Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 9


             Gembira sungguh hati Datin Asmah sebaik sahaja mendapat berita bahawa Farah bersetuju dijodohkan dengan anak tunggalnya. Datin Asmah sudah memasang angan-angan moga-moga Haiqal tidak hampa dengan pilihannya. Susah payah Rokiah meminta gambar Farah dari kakaknya Hendon tempoh hari. Nampaknya Abg Hamdan dan kakak Hendonnya setuju dengan pilihan Rokiah. Datin Asmah turut hadir bersama Rokiah ke rumah kakanya menyampaikan hajatnya hendak bermenantukan Farah. Dia cukup berkenan dengan Farah. Ini merungsingkan Hendon kerana Datin Asmah belum mengetahui perangai sebenar anaknya itu. Nakalnya bukan main. Takut-takut kalau anak Datin Asmah tidak sesuai dengan Farah.

 

            “Eh kak, Farah tak ada lagi ke gambar yang terbaru,”ujar Rokiah bila dilihat dalam album, tiada gambar Farah yang terbaru.

 

            “Lah kau ni macamlah kau tak tahu si Farah tu tak suka bergambar, kalau gambar masa dia kecik, melambak ler,” Hendon masak benar dengan perangai Farah bila orang ajak bergambar mesti dia menghilangkan diri. Kata dia tak photogenic lah, itulah, inilah banyak sangat alasannya.

 

            Rokiah mengelengkan kepalanya, pelik dengan perangai anak sedaranya yang satu ni. Datin Asmah hanya tersenyum mendengar komen Puan Hendon.

 

            Rokiah tidak puas hati dengan gambar yang ada dalam album dia menuju ke bilik Farah. Frame disebelah meja sisinya diambil.

 

            “Hah ini baru clear,”ujarnya sambil tersenyum meleret.

 

            “Dapat gambar Farah,”

 

            “Dapat Kak, Rokiah ambil dari frame, dia perasan tak kak, cuma ni aje yang bagus yang lainnya tak,” Rokiah mengeluarkan gambar dari frame. Gambar Farah digantikan dengan gambar yang diambilnya dari album.

 

            “Datin, saya harap anak Datin menerima Farah, saya bukannya apa cuma risaukan perangainya yang macam budak-budak takut anak Datin tak terlayan,”

 

            “Tak payahlah berdatin-datin dengan saya kak, kita dah nak jadi keluarga tak lama lagi, tak perlulah kakak risau,” pujuk Datin Asmah. Rokiah sudah memberitahunya awal-awal lagi tentang Farah. Dia tahu Farah ceria orangnya suka bergurau dan mengusik. Tak jauh perangai Farah dengan anaknya. Kedua-duanya suka mengusik cuma semenjak suaminya meninggal Haiqal kurang ceria seperti selalu.

 

            “Oh ye kak ini ada gambar anak bujang saya,” Datin Asmah menyerah sekeping envelope berwarna biru kepada Puan Hendon. Puan Hendon menyambut.

 

            Puan Hendon agak terperanjat bila di lihatnya anak Datin Asmah jauh lebih segak dan tampan tidak sepertimana yang dia bayangkan. Kalau beginilah rupa bakal menantunya, lagilah dia risau kerana anak daranya itu tidak suka bergaya sangat manalah padan dengan Haiqal yang sentiasa kelihatan segak.

 

            “Kenapa kak, ada apa yang tak kena ke,”soal Datin Asmah bila dilihatnya Puan Hendon agak lama merenung gambar anak bujangnya.

 

            “Kenapa cik Asmah tak cari pasangan yang sesuai untuk anak cik Asmah, boleh ke Haiqal menerima Farah yang perangai jauh berbeza dengannya, anak dara saya tu lain sikit cik Asmah,”

 

            “Eh kak apa kurangnya si Farah tu dia kan cantik cuma dia tu malas nak menghias diri katanya nak nampak natural,”celah Rokiah lalu tersenyum.
 
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment