Friday 24 January 2014

Antara Cinta dan Kasih - Part 27


Anisha menurut kehendak abang long walaupun hatinya bagai disiat-siat bila setiap kali mereka bertembung atau terdengar suara abang long. Affendy sentiasa sibukkan dirinya menguruskan persiapan majlis adiknya. Amirul dan Fendy benar-benar rapat kesana kemari pasti mereka berdua bagai isi dengan kuku. Walaupun Affendy selalu kelihatan bersahaja namun Anisha dapat merasakan bahawa Affendy sebenarnya pandai menyembunyikan perasaan sedihnya.
 
“You need to accompany the bridesmaid and the bride to Couture Bridal Boutique this afternoon,” ujar Amirul kepada Affendy yang sedang duduk seorang diri di taman.
 
“Me, why? kan ke pengantin aje yang kena pergi,” soal Affendy. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terbabit dengan kegiatan Amirul dan tunangnya.
 
“You’re my bestman remember, kena try tuxedo for wedding dinner,” Amirul mengingatkan Affendy.
 
“Ok if that the case, I think I’ll better go to the boutique first,” ujar Affendy seraya bangun dari tempat duduknya.
 
“Erm you missing something aren’t you,” ujar Amirul seraya tersenyum sinis.
 
“I don’t think so, am I missing anything,” soal Affendy dengan wajah hairan setahunya hanya itu sahaja yang Amirul beritahu kepadanya.
 
“Accompany, meaning three of you will go together,” ujar Amirul mengingatkan Affendy yang dirasakan tidak seperti dirinya sejak akhir-akhir ini. Abang Affendynya yang dikenali selama ini seorang yang tidak pelupa dan tidak suka pernah miss any details.
 
“Three of us, then how about you and what you mean three of us,”
 
 
“I got some urgent things to do, lagipun Rul dah try bajunya cuma Anisha, Aina dan abang sahaja yang belum fitting lagi, so please big brother,” ujar Amirul seraya tersenyum.
 
Affendy hanya mengelengkan kepalanya. Sangkanya adik Amirulnya akan menjadi seorang matang bila hendak mendirikan rumahtangga. Namun perangai keanak-anakannya masih lagi melekat di jiwanya. Itulah perbezaan sikap dan perangai kedua-dua beradik ni.
 
“This is the last time,” jawab Affendy serius seraya berlalu.
 
 
****
 
 
Sepanjang perjalanan Affendy tidak banyak berbual walaupun Aina di sebelah banyak berceloteh tentang itu dan ini. Anisha di belakang sesekali turut berbual dengan Aina yang peramah. Ikutkan hati Affendy tidak mahu melayan kehendak Amirul. Dia sanggup pergi sendiri dan menyuruh Aina yang memandu ke Boutique itu bersama Anisha. Affendy menolak pintu transparent milik Boutique tersebut dan membenarkan Aina dan Anisha masuk ke dalam butik itu dahulu. Susan pembantu kedai datang menemui mereka dan mengeluarkan baju gaun pengantin dan baju untuk bridesmaid. Manakala Affendy hanya duduk tidak jauh dari mereka menyelak majalah sambil menanti mereka mencuba pakaian.
 
“Awak abang Amirul, wah banyak handsome ah, very tall boleh jadi model,” ujar Susan memuji Affendy. Susan pernah bertemu dengan Amirul. Amirul baby face, he’s look younger than his age. But Affendy he is handsome and good looking.
 
“Terima kasih,”jawab Affendy seraya tersenyum bila mendengar pujian dari Susan.
 
 
“How come both of you doesn’t look the same, Amirul very fair but you a bit tanned, but both of you very good looking,” ujar Susan seraya membelek kasut yang sesuai untuk di padankan untuk gaun bridesmaid dan pengantin.
 
“Saya abang angkat dia, sebab tu rupa tak sama,” jawab Affendy jujur. Walaupun niatnya hendak berehat tapi memandangkan Susan mahu berbual dengannya dia layan juga.
 
“No wonderlah, but you dua-dua very close ah, Amirul always talk about you when he comes here,” ujar Susan seraya tersenyum. Amirul peramah orangnya. Selalu bercerita tentang family dan tunangnya kepada Susan.
 
“Really,” ujar Affendy kurang percaya. Adiknya memang begitu. Semua orang dia boleh diajak berbual.
 
Anisha keluar dari fitting room. Baju gaun pengantin berwarna cream yang dipakainya kelihatan cantik bila dipakai oleh Anisha. Affendy menoleh kearah Anisha yang kelihatan seperti bidadari dari kayangan.
 
“Wah very beautiful, try these shoes tengok samada matching dengan your baju,” ujar Susan seraya menyerahkan kasut pump shoes yang penuh dengan kilauan kristal untuk dipadankan dengan baju Anisha.
 
Anisha menyambut seraya menyarung kasut tersebut ke kakinya. Ketika mencuba Anisha agak tergesa-gesa mengenakan kasut tersebut dan dia hilang pertimbangan. Dia hampir sahaja tersungkur tapi dapat di selamatkan bila tangan sasa milik Affendy sempat menyambut badannya. Mereka berdua tergamam. Aina yang menyedari kejadian tadi mengurut dada tanda lega. Kalau tidak pasti Anisha sudah jatuh tersungkur di hadapan tadi. Apa yang membuatkan Aina terpegun bila memandang pasangan tersebut dan menyedari mereka berdua amat secocok sekali. Seolah-olah punya chemistry.
 
 
“Wah romantiknya,” ujar Aina tiba-tiba membuatkan Affendy segera melepaskan tangannya. Anisha melarikan pandangannya. Dia tidak sanggup memandang wajah Affendy lama.
 
“Dah jangan nak berangan romantik-romantik ni, semuanya dah ok ke belum,” ujar Affendy serba salah dia tidak sepatutnya berbuat demikian.
 
“Papa, Amirul,” ujar Anisha terperanjat bila menyedari papanya dan Amirul berada di belakang mereka. Affendy tersentak seraya menoleh kea rah mereka berdua. Dr Azman dan Amirul berdiri tercegat tidak jauh dari mereka. Sudah tentu mereka sudah ternampak akan kejadian tadi.
 
“Apa khabar Dr. Azman,” ujar Affendy seraya berjabat tangan dengan Dr Azman.
 
“Rul kata pergi meeting tadi,” ujar Anisha serba salah. Namun dia cuba menyembunyikannya. Dia khuatir Amirul akan mengesyaki apa-apa bila ternampak kejadian tadi walaupun ianya tidak sengaja.
 
“My meeting ends earlier itu yang Mirul datang nak tengok,” jawab Amirul selamba seraya merangkul erat pinggang Anisha sambil tersenyum. Dia memandang kea rah Affendy yang berdiri di sebelah Dr. Azman. Affendy merasa tidak senang bila Amirul memberi pandangan begitu. Adakah Amirul cemburu dengannya.
 
“You look beautiful dear,” bisik Amirul ke telinga Anisha. Anisha tersenyum kelat. Hatinya berdebar kencang. Dia khuatir papanya dan Amirul mengesyaki apa-apa.
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment