Monday 25 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 30


 
 
 

2015, Di Rome Italy

ZARA mengelap meja dan pisau yang di gunakan untuk memotong roti tadi. Keadaan di café menjadi sedikit lengang selepas waktu rush hour. Setelah membersihkan kaunter dan menambah bahan-bahan untuk membuat sandwich didalam container. Zara menanggalkan apronnya lalu di gantungkan di belakang kaunter.
 
 
 
Let’s have coffee! Shall we!,” ujar Haider memandang wajah Zara lalu tersenyum. Dia mengantungkan apronnya di belakang kaunter.
 
 
 
Yes..definitely!!,” jawab Zara lalu menuju kearah tempat membuat coffee. Dia menyediakan 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya dan satu lagi buat Haider. Mereka perlukan tenaga sebelum menyambung kerja semula. Dan memandangkan tidak ramai pelanggan mereka dapat berehat seketika dengan scangkir kopi.
 
 
 
Haider mengangkat 2 cawan coffee lalu meletak di meja. Dia memerhatikan Zara yang sedang sibuk menyusun mini chocolate Danish dan cinnamon rolls di atas piring lalu membawanya ke meja mereka.
 
 
 
Pretty hectic today!,” ujar Haider lalu tersenyum kerana semasa lunch tadi ramai pelanggan datang ke café mereka sehingga mereka tidak menang tangan. Nasib baik dia datang membantu jika tidak pasti kelam kabut café dibuatnya kerana mereka kekurangan kaki tangan dan ibunya tidak ada di café.

 
 
“Ya, nasib baik you datang bantu, jika tidak I kena koma,” jawab Zara tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan.
 
 
 
Haider hanya tersenyum mendengar komen Zara. Wajah cantik Zara di pandang. Dia sukakan wanita itu. Sejak pertama kali dia memandang wajah Zara hatinya sudah terpaut. Zara wanita melayu yang pertama berjaya menambat hatinya. Sebelum ini, dia banyak menjalinkan hubungan cinta dengan wanita sebangsanya. Namun hubungan mereka tidak kekal.
 
 
 
“Haider..you did it again!,” ujar Zara lalu tersenyum bila dia perasan Haidar memandang wajahnya lagi. Sudah beberapa kali dia memesan kepada Haidar jangan berbuat begitu, namun lelaki itu seakan tidak faham kerana dia buat perkara yang sama setiap kali mereka bersama. Perbuataan Haider membuat Zara merasa tidak selesa. Bukan kerana dia tidak suka pada lelaki itu, tapi kerana dia tidak suka di renung.
 
 
 
I’m sorry I can’t help it, you are just so beautiful,” puji Haider bila Zara memarahinya kerana dia memandang wajahnya lama.
 
 
 
All Italian man know how to swoon women,” komen Zara lalu tersenyum.
 
 
 
I’m half Italian half malay!,” jawab Haider tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan membetulkan ayat Zara bahawa dia berdarah campuran dan bukan berdarah Italy sahaja. Ayahnya berbangsa Itali manakala mamanya berbangsa melayu.
 
 
 
How do you feel today Zara?,” tanya Haider lalu memandang wajah Zara.
 
 
 
I feel ok,” jawab Zara perlahan lalu mengeluh kecil. Dia cuba untuk menjalani hari-harinya seperti biasa tanpa memikirkan apa-apa. Namun dia masih belum mampu melakukannya dengan sempurna. Walaupun ianya sudah 2 tahun berlalu namun dia masih tidak dapat menyesuaikan dirinya lagi.
 
 
 
You always have me and my mum, no matter what we will always be your family Zara,” pujuk Haider perlahan bila wanita itu kelihatan sedih.
 
 
 
Dia mengerti perasaan Zara. Jika dia ditempat Zara, dia juga akan merasa perkara yang sama. Kehilangan. Zara kehilangan sebahagian besar dalam hidupnya. Dan Zara tidak pernah putus asa cuba mencari kembali apa yang dia telah hilang.

 
 
Zara terkedu bila Haider berkata demikian. Jika Haider tidak membantunya dia tidak tahu kemana harus dia tuju. Dia terhutang budi pada Haider dan ibunya kerana membantunya di saat dia benar-benar memerlukan pertolongan. Dia hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dia dapat mencari dan mengutip bahagian yang hilang dalam hidupnya. Dan jika dia tidak dapat semula. Dia harus redha dan menjalani hidup ini seperti biasa. Kerana dia tahu hidup harus di teruskan walau apa jua keadaan.

 
 
Thanks Haider,” ujar Zara perlahan hatinya tiba-tiba merasa sebak bila mengenangkan nasibnya.  
 
 
 
Cheer up! Don’t be sad pretty lady, esok I off duty, I can help you again, I just hope mama tak halau I,” ujar Haider bila Zara kelihatan sedih. Dia tidak mahu wanita itu bersedih hati.
 
 
 
Dia simpati pada Zara namun dia sendiri tidak mampu membantu Zara kerana hanya Zara sahaja yang dapat mengubatinya sendiri.

 
 
“Mama hendak halau you kenapa??,” ujar Zara tersenyum bila Haider berkata demikian.
 
 
 
“Mama kata I suka ganggu you, sebab itu dia tidak suka I selalu berada di café ini,” jawab Haider lalu tersenyum. Mamanya selalu berpesan kepadanya jangan menganggu Zara. Tapi dia tidak mampu berdiam diri kerana dia sukakan Zara. Dan mamanya tahu dia suka pada Zara.
 
 
 
Dr. Haider Lorenzo, you suppose to rest bukan membantu I di Café, tentulah mama marah pada you,” jawab Zara lalu tersenyum kerana Haider tidak mengunakan masa cutinya untuk berehat sahaja di rumah, malah datang ke Café membantunya.
 
 
 
I can’t help it, takut rindu jika tak jumpa you satu hari,” ujar Haider lalu tersenyum. Dia tahu Zara akan merasa tidak selesa bila dia cuba flirt dengannya.

 
 
“Haider!!!,” ujar Zara lalu mencubit lengan Haider bila lelaki itu mengusiknya lagi.
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 

2 comments:

  1. Hahhaha ok now dah faham mcm mana storyline dia..hehhe nak lia(zara) dengan nik juga tau huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab memahami story line JPB..takut juga jika sesiapa yang membaca cerita ini tidak dapat menangkap jalan ceritanya. :)

      Delete