Monday 7 October 2013

Sweet Revenge - Part 6


Alyssa mundar mandir di ruang tamu banglo tiga tingkat milik abangnya. Dia tidak bekerja hari ini kerana terlalu penat memikirkan rancangan mereka agar ianya berjalan dengan lancar. Alyssa berdoa dalam hati meminta agar Arash tidak mengalami Amnesia sepertimana yang doktor katakan padanya semalam. Dan hari ini kepalanya benar-benar pening hingga tidak dapat bangun untuk ke pejabat. Shima pula mendesaknya supaya jangan terlalu khuatir. Senanglah dia cakap yang hendak berdepan dan bersama dengan Arash adalah dirinya bukan Shima. Hatinya berbelah bagi samada ada hendak ke hospital melawat Arash atau duduk menghabiskan masanya di rumah sahaja. Alyssa tidak memberitahu Faries dan Fariesya mengenaikan kawannya yang kemalangan tempoh hari walaupun mereka ada bertanya. Dan Alyssa tidak yakin rancangan gila mereka akan berjaya. Deringan telefon yang nyaring benar-benar memeranjatkannya. Dengan pantas Alyssa mengangkat gagang telefon lalu di lekapkan ke telinganya.

 

“Hello, boleh bercakap dengan Puan Alyssa,”suara perempuan kedengaran di corong telefon.

 

“Ya, ada apa yang boleh saya bantu,”jawab Alyssa lambat kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa nombor telefon rumah abangnya melainkan Shima. Lebih-lebih lagi perempuan itu memanggilnya dengan panggilan Puan Alyssa.

 

“Saya membuat panggilan dari pihak hospital, suami Puan, Encik Arash sudah sedar dari koma, saya harap Puan dapat bergegas ke hospital sekarang,”ujarnya panjang lebar.

 

Hampir hendak gugur jantung Alyssa mendengar berita dari jururawat berkenaan. Arash sudah sedar dari koma. Alyssa tidak keruan jadinya. Dia mundar mandir seperti orang memikirkan masalah yang berat. Gagang telefon sudah di letakkan ke tempat asalnya. Alyssa tidak segera ke bilik untuk bersiap-siap ke hospital malah dia masih duduk di sofa tidak berganjak dari tempatnya.

 

“Inilah masanya untuk kita kenakan anak orang kaya sombong tu,”ungkapan yang sering di ucapkan oleh Shima apabila setiap kali dia ingin back-off dari rancangan Shima sering terngiang-ngiang di telinganya.

 

“Shima,” tiba-tiba Alyssa menjerit kecil setelah pasti orang yang di perlukan ketika ini adalah Shima.

 

Segera Alyssa mengangkat gagang telefon dan mendial nombor telefon direct Shima dan berharap Shima berada di desknya.

 

Doktor yang memeriksa Arash sudahpun keluar dari ward. Sah Arash mengalami amnesia. Kalau tidak pasti dia sudah menghalau Shima keluar dari bilik wadnya. Ini tidak senyap sahaja. Ketika Shima masuk melawatnya. Hanya dia sahaja yang masih lagi berdiri di luar tidak berani untuk berdepan dengan Arash. Dia takut dia tidak dapat berlakon seperti yang di rancangkan. Sampai bila dia hendak melarikan diri dari terus bertemu dengan Arash. Sedangkan doktor dan jururawat yang merawatnya sering mengajukan soalan yang pelik kepada Alyssa. Naik panik dia hendak menjawab soalan mereka. Silap Alyssa sendiri kerana tidak melawat Arash selama tiga hari berturut-turut hingga menyebabkan mereka curiga. Masakan seorang isteri tidak melawat suami yang sedang sakit selama tiga hari berturut-turut. Alyssa menarik nafas perlahan dan melangkah masuk ke dalam wad di mana dari jauh dia perasan Arash memandang kearahnya. Alyssa cuba berlagak setenang mungkin. Shima di sebelah Arash hanya tersenyum memandang ke arahnya. Alyssa sudah tekad sekiranya ingatan Arash pulih di tidak teragak-agak meninggalkan kerja gila rancangan mereka berdua. Sebaik sahaja Alyssa tiba di katil Arash dia mencapai tangan kanan Arash lalu menciumnya. Shima tersenyum lagi kerana tidak menyangka Alyssa akan melakukannya secara spontan dan lakonannya lagak seperti seorang isteri.

 

Arash tersenyum namun matanya tak lepas dari terus memandang Alyssa.

 

“Rash, this is Alyssa your wife,” ujar Shima seraya memandang Arash yang masih tidak berkata walau sepatah.

 

“Rash dah kahwin? Tanyanya seolah-olah tidak percaya yang dia sudah beristeri.

 

“Ya, Rash tak ingat ke,” ujar Shima dengan penuh keyakinan. Alyssa hanya mendiamkan diri sahaja. Kecut perutnya apabila Arash tidak memberi apa-apa tindakbalas.

 

“Dan you siapa,” tanya Arash lagi seraya menoleh ke arah Shima.

 

“Don’t you remember I kan your sister in law, Alyssa sister,”jawab Shima dengan penuh yakin.

 

Arash masih seperti tadi. Pandangannya silih berganti dari Shima dan seterusnya ke arah Alyssa. Alyssa masih berdiri tidak jauh dari katilnya kerana kerusi tidak mencukupi lagipun dia tidak mahu duduk dan akan memberi alasan untuk pulang segera.

 

“Kami tak ada anak,”soal Arash tiba-tiba.

 

Alyssa terbatuk kecil bila Arash tiba-tiba bertanya soalan demikian. Anak? Jauhnya fikiran sampai ke anak? Alyssa mengelengkan kepala perlahan. Bagaimana Arash boleh mengajukan soal tentang anak. Orang sadis macam dia sayangkan budak-budak ke?

 

“Belum ada rezeki,” jawab Alyssa tenang. Dia sendiri tidak tahu idea dari mana datang dan dapat membantunya dalam keadaan terdesak. Shima mengeluh lega kerana tidak menyangka Alyssa cekap menjawab.

 

Arash mula tersenyum. Mungkin berpuas hati dengan jawapan yang di berikan oleh Alyssa tadi.

 

“Bila abang boleh keluar hospital,”ujarnya tiba-tiba.

 

Alyssa tersentak kerana Arash mengelarkan dirinya abang. Bermakna mereka berjaya mempengaruhi Arash. Dan Arash benar-benar hilang ingatan.


To be continue..
 

No comments:

Post a Comment