Monday 7 October 2013

Sweet Revenge - Part 9

             Alyssa dan Shima sibuk mengendalikan kerja masing-masing, keadaan office terasa begitu aman setelah ketiadaan Arash. Selama hampir sebulan bekerja tanpa gangguannya. Bukan mereka sahaja yang merasa selesa malah pekerja lain turut merasakannya. Jannah berlebih-lebih lagi. Tidaklah dia terpaksa berendam air mata di herdik Arash. Apa yang peliknya, Jannah masih lagi mahu bekerja dengan Arash walaupun dimarahi dan diherdik begitu.
 
            “Kak Shima, itu hari Jannah baca suratkhabar ada kemalangan jalanraya, pemandu kereta tersebut meninggal di tempat kejadian, kak Shima ada baca,”tiba-tiba Jannah bersuara memecah kesunyian.
 
            Alyssa yang tidak jauh dari meja Shima tersentak mendengar berita tersebut dari Jannah.
 
            “Kemalangan apa?,”soal Shima dia sendiri dah lama tidak membaca akhbar.
 
            “Lah kak Shima ni, ketinggalan dah sebulan baru tahu, dengar-dengar tuan yang duduk di belakang kereta tersebut cedera hingga membuatkannya hilang ingatan,”cerita Jannah panjang lebar.
 
            Shima terdiam sebentar dia pasti ia adalah berita kemalangan yang melibatkan Arash.
 
            Ada nama mangsanya?,”soal Shima tanpa menunjukan reaksi apa-apa.
 
            “Tak ada, sebab identitinya tidak diketahui,”jawab Jannah seraya tersenyum.
 
            Alyssa menarik nafas lega. Dia sendiri tidak teringat langsung untuk membaca akhbar selepas kemalangan tersebut. Mereka menjadi sensitive bila Jannah menyebut berita tentang kemalangan jalan raya. Takut akan berita kemalangan Arash di siarkan di akhbar.
 
            “Pihak hospital tak beritahu identity sebenar mangsa tersebut,”soal Shima ingin kepastian.
 
            “Tak ada pula, o.k.lah kak Shima, Jannah nak siapkan report untuk tuan Arash kita, karang dia balik habis tonggang terbalik office di buatnya,”ujar Jannah melipat kembali akhbar yang di bacanya. Dia membuka folder report yang dipesan Arash untuk di siapkan sebelum dia balik ke pejabat.
 
            “Dia tak akan balik,”ujar Shima antara dengar dengan tidak.
 
            “Apa kak Shima, sapa yang tak balik,”tiba-tiba Jannah bersuara.
 
 
            “Tak, maksud kak Shima nanti tak pasal-pasal kita tak dapat balik,”jawab Shima cepat. Dia fikir Jannah tidak dengar.
 
            Shima menoleh ke arah Alyssa. Dia pasti Alyssa tengah resah mendengarnya maklumlah Alyssa ni kalau dalam hal Arash dia yang cepat panik mulalah nak menarik diri. Tepat jangkaan Shima, Alyssa masih memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Shima hanya memberi isyarat supaya jangan khuatir terlampau sangat. Shima menyambung membuat tugasannya.
 
            Deringan telefon memeranjatkannya. Tanpa berlengah Shima mengangkat gagang telefon.
 
            “Eh perempuan, apa halnya ni,”ujar Alyssa cemas.
 
            Shima hanya tersenyum, sangkanya Alyssa tidak mahu ingin tahu.
 
            “Panik nampak, biasalah berita kemalangan, nothing serious, tak ada apa-apa, relaxlah,”ujar Shima sambil mengenyitkan matanya ke arah Alyssa.
 
            “Kau ingat aku susah payah interkom kau pasal panik tentang berita kemalangan tu, ni tadi aku ternampak kelibat Tan Sir Farihin masuk bilik Arash, so apa kita nak buat sekarang,”ujar Alyssa dengan wajah bersahaja.
 
            “What, Tan Sri datang, bila tak beritahu aku pun,”ujar Shima dia pula panik memandang belum bersedia menyiapkan script sekiranya Tan Sri menjelma di office mereka.
 
            “Baru, kejap lagi dia jengah kita ler,”ujar Alyssa selamba seraya meletak gagang telefon. Sebaik sahaja Tan Sri melintas mejanya.
 
            “Awak berdua ni memang pekerja contoh, dah pukul satu pun tak keluar lunch lagi,”tegur Tan Sri Farihin sebaik sahaja dia ternampak kedua pekerja kesayangannya masih berada di dalam office during lunch hour.
 
            “Tan Sri bila sampai Malaysia,”ujar Shima.
 
            “Kenapa tak beritahu kami awal-awal boleh kami jemput Tan Sri,” celah Alyssa pula ternyata kedua-duanya gementar.
 
            “Eh apa pulak nak jemput-jemput Malaysia kan tempat darah tumpah saya,”gurau Tan Sri.
 
            “Tan Sri nak ke tempat site ke,” tanya Shima. Selalunya Tan Sri ke office nak pergi site projek condominium tapaknya di Damansara. Kenapa time-time begini Tan Sri datang. Hissh kecoh. Apa Tan Sri dapat rasakan yang anaknya dia kena culik dengan kami ke?
 
            “Tak adalah, asyik ke site aje, saya balik ni nak jengok anak tunggal saya, dah lama tak dengar khabar,” terang Tan Sri.
 
            Jengok anak tunggal. Alyssa diam tergamam. Tak pernah-pernah Tan Sri datang sebab nak jengok anaknya sahaja. Kalau Tan Sri tanya padanya dia tidak tahu bagaimana hendak mencari helah.
 
            “Kan ke Arash ke Jepun, dia tak beritahu Tan Sri ke,” ujar Shima cuba menyelamatkan keadaan. Dia tahu wajah Alyssa kelihatan pucat bila Tan Sri menyatakan tujuannya ke pejabat. Sebelum Alyssa mengaku apa-apa lebih baik di jawab pertanyaan Tan Sri dahulu.
 
            “Dia ada beritahu tapi katanya nak singgah Australia melawat saya dan emaknya, dah nak masuk tiga minggu dah ni dia tak telefon-telefon,”ujarnya lagi. Wajahnya sudah cukup menunjukan yang dia risau tentang anak lelaki tunggalnya.
 
            Shima dan Alyssa kelihatan serba salah.
 
            “Bukan sekali dua dia buat macam ni,” ujar Tan Sri perlahan.
 
            “Apa Tan Sri,”
 
            “Arash, dia suka menghilangkan diri tanpa memberitahu kami, saya ingatkan dia sudah berubah, entahlah,” keluh Tan Sri Farihin. Selama ini Shima dan Alyssa tidak pernah melihat Tan Sri mengeluh. Sebagai seorang ayah tentu dia risau mengenai anaknya maklumlah Arash merupakan satu-satu warisnya.
 
            “Saya minta maaf Tan Sri,”ujar Alyssa tiba-tiba.
 
            “Eh, kenapa pula awak kena minta maaf, bukan salah awak,”
 
            Shima menyiku Alyssa kerana berkata demikian dia tidak mahu Tan Sri mengesyaki apa-apa.
 
            “Bukan saya tak tahu perangai anak saya semasa menjalankan tugas, tapi saya kagum kamu semua dapat bekerja dengannya walaupun perangainya membuat semua pekerja di sini membencinya, saya harap awak berdua sabar dengan karenahnya,”ujar Tan Sri panjang lebar.
 
            Shima tersenyum fikirnya Tan Sri tidak tahu menahu dengan perangai Arash. Rupanya dia tahu dan siapa pula yang memberitahu perihal anaknya kepadanya.
 
 
            “Sebenarnya Arash tidak macam tu dulu tapi setelah dia, eh saya ni dah panjang lebar pula cerita dengan awak dah jam 1.30 marilah kita lunch sama-sama memang tujuan saya nak mengajak awak berdua makan bersama,”pelawa Tan Sri.
 
            Alyssa hampa kerana Tan Sri tidak meneruskan cerita perihal perangai ganjil anak tunggalnya. Sedikit sebanyak dapatlah Alyssa menilainya. Tan Sri sendiri menyatakan bahawa dia tidak bersikap demikian masa dulu. Apa yang telah terjadi hingga Arash seakan membalas dendam.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment