkawan baik dengan kau pun kerana aku tahu kau bukan tergolong pada wanita-wanita lemah seperti itu, promise me that you won’t be that kind of person?,“ ujar Salena lalu mencapai sebuah buku dari rak-rak fiction.

 
 
 

                              “Ok-ok..Cik Puan Salena..aku tak akan jadi wanita yang kau tak suka,“ jawabku lalu mendaki tangga menuju ke arah R&R Bistro. Sengaja aku meminta Salena temankan aku ke R&R hari ini kerana takut terserempak dengan si Eddy tu lagi. Aku tahu Eddy tu regular customer di R&R. Sebab aku dah paiseh gila dengan dia. Sungguhpun aku tahu Eddy tidak akan mengusikku lagi kerana Eddy kelihatan agak terperanjat bila aku berterus terang padanya malam itu bahawa aku tidak suka pada dia. Aku pun tidak tahu kenapa, aku begitu ‘mean‘ dengan Eddy. Entah! ayat ‘mean‘ yang keluar dari mulut aku terasa lancar aje bila aku bercakap dengan Eddy.

 
 
 

                              “Promise??..kalau tak aku tak kawan kau!,“ ujar Salena meminta Marsha berjanji kepadanya.

 
 
 

                              “Insha Allah,“ jawabku lalu tersenyum.

 
 
 

                              Kami berada di hadapan R&R. Sempat aku melemparkan pandangan ke dalam Bistro sebelum kami menuju ke arah kaunter. Seperti yang aku jangka si Eddy ada di sini dan duduk di tempat sudut yang sama. Kenapa dia suka duduk at the same spot! Seolah-olah tempat itu seperti sudah menjadi permanent tempat duduknya.

 
 
 

                             “Kau pergi cari tempat duduklah, aku order?? Kau nak minum apa?,“ tanya Salena.

 
 
 

                              “Aku text kau nanti..,“ ujarku lalu menuju ke arah tempat duduk kosong sebelum ada orang lain yang duduk. Selang beberapa meja dari Eddy. Lelaki itu tidak perasan kerana terlalu asyik membaca buku. Aku pun tidak heran dan kisah jika dia tidak perasan kerana aku kemari bukan hendak bertemu dengan dia pun.

 
 
 

                              Aku tersentak bila handphone berbunyi menandakan aku terima message.

 
 

                              Eh pompuan cepatlah nak order apa?

 
 
 

                              Aku mengelengkan kepala bila terima message watsapp dari Salena. Tak sabar.

 
 
 

                              Kalau ye pun sabarlah..kau kan masih dalam Q lagi. Orderkan aku hazelnut latte dengan Blueberry cheesecake. Jariku pantas menaip message kepada Salena. Aku memandang ke arah kaunter di mana Salena berada di ‘Q‘. Kali ini Salena sedang sibuk berbual dengan seorang lelaki dan lelaki itu tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau tak si Eddy. Wah bukan main mesra lagi berbual macam kenalan lama. Baik pulak mood mamat tu hari ini? Atau mamat itu sememangnya ok cuma dengan aku dia tak berapa ok. Sebab aku tengok dia ok aje dengan orang lain tak adalah datang bulan bila tiap kali berbicara dengan aku.
 
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment