Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 6


            Farah menghirup teh susu yang baru dibancuhnya di pantry tadi dengan berhati-hati. Pagi Isnin, hari yang benar-benar membosankan. Deringan telefon yang nyaring cukup membuatkan Farah terkejut. Dan akibat terkejut lidahnya melecur dek terkena teh panas. Farah mendengus marah. Manusia mana pula yang call awal-awal isnin ni. Hendak tak hendak terpaksa dia menjawabnya.

 

            “Hello,”

 

            “Hello, Farah selamat pagi sayang,” ujar seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya dan kesilapan yang besar yang pernah dilakukan kerana pernah menyayangi lelaki tersebut suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Farah tidak tahu kenapa mesti dia menelefonnya selalu walhal Farah sudah jelaskan padanya bahawa mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kalau dah dasar lelaki tak tahu malu memang tak reti bahasa.

 

            “Best tak your weekend, I rindu you lah sayang, you tak rindukan I ke,”ujar lelaki yang bernama Izwan.

 

            Farah merasa jengkel bila setiap kali dia menyebut perkataan sayang. Meluat benar dia dengan lelaki itu.

 

            “Issh best sungguh, tak nak balik kerja rasanya,”

 

            “Ye ke, seronok benar Iz dengar, Farah dah ada teman baru ke,”soal Iz curiga kerana Farah tidak pernah seceria begini sewaktu bersamanya dahulu.

 

            Kalau ada pun apa kau nak sibuk. Aku bukan teman wanita kau. Pergilah jaga isteri dan anak kau kat rumah. Sibuk tanya pasal orang. Dasar jantan tak guna. Aku sendiri tidak percaya kerana diperbodoh-bodohkan olehnya. Senang-senang aje dia menipuku bulat-bulat mengatakan dia belum beristeri.

 

            “Oklah, I rasa you tak perlulah ambil berat tentang diri I lagi Iz, please jangan call I lagi, nama you sudah lama luput dalam diary hidup I, so tolong jangan call I lagi,”ujarku tegas. Mendengar suaranya membuatkan hatiku terbakar. Sengaja dia hendak cari pasal denganku.

 

            “Please ok, stop, bye,”ujarku lalu meletak gagang telefon.
 
 
 
bersambung.....

 

No comments:

Post a Comment