Salena tersentak bila kedengaran
pintu kereta di hempas dari luar gate rumah mereka. Marsha sudah balik? Eh
awalnya belum pukul sepuluh lagi. Dia bingkas bangun dari sofa lalu menuju
kearah jendela. Marsha menaiki taxi untuk pulang ke rumah dan bukan di hantar
seseorang. Kenapa Erhan tidak menghantar Marsha pulang. Pelik! Apa jadi dengan
date Marsha dengan Erhan? Marsha tidak suka pada Erhan? Kalau suka masakan
makan malam mereka terlalu singkat.
Salena kembali kearah sofa bila temannya
sudah berada di hadapan pintu. Dia tidak mahu Marsha menyangka dia kepo jadi
dia pura-pura tidak sedar Marsha sudah pulang dan pura-pura menonton tv.
“Assalamualaikum..,” ujarku perlahan
bila menyedari Salena berada di ruang tamu sedang menonton tv.
“Waalaikumsalam…eh awalnya kau
balik! So ceritakan pada aku macamana date kau dengan Erhan,” ujar Salena
excited lalu bangkit dari sofa. Dia mematikan tv lalu mengejar Marsha yang
sudah mendaki anak tangga untuk menuju kearah biliknya.
Aku tidak mengendahkan pertanyaan
Salena kerana terlalu sedih dan kecewa. Aku masih tidak percaya kenapa Erhan
sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Membiarkan aku bersendirian di
restaurant itu. Apa tujuannya? Mahu kami bertemu tapi dia tidak hadirkan diri.
Erhan tidak seperti lelaki yang tidak gentleman dan bertanggungjawab. Kalau
lelaki seperti Eddy mungkin aku percaya kerana perangai dan sikapnya seperti
itu. Tapi Erhan! Aku tidak percaya sama sekali Erhan akan berperangai
sedemikian.
Aku membuka pintu bilik lalu menghidupkan
lampu. Bag tanganku campak di atas katil lalu merebahkan badanku di atas katil.
“Eh babe? Kenapa ni? Apa yang telah
terjadi? Kenapa kau menangis?,” ujar Salena dengan nada cemas bila temannya
tiba-tiba menangis. Apa yang telah berlaku ke atas diri Marsha. Astarfirullah
Al Azim. Janganlah perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas dirinya. Salena
menjadi tidak sedap hati melihat keadaan Marsha.
“Babe! Cakaplah pada aku apa yang
telah terjadi?? Kenapa kau sedih sangat, kau jangan buatkan aku risau boleh
tak??, Baik kau cakap dengan aku apa si Erhan dah buat kat kau,” ujar Salena
bila Marsha dengan nada serious tidak menjawab soalannya malah menangis sahaja.
Aku bangun lalu duduk bila Salena
ingin tahu sebab kenapa aku menangis. Air mataku kesat dengan tangan.
“Dia tak datang jumpa aku!! Itu yang
aku geram dan sedih..kau tau tak??, bangau punya lelaki!!,” ujarku geram lalu
membaling bantal Garfield kearah depan. Sakit hatiku di buatnya. Nasib baik aku
pakai simple-simple aje hendak jumpa dia tadi. Kalau aku berdandan sakan, mahu
aku sekel kepala dia bila aku jumpa dia nanti?
“Ler..kau ni buat suspen aku ajelah
menangis bagai macam orang kena rape ni kenapa? Dia tak jumpa maknanya dia
bukan lelaki yang sesuai untuk kau..,” marah Salena. Dia ingatkan Marsha di
apa-apakan oleh Erhan maka dia bersedih begitu. Rupa-rupanya Erhan tidak
bertemu dengan dia tadi.
“Kau senang cakaplah aku dah feeling
habis kat dia..kau tak tahu perasaan aku,” ujarku menangis lagi. Lain orang
yang aku hendak jumpa lain orang pulak yang aku jumpa. Tak guna betul! Aku
benci Erhan!
Salena mengeluh perlahan bila Marsha
berkata demikian tak tahu bagaimana caranya lagi untuk dia menasihati Marsha.
Sudah berpuluh-puluh kali dia menasihati Marsha dahulu jangan mudah percaya pada
lelaki dan mudah jatuh cinta. Tapi temannya tidak mahu mendengar. Dulu dengan
Azlee ah sekarang patah hati dengan Erhan pula. Nasib baik jugalah dia masih
belum bertemu dengan Erhan. At least dia tidak tahu bagaimana rupa Erhan. Kalau
dah bertemu lagi susah untuk melupakan Erhan.
“Aku minta maaf ok..aku tahu kau
menaruh harapan yang tinggi pada Erhan..mungkin Erhan ada sebab kenapa dia
tidak dapat datang jumpa kau malam ini..entah dia sakit ke? Ada emergency ke?
Kita mana tau? Dia tak dapat call kau sebab dia tak ada phone number kau,”
pujuk Salena perlahan. Dia tahu Marsha benar-benar sukakan Erhan.
“Alasan..kalau tak boleh
datang..boleh aje dia call restaurant dan beritahu mereka untuk sampaikan
pesanan yang dia tidak boleh datang..tak lah aku macam budak bengong duduk
menunggu dia di restoren macam buah tak jatuh,” jawabku lalu memeluk tubuh.
Tidak dapat menerima alasan Salena sebab Erhan tidak dapat menghubungi aku dan
memberitahu aku bahawa dia tidak dapat datang. Entah-entah Erhan tidak jadi
bertemu denganku sebaik sahaja dia melihat wajahku. Mungkin pada Erhan aku
tidak cukup cantik di matanya sebab itu dia mengambil keputusan untuk tidak
bertemu dengan aku.
“Betul juga cakap kau eh?? Aku pun
tak terfikir sampai ke tahap itu..I’m sure he has a good reason for not coming,
kau juga yang cakap Erhan bukan lelaki yang tidak bertanggungjawab,”
“Whatever lah..aku malas hendak
fikirkan..apa yang aku jengkel sangat..lelaki yang aku tak hendak bertemu ada
di restoren..and on top of that..dia tahu aku ada blind date..malu aku tahu
tak?? Dah lah blind date!!..date aku tak datang pulak!..mana aku hendak letak
muka,” ujarku lalu mengetap bibir menahan geram. Hissh malu gila aku di
buatnya! Nanti apa pula yang di fikirkan si mamat sombong tu. Aku anak dara yang
tak laku sampai sanggup ambil risiko untuk blind date.
“Lelaki?? Lelaki mana?,”
“Lelaki yang aku langgar kelmarin
tu..dia happen to have dinner kat restoren yang aku ada date dengan Erhan,”
jawabku lalu memeluk tubuh.
“Lelaki handsome tu?? Dengan siapa
dengan family dia?,” tanya Salena.
“Entah malas aku hendak ambil
tahu..isskk geram betul aku dengan Erhan, kalau dia di depan aku dah ku
tinju-tinju muka dia, sebab Erhan aku malu pada mamat sombong tu,”
“Eh oklah tu yang kau nak marah
sangat kat dia kenapa?? Dia tak kacau kau kan,” ujar Salena. Dia tidak tahu
kenapa Marsha marah sangat pada lelaki yang melanggarnya kelmarin. Tak kan lah
Marsha masih marahkannya sehingga sekarang kerana sebab itu.
“Tak kacau kau kata..dia sindir aku
bila dia dapat tahu bahawa date aku adalah orang yang aku tidak kenali,”
“Huh? Macamana dia tahu?,” soal
Salena ingin tahu sebab kenapa Marsha malu dan marah sangat pada mamat handsome
tu.
“Sebab aku senyum pada satu mamat
yang aku ingatkan itu Erhan, and it happens boyfriend orang lain, aduh malu aku
tahu tak??,” ujarku bila mengingati kembali akan wajah excitedku kerana
menyangka lelaki itu adalah Erhan, tapi tersalah orang. Aduh priceless tu! Si
mamat Eddy tu nampak rupa excited aku tadi. Malu gila aku di buatnya. Aku rasa
macam nak jadi Alice in the wonderland minum potion untuk jadi kecil dan
sembunyi dari lelaki itu.
“Really!! OMG kalau aku malu gila
tu..,” ujar Salena lalu menutup mulutnya tidak percaya dengan cerita Marsha.
Priceless.
****
Erhan
mematikan enjin keretanya di hadapan rumah sewa yang pernah didiami Lasindah
dahulu. Lampu bilik di tingkat dua masih kelihatan terang. Dia meneka sendiri
bahawa bilik itu adalah bilik tidur Marsha dan dia dapat merasakan wanita itu
masih belum tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan hampir ke 1.20pagi. Erhan
mengeluh kecil. Dia merasa bersalah yang teramat sangat kerana tidak bertemu
dengan Marsha malam ini. Dia tahu Marsha pasti kecewa dan marah sekali padanya.
Dia punya alasan sendiri. Sekembalinya dari restoren dia terus pulang ke rumah.
Tidak tahu samada dia harus bertemu dengan Marsha lagi atau tidak? Atau mungkin Marsha tidak lagi sudi untuk
bertemu dengannya setelah apa yang telah dia lakukan membiarkan Marsha seorang diri
di restoren? Lama Erhan duduk di meja bacaannya memikirkan alasan yang sesuai
untuk di berikan kepada Marsha kerana dia merasakan Marsha adalah wanita yang
begitu memahami jiwanya. Dia sedar dia merasa senang sekali setiap kali dia
menerima surat dari Marsha. Melalui surat, Erhan merasakan bahawa mereka berdua
benar-benar serasi. Dan dia yakin Marsha turut berperasaan begitu. Sebab itu
dia mengambil keputusan untuk menulis surat kepada Marsha memberi alasan dan
sebab kenapa dia tidak bertemu dengan Marsha.
Erhan
keluar dari perut kereta. Surat yang berada di tangannya di masukkan kedalam
peti surat rumah Marsha. Dia benar-benar berharap Marsha dapat menerimanya
semula dan memaafkannya.