Friday 24 January 2014

Karl & Hilda - Part 8


              Mana pulak perginya Memorandum Appearance yang Puan Lela pass kat aku. Hissh pening dibuatnya. Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Aku mengangkat fail-fail yang menimbun di atas meja mencari document yang telah ku siapkan semalam.
 
            “Hah apa yang tergaru-garu macam beruk tu hah,” suara yang tidak ingin didengar menegurku.
 
            “Sibuk pasal, kalau nak tolong tak pe jugak,” rungutku. Bukan nak tolong, kenakan orang lagi ada. Dahlah aku hendak kena pergi Sub Court nak filekan Memorandum Appearance. Kalau tidak mahu sebakul aku dimarah Puan Lela sebab tidak menfail kan dokumen tersebut sebelum deadlinenya.

 

            Aku memandang mejaku yang penuh sarat dengan file-file yang banyak kerja outstanding. Beginilah keadaan kalau bekerja di pejabat guaman. Lebih-lebih lagi kalau boss sole-proprietor, semua setiausaha nak kena buat. Baik dari segi mendraft surat hinggalah mendraft dokumen. Ikutkan peguam kena buat semua itu kerana mereka yang mendapat sijil kelulusan ijazah. Kalau semua setiausaha kena buat, ini sudah terbalik. Siapa bos siapa setiausaha ngomelku dalam hati.

 

            “Farah ada call,”

 

            “Cik Farah ada call, dah pekak pulak budak ni,”jerit abang Haron bila aku tidak dengar Ayu memanggilku.

 

            “Amboi sedapnya cakap tak sayang mulut ke,” jawabku sambil merengus geram. Abg Haron ku jeling dengan jelingan tajam.




            “Hello,” jawabku tercungap-cungap kerana terpaksa berlari ke meja Ayu untuk menyambut panggilan.

 

            “Apa hal yang kecoh sangat, macam pasar malam pulak,”

 

            “Lah mak ucu, ingatkan siapa tadi, ni ha bujang trang tang tang ni sibuk aje nak cari pasal dengan Farah,”ujarku lalu mengejek abg Haron. Abg Haron menjeling bila ku sebut bujang trang tang tang.

 

            “Hah apa hal, Farhan tak balik lagi, nak suruh perambat lagi ke,”soalku bertubi-tubi. Sengaja hendak mengusik mak ucu. Farhan satu-satunya anak mak ucu baru berusia 10 tahun selalu juga aku menakut-nakutkan mak ucu menceritakan perihal anak-anak sekarang yang tidak kira umur baligh atau tidak sudah berani melanggar undang-undang. Sedikit sebanyak membuatkan mak ucu risau.

 

            “Memandai aje kau ni,”

 

            Aku mengekek kecil kerana berjaya mengusik mak ucu.

 

            “Ucu nak tanya kau tu dah ada teman lelaki,” soal mak ucu straight to the point. Dia malas nak berkias-kias dengan Farah.

 

            “Soalan cepu emas, hmm teman lelaki tak ada kalau teman wanita tu ramailah, apa mak ucu nak calon lelaki pulak ke, Farah ada satu kat office tapi bujang trang tang tang ler umur 42 tahun boleh? Jawabku sambil berseloroh. Abg Haron memandangku dengan pandangan tajam. Ikutkan hati memang dia nak piat telinga Farah saat dan ketika itu juga kerana mempersendakannya. Ayu dihadapanku tidak dapat menahan tawa. Memang abg Haron tu masih single, entah apa yang dinantikan pun tak tahu. Jangan-jangan tak minat pada wanita tak? Macam Rupert Everett, tapi Rupert Everett handsome gila.

 

            “Farah, ucu serius lah, ada orang berkenan kat kau ni, sebab tu mak ucu tanya kau,”

 

            Ketawaku masih bersisa. “Apalah mak ucu tak ada anak dara lain ke yang mak ucu boleh kenalkan, anak dara koleksi mak ucu dah kehabisan stok ke,” Gelihati benar aku mendengarnya.

 

            Terdengar keluhan mak ucu bila semua perkara dianggap lucu bagi Farah.

 

            Aku terdiam seketika. Hmm mak ucu kata ada orang berkenan kat aku, siapa eh? Best jugak kan ada secret admirer ni, lagipun aku masih sendiri tidak punya teman, manalah tahu kalau-kalau nasibku baik mendapat calon suami yang berketurunan yang baik tak macam Izwan si pelesit tu.

 

            “Siapa cik,”

 

            Rokiah tersenyum mendengar jawapan dari Farah. Nampaknya Farah berminat. Bukan dia tidak tahu tentang anak saudaranya itu. Kakaknya Hendon selalu mengadu tentang anak daranya yang masih sendiri sedangkan umurnya meningkat dari tahun ke tahun.

 

            “Adalah kawan mak ucu yang sedang mencari calon menantu buat anak tunggalnya, mereka dari keturunan yang baik,”

 

            “Alah tak kan itu aje yang mak ucu tahu, boleh ke cik, dia tahu tak perangai Farah yang brutal ni takut tak sepadan plak nanti,” Aku tersenyum nakal. Hehe..ada orang berkenan kat aku. Macam tak percaya pulak kan, tak sangka aku yang brutal ni ada juga yang sudi jadikan aku calon menantu.

 

            “Macamana kau setuju ke tidak,”soal Rokiah tak sabar rasanya hendak memberitahu temannya tentang persetujuan Farah. Lagipun Rokiah tidak keberatan sekiranya anak Datin Asmah dipadankan dengan Farah. Kakaknya pun sudah berpesan sekiranya anak daranya susah sangat nak bertemu dengan jodoh. Rokiah diberi kebenaran untuk mencarikan calon menantu yang sesuai buat Farah. Hendon memang tahu Rokiah ramai kenalan.

 

            “Ok, tapi kalau Farah tak berkenan mak ucu jangan salahkan Farah pula,” aku tersenyum nakal. Thrill betul. Lagipun apa salahnya aku menerimanya lagipun mak ucu pandai nak memainkan peranannya. Tak kan dia nak sia-siakan hidup aku.

 

           
bersambung....

No comments:

Post a Comment