Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 13


             Haiqal berdiri di luar beranda sambil menikmati keindahan kampung yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Suasana tenang tidak sesibuk bandar amat di senangi. Dia melirik ke arah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Namun kelibat gadis yang bakal menjadi isterinya masih belum kelihatan.

 

            “Si Farah tu memang pelupa Haiqal, dia tak bawa pula handphone dia, selalunya dia keluar bawa handphone, makcik ingat dia keluar ke bandar sekejap tak sangka pula dia balik lambat,” terang mak Hendon bila dilihatnya Haiqal tak senang duduk sejak dari tadi. Di atas desakan ibunya Haiqal mengalah. Dia cuba menghubungi bakal ibu mertuanya dan berjanji akan ke rumah mereka. Ibunya tak putus-putus berpesan setidak-tidaknya luangkan sedikit masa menjenguk dan berkenalan dengan bakal mak mertua dan pak mertuanya dan tidak terkecuali Farah. Masa tunang minggu lepas Haiqal tidak hadir sama dia out-station terpaksa ke HongKong. Jadi majlis pertunangan dijalankan tanpanya. Segala persiapan diserahkan kepada ibunya.

 

            “Tak apalah makcik lagipun saya cuma beritahu makcik saya nak datang semalam, saja hendak berkenalan dengan Farah,” jawab Haiqal lalu tersenyum dia duduk bersila berhadapan dengan mak Hendon. Mak Hendon tersenyum mendengarnya. Baik budi bahasanya. Hairan juga dia pemuda setampan dan sebaik Haiqal mahukan ibunya carikan jodoh untuknya. Si Farah pula buat hal. Kemana pulak budak ni.

 

            “Tak pa Karl, si Farah tu memang macam tu, pantang kalau balik kampung mesti nak ke bandar,” celah Taufiq lalu duduk bersebelahan dengan Haiqal.

 
 
****

 

            Aku mengendap di celah-celah tingkap, bayang emak, abah mahupun abg Taufiq tidak kelihatan. Aku menguntum senyum. Hehe selamat, kalau tidak mesti mak memekak kat aku pasal lupa tentang kunjungan Abg Haiqal hari ini. Aku berjalan sambil menjengkitkan kaki agar semua ahli rumah tidak perasan bahawa aku sudah pulang.

 

            “Hah apa terjengkit-jengkit,” sergah Taufiq dari belakang.

 

            “Syyhhh diamlah abg Taufiq nanti mak dengar,” ujarku lalu menarik tangan Abg Taufiq ke belakang rumah.

 

            “Hah tahu pun takut mak marah, yang Farah balik lambat kenapa, kesian Karl menunggu bagai buah tak jatuh,”

 

            “Ni Farah ada belikan Abg Fiq pisang goreng, panas lagi tau, erm abg Fiq baik tak,”

 

            “Hah nak apa,” Taufiq tahu mesti Farah ingin minta pertolongan darinya kalau tidak masakan dia baik semacam.

 

            “Macamana dengan bakal adik ipar abg Fiq, ok tak dia,” soalku ingin tahu. Yelah dah terlepas peluang hendak bertemu dengannya.

 

            “Eh dia ok,” jawab abg Taufiq ringkas lalu menyuap goreng pisang panas yang di beli Farah tadi.

 

            Aku memandang Abg Fiq minta maklumat lanjut tentang Abg Karl. Tak kan itu aje yang dia boleh beritahu aku. Tentulah dia ok kalau tak ok tak kan dia kemari. Leceh betul lah Abg Fiq ni sengaja hendak menyakat aku.

 

            “Tak kan itu aje? Lagi? Hensem ke? Atau boleh tahan ke? Apa ke?” soalku bertubi-tubi. Binggit dengan kelakuan Abg Taufiq yang buat tak endah. Selamba dek aje expresi wajahnya bila aku bertanya mengenai tunang aku.

 

            “Macam batman,”

 

            “Batman, yang mana satu Michael Keaton, George Clooney, Val Kilmer atau Christian Bale,” hah tu dia semua pelakon ‘Batman’ aku dah sebut. Kalau betul lah macam ‘Batman’ tak kiralah siapa pasal setahu aku pelakonnya boleh tahan cute. Hehe..aku berangan sendiri.

 

            “Hah jangan nak berangan, abg tak cakap macam pelakon ‘Batman’,”

 

            “Abis, macam siapa?,” Aku dah mula geram dengan Abg Fiq kerana mempermain-mainkan aku.

 

            “Macam penguin,” jawabnya seraya berlalu meninggalkan Farah.

 

            “Hah macam penguin, biar betul Abg Fiq ni,” macam hendak menangis aku dibuatnya. Apa maksud abg Fiq abg Karl macam ‘penguin’. Aku sudah dapat bayangkan wajah Danny Devito yang memegang watak penguin. Issk tak kan lah abang Karl seteruk itu.
 
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment