Monday 2 February 2015

Sayang Apa Khabar Denganmu! - Part 24









Aku memerhatikan Salena berjalan menuju ke arah meja kami seiring dengan Eddy. Apa yang mereka bualkan seronok sangat tak habis-habis dari tadi. Jeles jugak aku tengok mereka. Yelah si mamat tu dengan aku bukan main sombong lagi tapi dengan Salena boleh pulak dia baik. Masa aku hendak jumpa dengan Erhan malam kelmarin. Tiba-tiba pula dia hendak berbaik dengan aku. Kenapa? Sebab kesiankan aku duduk di restaurant seorang? Mustahil sebab selama aku di R&R aku juga seorang. Entahlah perangai lelaki memang pelik-pelik. Sekejap ok, sekejap tak ok. Sekejap sombong, sekejap peramah. Confused aku di buatnya. Macam Erhan juga sekejap nak jumpa sekejap tak hendak jumpa. Dalam surat dia kata dia tidak dapat terangkan kepada aku akan sebab kenapa dia tidak bertemu dengan aku. Dia meminta agar aku memberi dia peluang sekali lagi. Haizz!! ikutkan aku semacam dah patah hati hendak menaruh harapan kepada sesuatu yang tidak pasti. Tapi oleh kerana aku sudah suka sangat pada mamat itu. Aku beri dia peluang sekali lagi. Erhan hanya mengatakan kepada aku dia hendak memperbetulkan keadaan. Keadaan apa? Sebab dia ‘bubble‘ aku.

 
 
 

“Ok..see you around Eddy,“ ujar Salena tersenyum lalu menuju ke arah meja dimana Marsha sedang duduk memerhatikannya.

 




Aku membuahkan senyuman kepada Salena.

 
 
 
 

“See you around Eddy..amboi dah jadi bestfriend dia ke?? Bukan main mesra lagi aku tengok kau dengan dia tadi,“ sindirku lalu menepuk lengan Salena. Nak tahu juga apa yang mereka bualkan tadi.

 
 
 

“Kau jeles eh??? Kata tak suka mamat tu?,“ usik Salena bila Marsha seakan cemburu bila lihat dia bersama dengan Eddy tadi.

 
 
 
 

“AKU!! Aku nak jeles apa halnya pulak? Oh please! Aku kan ada Erhan! Aku cuma nak tahu kenapa mamat tu baik dengan kau tapi dengan aku selalu datang bulan?,“

 
 
 
 

“Tak tadi dia ternampak lanyard aku masa nak order tadi..dia tanya aku kerja kat publishing company? So aku cakap yelah..then kita start berbual sebab dia ingin tahu penulis-penulis yang company kita terbitkan buku..so aku ceritalah pada dia siapa-siapa itu aje,“ jawab Salena panjang lebar.

 
 
 

“Kau pun satu yang kau pakai lanyard masa keluar dari office kenapa?? Tak tahu nak simpan dalam bag..so sekarang dia dah tahu kita kerja mana,“ jawabku lalu menjeling ke arah dimana Eddy duduk. Lelaki itu kelihatan rileks di sofa sambil membaca buku. Eddy benar-benar minat membaca buku. Tidak pernah aku lihat dia duduk di Bistro tanpa sebarang buku. Jarang aku lihat lelaki yang suka menghabiskan masanya dengan membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Eddy would be the first person.

                            
 
 

                              “Tak apalah sekurang-kurangnya aku dapat berbual dengan dia..he is actually a nice guy..dah lah kacak..knowledgeable pulak tu..,“ ujar Salena dengan wajah excited. Tidak sangka lelaki itu kenal dan mahu menegurnya tadi. Yelah dia hanya bertemu dengan lelaki itu sekali itupun sekejap, semasa episode Marsha terlanggar diri dia kelmarin. Nasib baik lelaki itu sudah berkahwin dan berkeluarga kalau tidak sudah di tackle lelaki itu.

 
 
 
 

                              “Hmm yelah..too bad dia dah kahwin kan! Kalau tak mesti kau dah mintak nombor handphone dia kan?, Apsal kau tak invite dia untuk book signing session kejap lagi, mana tahu dia suka author kita,“ ujarku lalu menoleh ke arah Eddy.

 
 
 
 

                              “Aku dah beritahu dia pun..dia kata Insha allah dia attend..dia dah tahu tentang launch buku Ariff Sofian petang nanti,“ terang Salena lalu membuahkan senyuman kepada Eddy kerana lelaki itu kebetulan menoleh ke arahnya.

 
 
 
 

                              “Dari mana dia tahu???,“ tanya ku lalu menarik lengan Salena kerana Salena berbalas senyuman dengan Eddy sedari tadi. Iskk perempuan ni! Cukup-cukuplah senyum dengan mamat tu. Jeles pulak aku tengok. Aku memang tidak nafikan bahawa Eddy adalah seorang jejaka yang kacak dan menarik. Ciri-ciri lelaki idaman gitu. Tapi cuma satu yang aku tak suka tentang Eddy. Dia sombong. Tapi dengan Salena tak pula dia sombong. Apa dia tidak suka pada aku ke?

 
 
 
 
                              “Hai kau ni semua nak tahu kenapa?? Cakap jelah yang kau jeles aku berbual dengan dia..aku tahu kau suka si Eddy tu kan!! Saja aje kau tak nak mengaku,“ usik Salena terus-terusan bila Marsha berminat hendak tahu apa yang dia bualkan dengan Eddy. Siapa yang tidak tertarik pada wajah kacak Eddy. Tu lah sayang sekali sudah berkeluarga.

 
 
 

                              Aku menutup mulut Salena bila dia terover excited bila berkata demikian sehingga orang berkenaan menoleh ke arah kami. Harap-harap dia tidak terdengar apa yang Salena katakan tadi. Kalau tidak malu gila aku di buatnya. Hissh Salena ni tak boleh di bawa berbincang langsung.

 
 
 

                              “Apa gila aku sukakan si Eddy tu?? Dia sudah beristeri dan beranak..aku cuma heran kenapa dengan kau dia friendly dengan aku tak itu aje faham,“ ujarku masih lagi menutup mulut Salena dengan tapak tanganku.

 




                              Salena menganggukkan kepalanya perlahan mengerti akan maksud Marsha tadi.

 
 
 
 

Eddy tersenyum sendiri bila terdengar akan perbualan Marsha dengan Salena kerana Salena bercakap dengan suara yang kuat tadi. Namun dia cuba bersahaja seolah-olah dia tidak mendengar akan perbualan mereka. Tadi dia juga perasan Marsha asyik memandang ke arah mereka ketika dia berbual dengan Salena di kaunter. Dia tidak pasti kenapa Marsha merasa tidak senang melihat dia bersama dengan Salena.

 
 
 
 

Dia juga mendapat tahu bahawa Marsha dan Salena bekerja di syarikat penerbitan kerana tidak tersengaja terperasan akan lanyard Salena semasa dia ke kaunter untuk membuat pesanan tadi. Terlalu banyak kebetulan.

 
 
 
 

                              Eddy melirik ke arah handphonenya bila ianya berbunyi menandakan dia menerima pesanan ringkas. Eddy mencapai handphonenya ingin mengetahui dia menerima message dari siapa.

 
 
 
 

                              Eddy tersenyum bila setiausahanya mengingatkannya tentang program petang ini.

 
 
 
 

                              Eddy pantas membalas message yang di terima lalu meletak handphonenya kembali di atas meja. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Dia bangkit dari kerusi lalu menuju ke arah jalan keluar. Sempat dia membuahkan senyuman kepada kedua-dua wanita itu.

 

 
 

                              “Oh ok..aku rasa macam dah tak sedap badan..,“ ujarku lalu memandang wajah Salena sebaik sahaja Eddy meninggalkan kami. Tekakku tiba-tiba terasa mual. Itu petanda aku hendak kena sakit. Aku kenal betul dengan system badan aku. Bila hendak sakit pasti ada ‘sign‘ mual-mual. Bukan sebab pregnant eh, jangan salah faham. Ah sudah! Masa sekarang ni lah aku hendak sakit. Semalam masa aku ambik mc tak pulak rasa sakit. Itulah akibatnya bila berbohong tak sakit cakap sakit. Ah sekarang dah kena sakit betul-betul dan pulak tu ada launching hari ini.

 




                              “Eh kau biar betul..kau jangan!! tak kan kau nak biarkan aku handle launch Ariff seorang??,“ ujar Salena lalu mengerutkan dahinya merasa tidak senang. Bukan dia tidak biasa buat sendiri tapi inilah kali pertama mereka adakan launching kat R&R. Dahlah dia tidak kenal akan staff R&R. Kalau ada Marsha tak lah dia kelam kabut.

 
 
 
 

                              “Aku serious Ena..ni dah start pening-pening ni..kalau aku pengsan nanti kau lagi susah,“ ujarku membuka bag tangan mencari ubat yang aku dapat dari doktor 3 minggu yang lepas. Ubat migraine untuk menahan sakit sementara. Rasa macam aku sudah kena virus flu pun ada kerana kepala aku sudah terasa berat dan bengang.
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment