Tuesday 3 February 2015

World Hijab Day - Better Awareness..Better Understanding..







Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku yang tidak seberapa ini. Lama sungguh aku tidak update apa-apa dalam Diary SignoraPrue. Tahun baru ni macam idea lembab sikit pulak tu yang dok diam je..tapi hari ini terasa hendak update..tentang World Hijab Day! Salute pada Ms Nazma Khan kerana dia adalah wanita yang bertanggungjawab mengadakan kempen atau awareness tentang hijab di mata dunia. Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura..kita bernasib baik tidak menghadapi situasi seperti muslimah lain yang berada di negara luar seperti di USA..Europe dan negara-negara yang bukan diperintah oleh ketua islam, di mana diskrimasi terhadap wanita yang beragama islam ‘berhijab’ seringkali menerima jelingan kurang menyenangkan malah ada yang memberi mereka jolokan yang tidak baik.

Menurut Ms Khan, selepas kejadian 9/11 pelbagai tohmahan yang kita sebagai orang islam di beri jolokan dari bangsa asing “Why don’t you wear dress normal?”. Menurut Ms Khan lagi setelah membaca beberapa wanita islam yang menghadapi tekanan oleh mereka yang seringkali mengatakan agama islam adalah agama ‘oppression’ ia telah memberi idea kepada Ms Khan untuk membangkitkan kefahaman terhadap pentingnya hijab dalam agama islam dan memberi peluang kepada mereka yang bukan beragama islam untuk memahami kami. ‘Hijab for a day’ Let them walk in our shoe’ dan mungkin perspektif mereka akan berubah dan lebih memahami. Ternyata usaha Ms Nazma Khan membuahkan hasil kerana dia menjadi Duta kepada 33 negara yang mengadakan kempen World Hijab Day pada setiap 1 Februari setiap tahun. Dan ini merupakan tahun ke 3 kempen itu di jalankan di seluruh dunia. Cuba mengenakan hijab untuk sehari kepada Non-Muslim dan Muslim yang belum bersedia untuk berhijab.

Ms Khan quote “Headscarf is a symbol of my religious belief in beauty through modesty” and “Modesty is part of our Islamic Faith” “No one should be discriminated for following their faith”.



 
I totally support World Hijab Day!






 
 

 

No comments:

Post a Comment