Friday 24 January 2014

Antara Cinta dan Kasih - Finale


Hari yang dinanti telah pun tiba. Rumah Puan Hasnah di hias indah untuk majlis perkahwinan anak bongsunya Amirul. Ramai tetamu dan saudara mara dari jauh dan dekat datang berkunjung. Amirul kelihatan segak bila mengenakan baju melayu cekak musang berwarna cream serta samping songket berwarna hitam keemasan. Manakala Affendy selaku pengapit pengantin mengenakan baju melayu cekak musang berwarna coklat cair. Kedua-dua anak Puan Hasnah kelihatan tampan pada hari itu. Mereka sudah bersiap untuk ke rumah Anisha untuk upacara akad nikah. Affendy sedar sebaik sahaja majlis Amirul hari ini dia akan berangkat ke Australia keesokan harinya. Dia sudah berjanji kepada Amirul bahawa dia akan berada di sini sehingga majlisnya selesai.
 
“Are you ok,” ujar Dr. Azman seraya menepuk bahunya bila dilihatnya Affendy seakan berkhayal seolah-olah jasadnya sahaja berada di sini manakala fikirannya melayang jauh entah ke mana.
 
“I’m ok cuma penat sikit,” dalih Affendy. Affendy cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur dengan lena bila mengenangkan dia terpaksa melupakan Anisha dan terpaksa meninggalkan mamanya untuk seketika untuk mengubati hatinya yang lara.
 
Dr. Azman mengeluh kecil dia sedar akan dilemma yang melanda diri Affendy. Dia terpaksa melanggar janji. Yang lainnya dia serahkan kepada Allah.
 
“Mana pengantin lelakinya,” ujar Tuk Kadi bila hampir 15 minit bayang pengantin lelaki tidak kelihatan.
 
Affendy tersentak bila menyedari bahawa Amirul tidak kelihatan duduk di sebelahnya. Affendy mendial telefonnya untuk menghubungi Amirul. Dia mengelengkan kepalanya Affendy kurang faham dengan perangai Amirul yang nakal dan suka bergurau. Affendy mengeluh bila mendapati telefon bimbitnya di matikan.
 
 
“Affendy,” bergema ruang tamu rumah Dr. Azman bila terdengar suara Amirul menjerit memanggil nama Affendy. Semua tetamu yang hadir menoleh kea rah Amirul yang kelihatan marah. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
 
“Kenapa ni Amirul, kenapa macam ni,” ujar Puan Hasnah dia terperanjat melihat keadaan Amirul yang tidak lagi memakai samping dan songkoknya entah kemana.
 
“Kenapa Amirul macam ini, mama tanya pada Affendy sendiri,” ujar Amirul tanpa menoleh ke arah mamanya. Nada suaranya masih seperti tadi.
 
“Kenapa Affendy, apa maksud Amirul,” ujar Puan Hasnah seakan merayu. Affendy hanya mendiamkan diri. Lidahnya terasa kelu untuk berbicara.
 
“Selama ini Rul menganggap dia sebagai abang yang Rul sanjungi dan hormati, Rul sama sekali tidak menyangka bahawa abang Affendy sanggup merampas kebahagiaan Amirul,” ujar Amirul marah.
 
“Abg Amirul, kenapa tuduh abg Affendy begitu, berilah peluang untuknya membela diri,” celah Aina bila dirasakan Amirul tidak memberi peluang untuk Affendy untuk berkata apa.
 
Affendy masih lagi mendiamkan diri.
 
Anisha tersentak bila terdengar akan kekecohan di ruang tamunya. Tetamu yang berada di biliknya menjenguk keluar.
 
“Kenapa Aina,?” soal Anisha bila dilihatnya Aina kelihatan agak cemas.
 
“Abang Amirul mengamuk,” ujar Aina seraya menarik lengan Anisha.
 
Anisha berlari ke ruang tamu dan agak terperanjat melihat keadaan Amirul.
 
 
“Saya dapat merasakan bahawa sejak Affendy berada di rumah Anisha sudah berubah ini semua kerana Affendy, dia cuba merampas Anisha daripada Rul, ya Anisha memang milik Mirul selepas ini tapi hatinya untuk Fendy”
 
“Cukup Rul,” jerit Anisha airmatanya mengalir laju. Dia tidak sanggup mendengar cacian yang dilemparkan keatas diri Affendy.
 
“Ya benar, Affendylah yang memberi sinar hidup dalam diri Nisa. Sebelum ini Nisa hidup dalam kegelapan dan Affendy yang memberi Nisa penglihatan supaya Nisa dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Orang yang Rul caci dan hina itu sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Amirul dan untuk pengetahuan Amirul cinta dan hati Anisha hanya milik Affendy selamanya,” ujar Anisha air matanya mengalir laju. Dia tidak lagi fikirkan tentang perjanjiannya dengan Affendy. Biarlah semua tahu akan perkara yang sebenar tak sanggup rasanya dia membiarkan Affendy terus dihukum dan dipersalahkan.
 
Amirul terdiam sebaik sahaja mendengar penjelasan jujur dari Anisha. Dia menghampiri Dr. Azman yang juga terperanjat dengan tindakannya.
 
“Bukankah saya sudah katakan bahawa kebenaran itu akan terbongkar jua akhirnya,” ujar Amirul seraya menepuk bahu Dr. Azman perlahan.
 
Affendy dan Anisha tersentak bila Amirul berkata demikian.
 
“Nisa, Mirul buat Nisa menangis hari ini supaya Anisha dapat gembira di kemudian hari, bukankah Amirul sudah berjanji akan membuatkan Anisha gembira dan tidak lagi bermuram,” ujar Amirul seraya tersenyum. Tetamu yang hadir berpandangan sesama sendiri kurang faham dengan maksud Amirul.
 
“Abang Fendy, abang yang Amirul kagumi dan sayangi, kenapa mesti berkorban kasih untuk Amirul, jika abang memberitahu perkara yang sebenar awal lagi Amirul tak akan menghalang dan perkara ini tak akan berlaku. Abang lupakah bahawa kebahagiaan Amirul adalah untuk melihat abangnya bahagia,” ujar Amirul seraya menepuk bahu Affendy. Affendy terkedu bila Amirul berkata demikian. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa Amirul dapat mengetahui hubungannya dengan Anisha walaupun dia cuba menyembunyikannya dari pengetahuan Amirul. Apa yang menjadi tanda persoalannya siapakah yang bertanggungjawab memberitahu mengenai ini semua kepada Amirul.
 
“Tuk kadi, pengantinnya memang dah ada dari tadi, jadi nikahkan mereka cepat,” ujar Amirul seraya berseloroh. Amirul memeluk Affendy erat sebelum menyerahkan abangnya kepada tuk kadi.
 
“Rul,” tegur Affendy. Dia kelihatan serba salah. Bagaimana Amirul mengetahuinya semuanya.
 
“No more argument,” jawab Amirul seraya tersenyum. Dia tahu Affendy mahu mengatakan sesuatu.
 
“Mama kagum dengan pendirian Amirul,” bisik Puan Hasnah sayu. Dia memeluk Amirul erat. Amirul membalas pelukan mamanya seraya menyeka air mata mamanya yang masih bersisa. Tiada apa yang dapat membahagiakan dirinya selain melihat dan berdoa kebahagiaan dan kesejahteraan Anisha dan Affendy.
 
The end.

 

3 comments:

  1. Akhir ada juga endingnya terima kasih kak.

    ReplyDelete
  2. Mcm mana amirul boleh tahu? Sambung la sikit lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amirul dapat tahu dari Dr. Azman sebab dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada Anisha dan Affendy. Setelah di desak Amirul. Dr. Azman terpaksa melanggar janji kerana Amirul meminta dia berterus terang.

      Delete