Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 11


            “Ibu dah bagi kata putus pada orang tua Farah, minggu depan kita hantar rombongan meminang, Karl ikut sekali,”

 

            Perkataan ibunya masing terngiang-ngiang di telinganya semasa makan malam tadi. Karl tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri. Melihatkan anaknya tidak berkata sepatah apa pun Datin Asmah mula risau. Dia berdoa di dalam hati janganlah Karl menarik balik apa yang dijanjinya tempoh hari. Orang tua Farah sudah setuju dia tidak mahu pulak anak bujangnya tak setuju.

 

            “Minggu depan, hari sabtu Karl sibuk kalau hari ahad Karl ok,”jawab Karl setelah mendiamkan diri agak lama. Dia tidak sedikit pun membantah kerana sudah sememangnya dia serahkan soal jodoh kepada ibunya.

 

            Datin Asmah mengeluh lega.

 

            “Ibu dah uruskan segala persiapan, Karl ada apa-apa cadangan,”

 

            “Karl hanya mahu bertunang enam bulan, lepas tu langsung, lain persiapan ibu beritahu Karl, akan Karl uruskan,” jawab Karl mendatar.

 

            “Dalam envelope ni ada gambar Farah dan nombor telefon di pejabatnya ada tertulis di envelope, ibu harap Karl dapat menghubungi Farah dan berkenalan dengannya,”cadang Datin Asmah. Dia mahu sekurang-kurangnya Haiqal dapat mengenali Farah.

 

            “Ibu tak ingat syarat Karl ke,”

 

            “Syarat, syarat apa,”

 

            “Karl tak punya masa untuk berkenalan,”

 

            “Tak kan, Karl tak hendak bertemu dengan dia walaupun sekali,” Datin Asmah terperanjat dengan tindakan anaknya. Kenapa mesti Karl berbuat demikian. Bukankah dia akan bernikah dengan Farah satu hari nanti. Tak mungkin Karl tidak mahu mengetahui siapa bakal isterinya, bagaimana rupa isterinya, bagaimana perangainya.

 

            “Inilah syarat Karl tetapkan kepada bakal isteri Karl, Karl mahu tahu sejauh mana keikhlasan dia menerima Karl,”

 

            Datin Asmah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Kenapa fikiran anaknya tidak sama dengan fikirannya. Ini zaman moden kalau dahulu bolehlah. Datin Asmah hanya risau kalau Farah tidak setuju nanti.

 

            “Janganlah begini Karl, sekurang-kurangnya Karl hubungi Farah, kalau tidak bertemu tak apa setakat mengenalinya dari telefon,” pujuk Datin Asmah lembut.

 
 
bersambung...
 

No comments:

Post a Comment