Monday 28 October 2013

"No Reservations"

Romantik movie pilihan aku kali ini best among the best kerana (2 in 1) gourmet food dan romance. Good combination. Haha. Di sebabkan these few days aku angan-angan menjadi chef. Maka aku teringatkan movie romantic yang menjadi favoriteku dan juga koleksiku. Iaitu “No Reservations”. Movie lakonan Catherine Zeta Jones (The Mask of Zorro) dan Aaron Eckhart (Batman) sungguh berkesan kerana menurut Catherine Zeta Jones dia tidak pernah ke dapur. Dia terpaksa menghadiri kelas belajar memasak cara chef demi untuk menghidupkan wataknya sebagai seorang chef di dalam filem tersebut.
 
Kate (Catherine Zeta-Jones) adalah seorang master chef di sebuah restaurant trendy 22 Bleecker Street in Manhattan. Dia mengendalikan restaurant mengikut system dan caranya tersendiri demi menghasilkan hidangan yang hebat. Kate seorang chef yang garang dan tidak menerima sebarang alasan sekiranya hasil masakannya tidak tip top. Caranya itu membuatkan para pekerja merasa tidak senang dan selesa bekerja dengannya kerana merasa tertekan jika mereka tidak dapat menghasilkan mutu masakan seperti beliau kehendaki. Boss Kate menghantar Kate ke terapi untuk menangani masalahnya. Kate seorang Chef yang sukar untuk meninggalkan dapurnya sekira pelanggan ingin memuji hidangannya akan tetapi dia bersedia untuk menemui pelanggan yang mengadu tentang hidangannya. Adik Kate terkorban di dalam kemalangan jalan raya dan anak saudara perempuannya yang berusia 9 tahun kini menjadi tugasnya untuk menjaganya. Kate terpaksa menyesuaikan diri dan mengimbangi pekerjaannya dan mengurus anak saudaranya. Boss Kate menyuruh Kate mengambil cuti sehingga dia bersedia untuk kembali bekerja semula. Boss Kate mendapat seorang chef baru bagi mengantikan tempat Kate buat seketika. Chef Nick (Aaron Eckhart) adalah seorang chef yang namanya sedang meningkat naik. Nick boleh menjadi ketua chef di mana-mana restaurant yang dia kehendaki akan tetapi dia mahu bekerja bersama Kate. Kate merasakan kedudukkannya sebagai master chef di restaurantnya tergugat dengan adanya Nick kerana cara Nick mengendalikan dapur tidak sama sepertinya. Nick punya cara tersendiri dan ini membuatkan para pekerja Kate suka bekerja dengan Nick. Nick gemar mendengar Opera semasa dia memasak dan Nick akan meniru cara Opera menyanyi sedikit sebanyak membuatkan pekerja terhibur dengan gelagatnya. Kate tidak berkenan dengan cara Nick akan tetapi mereka berdua serasi bekerja bersama di dapur. Nick cuba mengambil hati Kate dan anak saudaranya. Hubungan mereka menjadi akrab dan Kate mula sukakan Nick sehinggalah suatu hari Boss Kate menawarkan Nick untuk menjadi chef di restaurantnya.
Cerita “No Reservations” membuatkan kita teringin mencuba makanan yang kita tidak pernah rasai. Seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Cara Chef menyediakan sesuatu hidangan begitu artistic dan menyelerakan. Tak percaya cubalah tonton “No Reservation”. Aku percaya selepas ini pasti ada yang akan mencari resepi gourmet food untuk mencubanya.
 
 

No comments:

Post a Comment