Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 10


              Cuaca hari ini redup memang sesuai untuk para peminat sukan golf. Haiqal memang gemar bermain golf. Semasa ayahnya masih hidup kerap juga mereka bermain golf bersama. Mereka gemar menghabiskan masa lapang di padang golf. Cuma akhir-akhir ini dia jarang turun padang kerana terlalu sibuk dengan urusan perkerjaan. Entah kenapa pulak hari ni dia teringin benar hendak bermain golf. Awal pagi lagi dia sudah memandu ke kelab Golf Sofitel di Johor Bahru.

 

            “Karl, how are you lama tak nampak, busy ke,” tegur Tengku Iskandar salah seorang pelanggan Karl dan juga teman golfnya. Iskandar dan beberapa kenalan mendekati Karl.

 

            Haiqal bersalaman dengan Tengku Iskandar dan teman-temannya yang lain. Memang benar sudah lama dia tidak ikut serta Tengku Iskandar bermain golf hinggakan Tengku Iskandar terpaksa mencari patner baru kerana Haiqal tidak lagi bergiat aktif dalam sukan golf.

 

            “As per usual sibuk bekerja, bila sesekali pegang kayu golf ni terasa kekok pulak,” ujar Haiqal bergurau. Mereka hanya ketawa mendengar komen Haiqal. Bukan mereka tidak tahu kehebatan Haiqal dalam sukan golf tidak perlu dipertikaikan lagi cuma Haiqal tidak pernah ambil serius dalam permainan ini. Tidak hairanlah sekiranya ramai memberi gelaran “Tigerwood” Malaysia padanya.

 

            “Nice shot,”jerit salah seorang dari pemain yang terpegun melihat pukulan Karl yang tepat pada sasaran. Haiqal hanya tersenyum mendengar pujian dari mereka. Pada Haiqal golf hanya satu hobby dia tidak terfikir langsung untuk bergiat secara serius dalam sukan golf.

 

            “Karl, kau tak ada teman wanita ke,” soal Tengku Iskandar tiba-tiba.

 

            Sekali lagi Haiqal tersenyum. Dia sendiri tidak tahu kenapa bila setiap kali orang bertanya samada dia sudah punya teman wanita dia akan tersenyum.

 

            “Kenapa Is, kau ada calon untuk aku,” jawab Haiqal. Begitulah jawapan yang diberikan oleh Haiqal bila setiap kali orang bertanya tentang dirinya samada sudah punya teman wanita atau belum.

 

            “You can't be serious, tak payah aku nak recommendkan untuk kau, semua wanita akan datang sendiri pada kau,” Tengku Iskandar tergelak bila Haiqal berkata demikian. Dia tahu Haiqal memang suka bergurau. Selama dia berkenalan dengan Haiqal belum pernah Haiqal perkenalkan Iskandar teman wanitanya. Ada jugalah beberapa function dan dinner Haiqal hadir bersama dengan berlainan wanita jelita. Bila di tanya, Haiqal hanya mengatakan bahawa mereka hanya teman biasa. Nak kata Haiqal kasanova susah juga kerana Haiqal terang-terangan mengatakan bahawa gadis-gadis tersebut adalah pekerjanya sendiri untuk dijadikan teman function rasmi. Tapi sekiranya function biasa Haiqal selalu hadir sendirian. Kadang-kadang susah Iskandar hendak percaya dengan kata-kata Haiqal. Jejaka segagah dan setampan Haiqal tidak mungkin tiada teman wanita.

 

            “No, I’m serious, susahlah Is wanita sekarang terlalu demand, kadang-kadang aku rasa penat nak melayan karenah mereka, lainlah kalau kita bertuah mendapat seorang wanita yang memahami diri kita,”

 

            Iskandar hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Sungguhpun begitu dia tidak percaya bahawa alasan terlalu demand membuatkan Haiqal tidak berminat langsung untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki mana yang tidak suka diri mereka didampingi ramai wanita.
 
 
***
 
 

            Sejak akhir-akhir ni aku asyik tersenyum tak tahulah kenapa. Tapi apa yang aku tahu emak ada memberitahu Datin Asmah datang merisik minggu lepas. Aku sengaja buat tak dengar bila mak beritahu aku tentang kunjungan Datin Asmah tempoh hari. Issk mestilah tunjuk tak berminat nanti dia kata aku desperate pulak. Mak kata Datin Asmah akan menghantar rombongan meminang dalam masa 2 minggu ni. Tapi belum tetapkan harinya bila. Macam-macam mak dah plan untuk majlis pertunangan aku. Katanya nak buat gubahan ini dan itu excited sungguh mak aku ni macam dia pulak yang nak tunang. Aku yang punya diri masih ‘cool’ belum bagi kata putus samada aku akan terima lamaran Datin Asmah.

 

            “Mak ada ke Farah cakap Farah akan terima pinangan dia atau tidak,” aku suka mengusik mak. Aku sendiri tidak tahu nak buat apa. Express sungguh mak ucu menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang tengah maknya dan Datin Asmah.

 

            “Hah kau jangan nak mengada dah bagus tu ada orang datang nak meminang kalau tidak sampai ketualah kau macam tu,”bebel mak memanjang.

 

            “Mak tak kisah ke dapat menantu yang mak tak kenal,” soal aku tiba-tiba. Eh sepatutnya aku tanya diri aku sendiri samada aku boleh ke terima bakal suami yang aku tak kenali. Ahh tak apa nak tanya pandangan mak dulu.

 

            Mak terdiam bila ku ajukan soalan. Issk diam plak dia bila suruh bercakap. Selalunya pot..pet..pot..pet.

 

            “Mak, orang tanya ni?,” aku mula mendesak. Yelah nak sangat menantu dia boleh ke terima menantu yang dia tak pernah kenali.

 

            “Mak tak kisah asalkan dia baik dan pandai jaga kau,” jawab mak tanpa mengulas panjang. Sebenarnya dia serba salah kerana dia tahu Farah masih belum bertemu dengan Haiqal anak Datin Asmah.

 

            Aku pulak terdiam bila memikirkannya. Hissh biar betul aku ni bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur telajak kata-kata parah dibuatnya. Betul ke aku sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dengan lelaki yang aku tidak kenali langsung.
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment