Monday 7 October 2013

Sweet Revenge - Part 8

            Arash berbaring di atas katil sebaik sahaja Alyssa meninggalkannya. Kedua-dua tangannya di alas di kepalanya. Matanya di pejamkan rapat. Dia cuba mengingati semula apa yang telah berlaku sebelumnya. Kosong. Tiada imej mahupun clue yang dapat memulihkan pengingatannya. Percubaannya sia-sia malah kepalanya terasa begitu perit apabila setiap kali dia cuba memaksa untuk mengingati semula peristiwa atau kenangan yang pernah di lalui bersama orang yang di sayanginya. Dia cuba mengingati bagaimana dia bertemu dengan Alyssa dan seterusnya menikahi wanita itu.
 
            “So macamana dia tak sneak to your room semalam,”usik Shima sebaik sahaja dilihatnya Alyssa sedang menghirup milo panas.
 
            Hampir nak tersembur keluar air yang di minumnya bila Shima mengusiknya dengan usikan yang tidak munasabah.
 
            “Kau jangan tak pasal-pasal kau mandi air milo pula pagi ni,”ugut Alyssa. Semalaman dia tidak dapat tidur lena dan senantiasa gelisah. Jam tiga pagi dia cuba hendak ke dapur atas terpaksa dibatalkan niatnya kerana Arash masih berjaga dan berada di ruang rehat tengah duduk sendirian. Dari belakang Alyssa dapat melihat dengan jelas dia memakai pyjama biru favourite abangnya. Alyssa tersenyum sendiri tidak menyangka pakaian abangnya sama saiz dengan Arash. Kalau tidak pening kepala juga dia terpaksa mencari beberapa helai baju di pasaraya untuk Arash. Alyssa menutup semula pintu biliknya perlahan agar Arash tidak sedar bahawa dia sedang mengintipnya.
 
            “Ah senyum sorang aje, ada apa-apa ke kongsilah sama,”sergah Shima setelah di lihatnya Alyssa seperti berkhayal.
 
            “Eh.. belum kawin soranglah,”jawab Alyssa sambil menjeling.
 
            “Siapa yang belum kawin,”tiba-tiba Arash terpacul di muka pintu dapur.
 
            Alyssa dan Shima terperanjat beruk. Bila masa pula si Arash ni dah ada kat dapur. Sedangkan Alyssa tidak dengar bunyi orang menuruni anak tangga.
 
            “Eh tak ni si Shima bila tah nak kawin, terlalu memilih sangat,”jawab Alyssa spontan.
 
            Shima di sebelah membesarkan mata. Tidak terima dengan jawapan yang Alyssa berikan. Alyssa membalas isyarat terpaksa untuk menyelamatkan keadaan.
 
            Arash tersenyum mendengarnya. Lalu duduk berhadapan dengan Alyssa. Plaster yang di tampal di wajahnya semua sudah di tanggalkan. Wajahnya kelihatan kemas walaupun masih kelihatan parut-parut kecil akibat terkena serpihan kaca. Arash kelihatan Arash yang dahulunya kacak dan bergaya. Walaupun dia tidak mengenakan pakaian pejabat. Dengan pakaian casual sudah terserlah ketampanannya. Nasib baiklah cita rasa abangnya boleh tahan walaupun usianya awal 40an namun abangnya itu tidak kurang juga pandai bergaya ikut citarasa orang muda. Alyssa sendiri tidak tahu berapa umur Arash. Tapi Alyssa yakin usia Arash dalam lingkungan pertengahan tiga puluhan.
 
            “Kenapa you memilih sangat, Shima you kan cantik, tentu ramai yang minat pada you apa lagi yang you cari,”ujar Arash tersenyum sambil menyelak suratkhabar yang sememangnya tersedia di atas meja.
 
            Alyssa dan Shima berpandangan sesama sendiri. Apa tidaknya inilah kali pertama Arash berbual mesra dengan mereka. Di pejabat Arash tidak pernah membuahkan senyum apatah lagi berbual mesra seperti sekarang. Yang selalu di dengar mereka adalah kata-kata kesat dan herdikan dari lelaki itu. Ada sahaja yang tidak berkenan di matanya. Malah mereka berdua tidak menyangka Arash yang berada di hadapan mereka sekarang adalah Arash yang sama. Arash di hadapan mereka sekarang Arash berubah 360 darjah. Peribadi mereka ibarat langit dengan bumi. Adakah mereka berdepan dengan orang yang sama.
 
            “Err, you tak tahu ke Rash, kita sebagai wanita kena memilih kalau tidak kita yang makan hati berulam jantung,”sindir Shima. Dia tidak pasti samada Arash faham akan maksudnya.
 
            “Maksud you,” ujarnya seraya melipat suratkhabar yang di bacanya tadi lalu meletaknya di atas meja berminat dengan topik yang di bualkan.
 
            Arash memandang ke arah Alyssa yang sedari tadi pura-pura tidak mahu masuk campur lalu memandang Shima. Dia tahu sungguhpun Alyssa pura-pura tidak mahu masuk campur tapi dia tahu Alyssa ingin tahu juga.
 
            “Simple, kita tak boleh terlalu manjakan orang lelaki, kalau tidak egonya mengatasi segalanya, ingat dia berkuasa dia boleh buat apa yang dia suka, dan kita sebagai wanita harus menurut sahaja, I tak setuju mungkin dulu bolehlah di praktikan tapi wanita sekarang hampir setaraf dengan lelaki zaman sekarang dan sudah pandai berdikari,”jelas Shima. Sememangnya dia geram dengan lelaki seperti Arash sombong, bongkak dan terlalu memandang rendah pada kaum wanita.
 
            “Betul cakap you tu Shima, tapi tak semua lelaki berpendapat sedemikian, ada juga lelaki yang menghormati dan menghargai kaum wanita,” Arash mengulas ringkas.
 
            What! Menghargai kaum wanita. Apa betul ke apa yang aku dengar ni? Alyssa menjeling kearah Shima kerana hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi mendengar komen dari Arash.
 
            “Lelaki hipokrit selalu berkata demikian,” bidas Shima tidak mahu mengalah. Alyssa di sebelah tersentak mendengarnya. Dia mencubit peha Shima supaya berhenti. Dia khuatir Arash dapat mengingati semula akan kisah silamnya dan mereka akan di dakwa kerana mempermainkannya. Bukannya Alyssa tidak tahu perangai sebenar Arash. Silap haribulan mereka berdua di heret ke mahkamah dengan tuduhan menculik anak tunggal hartawan Tan Sri Farihin.
 
            Arash masih boleh tersenyum mendengar sindirian pedas Shima yang pastinya di tujukan kepada dirinya.
 
            “I mengalah Shima, memang lelaki selalunya di labelkan hipokrit dalam hal sedemikian dan I tidak menafikannya,” ujar Arash tersenyum lagi dia mengalihkan pandangan ke arah Alyssa yang sedang menyelak akhbar.
 
            “So you all tak terlewat ke pejabat dah pukul 8.30,”tegur Arash.
 
            “Yelah dah lambat pun, I pergi dulu kalau apa-apa you call my handphone o.k.,”ujar Alyssa tergesa-gesa baru perasan sudah pukul 8.30 pagi. Shima turut mengekori Alyssa dari belakang.
 
            “Shima start enjin dulu, aku lupa tanggungjawab aku,” ujarnya berlari anak menuju ke dapur. Dari jauh kelihatan Arash berdiri di muka pintu dapur.
 
            “Lysa pergi dulu bang,”ujar Alyssa sambil mencium tangan Arash. Tanpa menandang atau melihat reaksi Arash bila dia berbuat demikian Alyssa segera ke arah kereta. Dia mengenyitkan matanya kearah Shima menandakan bahawa Arash benar-benar sah mengidap Amnesia.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment