Wednesday 13 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 23







5 tahun yang lalu

                        NIK hanya mampu tersenyum melihat keghairahan wajah Fiqa bila dia mengatakan dia akan meluangkan masa 2 hari berturut-turut untuk Fiqa hari ini. Fiqa sudah merancangkan pelbagai aktiviti untuk mereka. Mula-mula mereka pergi ke Singapura, kerana Fiqa mahu ke USS dan hari kedua dia mahu Nik membawanya ke tempat yang dia sukai.


                        Seminggu sebelum dia pulang ke Malaysia. Fiqa mengatakan dia minta masa 2 hari dari Nik untuk meluangkan masa berkualiti dengannya. Hanya mereka berdua sahaja. Kerana Nik akan kembali ke UK untuk melanjutkan pengajiannya dan dia pula akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Maka dia gunakan masa dengan sebaiknya bersama abang kesayangannya.


                        Hari pertama, Fiqa mengajak Nik pergi ke day trip ke USS di Singapura. Mereka menaiki roller coaster dan bersiar-siar di Bandar Singapura. Dan hari kedua, Fiqa meminta Nik membawanya memancing kerana mereka sudah lama tidak pergi memancing bersama. Setelah abangnya Nik melajutkan pengajian di UK, tiada siapa yang dapat menemani Fiqa memancing lagi.


Fiqa meminta abangnya Nik untuk menunaikan hajatnya untuk pergi memancing bersama sebelum dia mendirikan rumahtangga. Mungkin ini merupakan kali terakhir dia dapat memancing bersama abang Niknya kerana bakal suaminya tidak minat memancing dan Fiqa mahu memancing sepuas-puasnya dengan abang Niknya.


                        “Terima kasih abang..sebab tunaikan permintaan Fiqa!,” ujar Fiqa lalu memeluk bahu abangnya mesra. Dia merasa gembira sekali bila dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama abang Niknya. Kerana selepas berkahwin dia tidak lagi dapat keluar seperti ini kerana setelah bergelar isteri. Fiqa harus menjadi yang ladylike dan menjaga hati suami sepertimana yang abang Niknya pesan padanya selalu.


                        “Untuk Fiqa apa sahaja!,” jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada adik kesayangannya.


                        Semasa Fiqa memberitahunya bahawa ada lelaki masuk meminangnya. Nik terus menghubunginya ibunya bertanya lelaki mana yang masuk meminang Fiqa. Dia mahu memastikan bahawa lelaki itu baik untuk adiknya atau tidak. Setelah dia bertemu dan kenal pada bakal tunang Fiqa. Dan setelah Nik memberi keizinan baru Fiqa menerima pinangan Shafiq. Nik selalu berpesan kepada Shafiq bahawa Fiqa anak yang manja dan dia perlukan perhatian darinya. Dan Nik memberi amaran kepada Shafiq jangan mempersia-siakan adiknya.


                        “Abang? Serious tak ada teman wanita? Abang tunggu siapa? Tunggu bidadari dari kayangan?,” usik Fiqa lalu menolak bahu Nik perlahan.


Dia tahu Nik tidak punya teman wanita. Dia sendiri tidak tahu kenapa abang Niknya tidak mempunyai teman wanita. Masa di sekolah menengah dahulu ramai pelajar perempuan meminatinya. Namun tiada seorang pun yang Nik layan atau suka. Dia tahu Dania teman sekolah abang Niknya begitu meminatinya, namun dia tidak tahu kenapa abang Niknya hanya menganggap Dania hanya teman biasa.


Tapi dia perasan abang Niknya seakan suka bila dia seringkali bertanyakan padanya tentang Lia. Walaupun, abang Nik tidak pernah menunjukkan bahawa dia suka pada Lia. Tapi abang Niknya masih melayan karenah Lia yang nakal dan perlukan perhatian darinya. Jika abang Niknya tidak suka, mana mungkin abang Niknya menceritakan tentang Lia selalu kepadanya.


“Bidadari kayangan??? Belum bertemu dengan wanita yang sesuai!,” jawab Nik lalu tersenyum tanpa menjawab pertanyaan Fiqa bila Fiqa menyentuh hal peribadinya. Nik tidak terfikir langsung untuk mencari teman hidup kerana dia punya tanggungjawab terhadap adiknya dan ibu bapanya. Selagi adiknya belum berkahwin dia tidak akan berkahwin.


“Abang nak membujang sampai ketua ke?? Eii kalau Fiqa tak nak kahwin lelaki tua..walaupun statusnya masih bujang!,” jawab Fiqa lalu mencebikkan bibirnya. Dia tahu abang Niknya seorang anak yang bertanggungjawab. Nik sanggup berkorban untuk keluarga terutama sekali untuk dia.


Nik tetawa kecil bila Fiqa memberi komen sebegitu.


“Selagi Fiqa belum berumahtangga..selagi itu abang akan membujang,” jawab Nik dengan wajah selamba.


Thanks Abang for always been there for me! Fiqa benar-benar beruntung dan bersyukur ke hadrat ilahi di beri abang yang begitu baik dan penyayang seperti abang Nik!,” ujar Fiqa dengan perasaan sebak. Dia tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini dia sedikit emosi. Mungkin kerana dia terlalu rindukan abang Niknya.


“Syahdu lah pulak abang mendengarnya, sejak bila pula dah jadi budak cengeng ni??? Kata tomboy?,” usik Nik lalu menolak adiknya dengan bahunya bila Fiqa menyandarkan kepalanya di bahu Nik.


“Entah?,” jawab Fiqa lalu tersenyum bila abang Niknya mengusik. Dia bukan seperti budak perempuan biasa yang sikit-sikit emosi dan cengeng.


Joran Fiqa bergoyang-goyang menandakan umpannya mengena.


“Abang…joran Fiqa dah mengena!,” ujar Fiqa dengan wajah ceria. Wah! Alhamdullilah untunglah kalau dia dapat ikan besar hari ini. Balik boleh dia masakkan sedap-sedap untuk abang Nik dan keluarganya. Fiqa berangan sendiri.


“Fiqa hati-hati jatuh nanti!,” tegur Nik bila Fiqa menuju kearah joran yang di pasang di hujung boat.


Fiqa tidak mendengar pesanan abangnya kerana dia ingin cepat menarik jorannya kerana dia khuatir ikannya terlepas. Dalam keadaan tergesa-gesa kakinya tersandung sesuatu lalu dia hilang pertimbangan.


“Abang!!!,” jerit Fiqa sebelum dia terjatuh ke dalam laut.


“Fiqa!!,” jerit Nik bila menyedari adiknya terjatuh ke dalam laut.


Nik terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan adiknya kerana Fiqa tidak pandai berenang.

 
****
 

                        “Nik…,”


                        “Nik!!!,” tegur Dante bila temannya itu kelihatan termenung dan tidak menyedari bila dia menegurnya tadi.


                        Astarfirullah Al Azim. Bisik Nik setelah menyedari dia fikirkan tentang kejadian yang lalu. Sudah lama dia tidak termenung begitu. Dia tidak mahu diganggu kenangan yang menyayat hati, namun Lia telah mengingatkan dia tentang kejadian itu semula.


Dan jika tragedi yang sama berulang, dia tidak tahu samada dia masih lagi kuat untuk menerima dan menghadapi ujian yang sama sekali lagi.


, che cosa posso fare per voi Dante,” (Yes, what can I do for you Dante) ujar Nik perlahan.


“Accettando Yes..by questo dono da qualcuno,” (Yes..by accepting this gift from someone),” ujar Dante lalu meletak bakul berisi penuh dengan pelbagai jenis cookies di atas meja Nik di hadapan lelaki itu.


Lia meminta bantuannya untuk menyerahkan cookies yang di buat sendiri kepada Nik sebagai tanda maaf darinya. Dia tahu Nik tidak akan menerima panggilan telefon darinya mahupun bertemu dengannya setelah apa yang telah dia lakukan.


Dia tiada pilihan lain selain dari meminta Dante memberinya cookies kepada Nik. Dia berjanji tidak akan menganggu Nik lagi kerana Nik telah banyak bersabar dengan perangainya dan dia tidak mahu menambah duka di hati Nik.


Nik tidak menyentuh bakul yang di letakkan di hadapannya. Dia mencapai sekeping chocolate chips cookie yang ditulis ‘SORRY’ dengan gula foundant berwarna biru. Begitu juga cookies perisa lain semuanya tertulis perkataan ‘SORRY’. Nik mencapai kad kecil yang terdapat di bakul itu lalu membuka dan membaca.


Nik..I’m truly sorry for what you have lost.


Please accept my sincere apologies! Lia.


You have told Lia!,” ujar Nik ringkas lalu memandang wajah temannya. Dia tidak tahu bila Dante bertemu dengan Lia kerana dia tidak pernah menyambut panggilan telefon Lia dan membalas messagenya kerana dia seakan serik untuk melayan wanita itu.


Dia tidak mahu terjadi apa-apa pada Lia kerana dia tidak sanggup menghadapinya sekali lagi. Biarlah Lia menyangka dia telah membencinya. Jika dengan cara itu Lia tidak menganggunya lagi. Dia akan biarkan sahaja begitu.


Lia tidak tahu betapa cemasnya dia semasa wanita itu berpura-pura terjatuh dan lemas tempoh hari. Lia tidak tahu kerana pada Lia ianya hanyalah gurauan semata-mata.


She has the reason to know Nik! And I can see that she’s really regret of what she had done!,” jawab Dante lalu duduk di kerusinya.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment