Wednesday 13 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 24



 
 

 
                         DANTE memberitahu Nik bagaimana dia bertemu dengan Lia. Dante memberitahu Nik bahawa Lia benar-benar menyesal dengan perbuataannya tempoh hari. Dante juga memberitahu Nik, Lia tidak seperti wanita yang di temui tempoh hari yang full of life and energetic. Wajahnya kelihatan sedih mungkin kerana Nik tidak mahu bertemu dengannya dan dia berharap Nik dapat memaafkannya.

 
                        Nik hanya mendiamkan diri bila Dante memberitahunya tentang keadaan Lia. Nik sudah memaafkan Lia, namun dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan wanita itu kerana dia mahu bersendiri.

 
Nik mengeluarkan handphonenya dari poket seluar sebelum dia keluar dari perut lift lalu terlanggar seseorang.

 
                        I’m sorry Nik,” ujar wanita yang melanggarnya lalu masuk ke dalam lift.

 
Nik menoleh ke arah wanita itu merasa hairan kerana dia tidak pernah lihat atau bertemu dengan wanita itu sebelum ini. Bagaimana wanita itu mengetahui namanya? Belum sempat Nik bertanya pada wanita itu pintu lift sudah tertutup rapat.

 
Nik kembali memandang ke arah handphonenya lalu memeriksa beberapa email mengenai kerja sambil berjalan perlahan menuju ke arah entrance lobby. Sekali lagi dia dilanggar seseorang.

 
Mi dispiace! Nik,” (I'm sorry! Nik) ujar pekerja DHL yang telah melanggarnya lalu berjalan tergesa-gesa menuju ke arah front kaunter bangunan.

 
Nik menoleh ke arah lelaki itu bila dia terdengar dengan jelas lelaki itu menyebut namanya. Namun seperti tadi belum sempat dia ingin bertanya lebih lanjut, lelaki itu telah pun berjalan laju menuju ke arah lobby lift. Nik mengelengkan kepalanya perlahan. Mungkin dia tersilap dengar.

 
Nik menoleh ke arah depan dan merasa terperanjat bila dia tidak terperasan ada seorang anak kecil berada di hadapannya dan anak kecil perempuan itu yang berusia lebih kurang 3 tahun tidak tersengaja terlanggar kakinya lalu Lollipop yang berada di tangannya terjatuh di lantai.

 
Budak perempuan kecil itu hanya memandang wajah Nik tanpa berkedip kerana merasa terperanjat dan tergamam.

 
Nik membuahkan senyum kepadanya lalu mengutip lollipop yang terjatuh itu lalu di serahkan kepada anak comel itu. Anak comel itu menyambut namun matanya tidak lepas dari memandang wajah lelaki itu.

 
“Dov'è la tua mamma dolce ragazza!,” (Where's your mom sweet girl!),” tanya Nik bila budak itu kelihatan bersendirian.

 
Seketika kemudian abang kepada budak perempuan itu menghampirinya. Abangnya yang berusia 6 tahun memesan kepada adiknya supaya jalan dengan berhati-hati jika tidak dia akan terlanggar orang. Dan mahu adiknya meminta maaf kepada lelaki yang di langgarnya.

 
“È giusto dolce ragazza!,” (It's ok sweet girl!) ujar Nik kepada anak comel itu kerana dia kelihatan takut dimarahi Nik.

 
Nik tersenyum melihat gelagat 2 beradik itu. Hatinya merasa sayu tiba-tiba kerana dia teringatkan tentang dirinya dengan Fiqa bila melihat mereka.

 
I’m sorry Nik,” jawab budak perempuan itu lalu tersenyum manis lalu berjalan bersama abangnya menuju ke arah ibu mereka yang berada tidak jauh dari mereka.

 
Nik tersentak bila budak perempuan comel itu berkata demikian. Nik menjadi semakin pelik dengan ketiga-tiga kejadian yang berlaku tadi. Ketiga-tiga orang yang melanggarnya tahu akan namanya manakala dia tidak mengenali mereka!

 
Nik bangun lalu menyimpan handphonenya di dalam poket seluarnya lalu membutangkan winter coatnya dan mengenakan sarung tangannya. Dia berjalan menuju ke arah entrance lalu menolak pintu perlahan. Nik berhenti melangkah bila di hadapannya berdiri Lia. Wanita itu berdiri memandang wajahnya tanpa berkata apa.

 
Ditangannya terdapat beberapa keping cardboard. Lia menunjukkan kad yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya hingga menjadi sepotong ayat.

I’M

SO

SORRY

NIK

PLEASE

FORGIVE

ME!

 
Lia segera mencapai bagnya yang di letakkan di bawah lalu pergi meninggalkan Nik, matanya sudah berkaca kerana dia tidak dapat menahan rasa sedih dan sebak di dada bila melihat wajah Nik. Dia seakan dapat merasakan kesedihan Nik. Air matanya mengalir laju tanpa dapat di tahan lagi.

 
Nik merasa kasihan melihat keadaan Lia. Dia berjalan mendapatkan Lia.

 
“Lia, I dah maafkan you,” ujar Nik lalu menyentuh bahu Lia. Lia segera menyeka airmatanya lalu memberhentikan langkahnya dia menoleh ke arah Nik bila lelaki itu menyentuh bahunya. Wajah Nik di pandang lama kerana dia merasa rindu pada Nik.

 
“Betul ni?? You tak marahkan I lagi? Kalau tidak I kena mintak tolong orang cakapkan sorry pada you lagi.., sampai you terima maaf dari I,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik dengan wajah merayu. Dia mengesat sisa airmatanya dengan tangannya.

 
You mean the 3 person yang I jumpa tadi-,”

 
“Ya I asked them to help me to say sorry to you!,” jawab Lia dengan wajah kasihan. Dia tahu Nik tidak perasan semua itu adalah perbuataannya. Nik sepatutnya sudah kenal pada Natalia sepertimana dia selalu kata ‘she’s crazy!’.

 
You amazed me Lia!,” jawab Nik lalu tersenyum bila menyedari itu adalah perbuataan gila Lia semata-mata mahukan kemaafan darinya. Dia sudah lama memaafkan Lia, hanya dia tidak mahu bertemu dengan Lia kerana dia khuatir akan terbitnya perasaan kasih pada Lia. Dia tidak menyangka Lia sekreatif itu.

 
I’m desperate! I don’t want to lose you!,” jawab Lia dengan wajah serious. Dia tidak mahu kehilangan Nik. Dia benar-benar sayangkan Nik dan dia mahu Nik tahu akan perasaannya.

 
Nik hanya memandang wajah Lia bila wanita itu berkata demikian. Lia tidak berani memandang wajah Nik kerana dia merasa malu bila menyedari sepasang anak mata Nik memandang tepat ke wajahnya.

 
You don’t want to lose me?? Kenapa?,” tanya Nik perlahan. Wajah Lia di pandang. Dia ingin tahu akan sebab mengapa Lia mengatakan dia tidak mahu kehilangannya. Apa maksud Lia?

 
“Sebab! Sebab..I sayangkan you Nik!,” ujar Lia lalu meninggalkan lelaki itu sebaik sahaja dia mengaku dia sayangkan Nik.

 
Wajahnya merona merah. Dia tidak pernah merasa gugup sebegitu. Bukan dia tidak pernah bercinta. Tapi dia tidak tahu kenapa dia merasa malu dan gugup bila dia mahu meluahkan perasaannya terhadap diri Nik. Mungkin dia terasa malu kerana dahulu dia tidak pernah sukakan Nik dan kini dia mengaku telah jatuh cinta pada Nik.

 
You kata you sayangkan I, but then you larikan diri dari I,” ujar Nik lalu berjalan di sebelah Lia. Dia menoleh memandang Lia bila wanita itu tidak mahu menoleh ke arahnya. Mungkin Lia merasa segan dengannya.

 
I larikan diri sebab I tak bersedia hendak mendengar jawapan dari you,” jawab Lia berhenti berjalan lalu duduk di atas pagar batu dimana di belakangnya terbentang laut yang luas.

 
How do you know what I’m going to say???,” ujar Nik bila Lia berkata begitu.

 
I know you hated me Nik, but you just don’t want to say it to my face!,” ujar Lia sambil memeluk tubuh. Dia tahu Nik tidak pernah suka padanya dan membencinya. Siapa yang suka pada wanita yang bermasalah sepertinya. Nik sukakan wanita yang baik tidak sepertinya dan dia merasakan dirinya tidak layak buat Nik. Dan dia tidak sanggup menerima jawapan penolakkan dari Nik kerana dia belum bersedia untuk mendengarnya.

 
Nik hanya mendiamkan diri bila Lia menuduh mengatakan bahawa dia benci padannya. Yang sebenarnya, Nik turut merasa suatu perasaan yang berlainan ketika pertama kali dia bertemu semula dengan Lia di Trevi Fountain dahulu. Hanya dia tidak mahu mengaku kerana sebelum ini dia tidak pernah punya perasaan apa-apa pada Lia dahulu. Dia benar-benar tidak menyangka dia akan bertemu dengan Lia setelah 10 tahun mereka tidak bertemu.

 
Lia sengaja mengalihkan wajahnya kearah lain dan tidak mahu memandang wajah Nik yang berdiri di hadapannya.

 
Nik tersenyum bila Lia kelihatan serba salah dan serba tidak kena bila dia memberinya pandangan sebegitu. Lia tahu merasa segan??? Setahunya Lia seorang wanita yang tidak pernah kenal erti segan. Di sekolah dahulu, Lia selalu mengurat pelajar lelaki yang di suka. Tapi itu Lia yang dahulu. Young and reckless. Tapi Lia dewasa yang berada di hadapannya sekarang merasa segan padanya.

 
Lia look at me!!,” ujar Nik bila wanita itu enggan memandang kearahnya.

 
Lia mengelengkan kepalanya perlahan.

 
Nik mencapai tangan Lia membuatkan wanita itu tersentak terperanjat lalu spontan sahaja dia menoleh memandang wajah kacak Nik bila lelaki itu berbuat demikian.

 
Tell me..kenapa you sayang pada I?,” tanya Nik lalu memandang tepat ke anak mata Lia. Dia ingin lihat keihklasan hati Lia.

 
Lia merasa segan dan tidak senang bila Nik mula menderanya dengan soalan begitu. Namun dia tahu dia tidak ada pilihan lain dan terpaksa menjawab pertanyaan Nik.

 
“Sebab tak ada orang lain yang tahan dengan perangai I selain dari you!,” jawab Lia sengaja memberi jawapan begitu.

 
“Jadi you sayang pada I, sebab I selalu layan you dan tahan dengan perangai mengakal you, begitu?,” ujar Nik tersenyum lagi bila Lia memberinya jawapan sebegitu.

 
Of courselah I sayang pada you...sebab I ada feelings dengan you, you sengaja hendak mendera I bukan? Tanya tentang feelings-feelings ni!,” jawab Lia geram lalu mencubit pipi Nik bila lelaki itu sengaja bertanya soalan-soalan begitu.

 
“Kenapa?? Tidak selesa??,” usik Nik bila wajah Lia sudah mula merah merona menahan malu.

 
Of courselah I rasa tak selesa..I luahkan rasa hati dan perasaan I pada you, tapi you sikit pun tak kata you sayang pada I ke? Cinta pada I ke? Nothing..!!,” jawab Lia lalu menjeling.

 
Nik tersenyum lagi bila Lia menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap dirinya. Memang dia masih belum memberi jawapan pada Lia.

 
Lia sudah mula rasa hilang sabar dengan perangai Nik yang acuh tak acuh. Dia ingin turun dari tempat duduknya kerana dia tidak tahan menahan sejuk angin salji dan oleh kerana batu pagar yang diduduki itu licin kerana diselaputi ice dia hampir terjatuh kebelakang.

 
Nik pantas menarik kedua belah tangannya membuatkan Lia jatuh tersungkur ke depan, manakala Nik hilang pertimbangan maka dia terjatuh dan Lia turut jatuh sama lalu menghempap badan Nik.

 
Jantung Nik berdegup dengan pantas. Begitu juga Lia kerana dia hampir sahaja jatuh tergelincir ke dalam air laut yang sejuk seperti ais. Nasib baik Nik menariknya tadi, jika tidak dia akan mati lemas di dalam air laut yang sejuk mengila. Nik telah menyelamatkannya kali kedua.

 
“Lia!,”

 
Lia menoleh ke arah Nik.

 
“I don’t want to lose you too!,” bisik Nik ke telinga Lia cukup membuatkan Lia tersenyum gembira kerana jawapan yang di berikan Nik itu sudah cukup membahagiakannya.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment