Monday 7 October 2013

Sweet Revenge - Part 7


          Sepanjang perjalanan Arash hanya mendiamkan diri dan sesekali dia memandang ke arah luar. Alyssa dan Shima lebih senang dia berkeadaan demikian, tidaklah mereka pening hendak melayan Arash, mereka tidak mahu tersalah cakap atau tersasul buruk pula padahnya nanti. Alyssa membelokan kereta ke arah banglo milik abangnya yang tersengam indah.

 

            “Ini rumah kita,”ujar Arash tiba-tiba.

 

            “Ya,” jawab Alyssa menganggukkan kepala, kerana dia sendiri tidak berani mengaku yang rumah ini adalah rumahnya. Kalaulah abangnya tahu tentang kegiatannya semasa ketiadaannya pasti dia dimarahi abangnya. Alyssa pula masih belum pulih dengan badi mengenai rancangan untuk mengenakan Arash. Dia hampir-hampir terlepas kata semasa berbual dengan doktor yang memeriksa Arash tadi. Hampir-hampir dia ingin menyatakan bahawa sebagai pekerja dia harus menolongnya. Nasib baik Shima ada bersama dapat menyelamatkan keadaan.
 

            “Eh kenapa tak masuk lagi, suami kau dah masuk,”usik Shima setelah dilihatnya Alyssa masih tercegat di tepi kereta tidak bergerak dari tadi.

 

            “Banyaklah kau punya suami,”jawabnya seraya mencubit pinggang Shima.

 

            Shima hanya mampu mengadu sakit kerana tidak bisa menjerit.

 

            Semalaman Alyssa dan Shima tidak dapat tidur memikirkan rancangan selanjutnya setelah mengetahui Arash di benarkan pulang setelah hampir sepuluh hari berada di hospital. Pada awalnya Alyssa hendak menghantarnya ke rumah Arash sendiri kerana selama ini Arash duduk bersendirian di rumah ditemani pembantu rumah dan seorang pemandu peribadi. Kerana Tan Sri telah berpindah ke Australia setelah menyerahkan perniagaanya kepada Arash hanya sesekali sahaja dia datang menjenguk anak tunggalnya itu. Tapi di tegah Shima dan anak saudaranya kerana mereka tidak setuju sekiranya Arash di hantar ke rumahnya sendiri pasti rancangan mereka tidak berjaya. Segala usaha mereka akan sia-sia kerana tidak dapat membalas dendam terhadap Arash.

 
            “Habis kau nak dia tinggal rumah abang aku, apa kau gila, nanti kena tangkap basah baru kau tahu,”ujar Alyssa berkeras agar Arash di pulangkan ke istananya sendiri.
 
            “Eh lysa kau ingat aku ni bodoh sangat ke, tak kan aku nak biarkan kau duduk dengan dia, tentulah aku ada sama, aku sendiri tidak percaya dengan kau, silap hari bulan bocor pula rahsia kita,”terang Shima setelah Alyssa selalu berfikiran negatif.
 
            Alyssa tidak pernah menafikan bahawa Arash memang kacak kalau tak cukup iman boleh terpikat dengannya. Itu yang mengkhuatirkan Alyssa. Silap haribulan dia terjatuh hati dengan Arash. Soal hati bukan boleh di bawa bincang.
 
            “Alah paling tidak pun kau jadi aje girlfriend si Arash tu, kau single dia pun single dah sepadan lah tu macam pinang di belah dua,”ujar Shima. Seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan oleh Alyssa.
 
            “Oh pleaselah nak jadi boyfriend aku, in another life,” ujar Alyssa segera menafikannya. Shima di sebelah hanya tersenyum.
 
            “Apa senyum ni kau punya idealah, aku juga yang jadi mangsa keadaan,”jeling Alyssa.
 
 
            Alyssa menemani Arash ke bilik yang di sediakan untuk tetamu dan bersebelahan dengan bilik Alyssa. Hingga ke jam tiga pagi Alyssa dan Shima mengemas bilik tersebut dan memindahkan sebahagian baju dan barang abangnya ke dalam bilik tersebut agar tidak ketara yang mereka hanya berlakon. Arash melangkah masuk ke dalam bilik yang di tunjukan oleh Alyssa dia duduk di atas katil seraya memandang sekeliling biliknya. Alyssa masih tercegat di muka pintu. Dia berkeras tidak mahu masuk sekiranya Arash tidak perlukan apa-apa. Arash menuju ke arah almari dan membukanya. Pakaian pejabat dan kasual tergantung rapi di dalam almari. Dia segera menutupnya kembali dan tersenyum ke arah Alyssa yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
 
            “Kenapa baju Alyssa tak ada di dalam almari,”ujarnya perlahan.
 
            Alyssa menyangka dia dapat lari dari pertanyaan tersebut. Ternyata jangkaannya meleset Arash memang cekap sungguhpun dia hilang ingatan ini tidak bermakna dia tidak boleh berfikir.
 
            “Ada seperkara lagi yang Alyssa belum beritahu abang,”ujar Alyssa seraya menuju ke arah katil namun pintu sengaja di buka luas supaya setelah dia menerangkan segalanya kepada Arash dengan segera dia akan meninggalkannya.
 
            “Sebelum abang terlibat dengan kemalangan, kami memang tidak bertegur sapa kerana salah faham, abang terus mengambil keputusan untuk tidak mahu sebilik dengan Alyssa selagi Alyssa masih berdegil tidak mahu mengikut abang berpindah ke Australia, Lysa minta maaf bang, Lysa tidak sanggup tinggalkan Malaysia dan abang telah pun mengambil keputusan dengan memindahkan ke semua barang dan baju abang ke bilik ini,”ujar Alyssa pura-pura bersedih. Dia sendiri tidak berani memandang wajah Arash. Dia terus meninggalkan Arash sendirian.
 
            “Eh lama kau kat dalam dengan dia, apa dia nak,”ujar Shima sebaik sahaja Alyssa menuju ke arahnya.
 
            “Dia tanya mana baju aku,”ujar Alyssa separuh berbisik khuatir didengar Arash.
 
            “Jadi, apa kau jawab,”tanya Shima sengaja dia hendak tahu.
 
            “Eh ikut scriptlah kau pun,”
 
            “Exactly ke,”tanya Shima tidak puas hati.
 
            “Lah kau dah kenapa, aku ikut betul dalam script yang kau buat,”terang Alyssa. Geram pula dia tengok perangai Shima kadang-kadang macam budak bodoh.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment