Tuesday 5 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 20








                          SEBAIK sahaja menghantar kedua ibu dan ayah Nik ke airport. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Madam Sharon. Mereka sudah terlewat namun Nik tidak merasa cemas kerana tujuan dia ke rumah Madam Sharon bukan untuk berhibur tapi mahu melihat koleksi barangan antics Madam Sharon yang hendak di insurankan.

Nik masih dengan mood diamnya sedari tadi. Tidak mahu berbicara lebih dari 5 perkataan setiap kali bila ditanya. Dia tahu Nik masih marah padanya. Hendak memuji Nik kelihatan extra dashing dan handsome kerana Nik mengenakan tuxedo malam ini, pun Lia terpaksa pendamkan sahaja kerana mood abang James Bond kita tak berapa baik. Jadi dia diamkan sahaja.

                        Lia tersenyum sendiri mengingati perkenalan singkatnya dengan ibu dan ayah Nik. Walaupun pada awalnya dia merasa janggal kerana dia tidak tahu apa yang diceritakan Fiqa adik Nik kepada mereka mengenainya. Pasti yang buruk-buruk sahaja kerana dia tidak pernah berbuat baik pada Nik. Namun setelah dia mendapati ibu dan ayah Nik seorang yang peramah dan cepat mesra. Lia merasa selesa.

                        Ibu Nik menjemputnya ke rumah jika Lia pulang ke Malaysia. Dan Lia berjanji akan datang mengunjunginya bila dia pulang di Malaysia nanti. Lia tidak sabar hendak mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibunya di Malaysia mengenai Nik. Pasti ibunya merasa teruja kerana Lia sudah kembali sihat semula dan Lia telah bertemu dengan lelaki yang telah dia jatuh cinta 10 tahun dahulu tanpa dia sedari.

                        Lamunan Lia terhenti bila Nik memberhentikan keretanya di hadapan pintu gerbang mansion milik Madam Sharon. Pintu kereta Nik di buka seseorang. Lia menanti Nik menghampirinya.

                        You look cute today!,” tegur Nik dengan wajah selamba sebelum berjalan menuju kearah pintu dimana penyambut tetamu Madam Sharon berada.

                        Look cute!!! Really Nik! Tak tahu nak compliment perempuan cantik seperti dia ke? gerutu Lia dalam hati. Geram pula bila Nik seperti tidak perasan dia kelihatan cantik rupawan malam ini dan bukan kelihatan ‘ugly but adorable’.

                        “Ah yes..you two lovelies came! Welcome! You look gorgeous Lia and you look dashing handsome man Nik!,” tegur Madam Sharon lalu tersenyum memuji Lia dan Nik kelihatan amat cocok bersama.

                        And you look stunning too Madam Sharon!,” balas Nik lalu tersenyum.

                        Lia disebelah menjeling meluat bila Nik pandai memberi pujian kepada host majlis Madam Sharon dengan mengatakan dia tampak menakjubkan manakala Nik hanya mengatakan dia kelihatan comel sahaja.

                        Please enjoy yourself,” ujar Madam Sharon kepada Nik dan Lia. Sebelum dia bertemu dengan tetamunya yang lain.

Nik berjalan mendekati salah seorang dari pelayan yang bertugas untuk memesan minuman darinya sebelum mendapatkan Lia yang berdiri seorang diri memandang kearah lukisan yang terdapat di dinding Mansion Madam Sharon. Sebuah lukisan di persisiran pantai dengan awan putih yang kelihatan plain dan simple.

Monet!,” ujar Nik lalu menyerahkan gelas lemon frizz kepada Lia. Lia menyambut minuman itu dari tangan Nik.

What monyet?? Mana ada monyet dalam lukisan ini??,” ujar Lia dengan wajah tidak bersalah bila Nik mengatakan ada monyet di dalam lukisan itu. Dia tidak nampak seekor monyet pun di dalam lukisan itu. Hanya gambar pantai yang indah.

Nik tersedak terperanjat bila Lia berkata demikian. Tuxedonya terkena percikan air dari minuman yang di pegangnya. Lia segera menarik pocket square handkerchief dari poket tuxedo Nik. Tangannya pantas mengelap bahagian dada Nik yang terkena percikan air tadi.

Thanks, It’s not monyet butMonet’ lukisan ini di hasilkan oleh artist terkenal Claude Monet, this art piece call Beach in Pourville,” terang Nik kepada Lia setelah tawanya reda.

“Ok,” jawab Lia lalu tersenyum simpul.

You knew about this painting aren’t you?,” ujar Nik bila dia lihat Lia tersenyum begitu ketika dia menerangkan tentang lukisan itu kepada Lia tadi.

Maybe,” jawab Lia tersenyum lagi.

Sekurang-kurangnya dia telah berjaya membuatkan Nik ketawa dengan lawak bodohnya itu. Dia kenal pada hasil lukisan artist terkenal Monet. Lia tahu sedikit sebanyak mengenai art and paintings. Dan dia juga tahu lukisan itu dihasilkan pada tahun 1882. Dan lukisan itu dibeli oleh National Museum, Poland pada tahun 1906 dan dipamerkan di paparan koleksi mereka.

Thanks for bringing me here Nik,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik. Dia tahu dia banyak menyusahkan Nik dahulu. Dan dia akan sentiasa merasa bersalah diatas perbuataannya terhadap diri Nik dahulu.

Dia kini akui, apa yang dia lakukan dahulu hanya kerana dia mahukan perhatian lelaki itu. Dia mahu Nik sukakannya, namun caranya itu tidak betul kerana ia bukan membuatkan Nik semakin suka padanya malah perbuataannya itu, membuatkan Nik semakin jauh darinya. Dan dia pula membenci Nik kerana lelaki itu tidak tahu bahawa dia suka padanya.

“Madam Sharon yang invite you,” jawab Nik lalu menoleh kearah Lia bila wanita itu tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya.

I would like to borrow Nik from you for a while, I want to introduce him to my dear friend, who would like his expertise in one of her antique collections..I hope you can excuse us Lia!,” ujar Madam Sharon kepada Nik.

Yes, sure Madam Sharon, Nik is all yours!,” jawab Lia lalu tersenyum. Matanya sempat memandang kearah seorang wanita muda dan cantik berbangsa Italy yang tersenyum memandang Madam Sharon dan Nik sedang menuju kearah mereka.

 

*****

 

Terasa bosan pula berada sendirian di majlis yang serba asing ini. Lia berjalan menuju kearah luar untuk mengambil angin. Rumah Madam Sharon berdekatan dengan pantai. Dan pemandangan malam ini sungguh cantik dan indah. Lia meletak gelasnya di atas batu.

Hello Lia, why are you here by yourself, the party is inside..,” teguran seseorang membuatkan Lia menoleh ke belakang.

“Hi Madam Sharon, I love to take fresh air,” jawab Lia lalu membuahkan senyuman kepada host rumah itu. Dia tidak biasa menghadiri majlis seperti ini. Walaupun dia berada di kota London selama beberapa tahun. Dia jarang sekali menghadiri majlis seperti ini. Lia seorang wanita yang simple. Mahukan kerjaya dan keluarga yang bahagia itu sahaja.

You were like me when I’m young Lia, not used to attend big party, love simple things, love simple life not the extravagant kind of life,” ujar Madam Sharon lalu menoleh kearah Lia.

Oh really?? I thought you came from a wealthy family?,” ujar Lia bila Madam Sharon mengatakan zaman mudanya dahulu berlainan dengan zamannya sekarang.

No..my late husband yes..this is all his,” jawab Madam Sharon lalu tersenyum.

I’m sorry to hear that,” jawab Lia bila Madam Sharon mengatakan harta yang dia perolehi adalah dari mantan suaminya.

It’s ok, that was long time ago, and I still miss him dearly! He’s my first love and my soulmate!,” ujar Madam Sharon perlahan lalu melemparkan pandangannya kearah laut di hadapannya. Wajahnya kelihatan sayu bila dia berkata demikian.

Lia turut dapat merasakan kesedihan hati Madam Sharon. Dia kehilangan suami yang dicintai. Lia mengerti perasaan Madam Sharon kerana dia juga kehilangan orang yang paling dekat dan di sayangi.

So how long have you been in relationship with Nik??,” tanya Madam Sharon lalu menoleh kea rah Lia.

You knew that Nik is not my mentor??,” tanya Lia dengan wajah terperanjat bila Madam Sharon bertanya akan hubungannya dengan Nik.

Madam Sharon tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan bila Lia kelihatan terperanjat bahawa dia mengetahui akan hubungan mereka yang sebenar.

It’s a long story and we are not really together-,”

But you love him do you???,”

Sekali lagi Lia terperanjat bila Madam Sharon tahu dia sukakan Nik.

How do you know that??,” tanya Lia bila Madam Sharon dapat membaca apa yang tersirat di dalam hatinya.

I can see..your eyes lit up whenever you look at him,” jawab Madam Sharon. Sama seperti setiap kali dia melihat mantan suaminya Alessandro dahulu. Setiap kali Alessandro melintas di hadapan kedai rotinya. Matanya bersinar gembira setiap kali ternampak Alessandro kerana dia sukakan lelaki itu. Hubungan mereka bagaikan langit dengan bumi kerana Alessandro anak orang berada manakala dia hanya anak seorang pembuat roti. Terdapat banyak halangan dari keluarga Alessandro, namun mereka berkahwin juga akhirnya kerana mereka cinta mencintai di antara satu dengan lain.

Lia tidak menjawab kerana dia merasa malu bila Madam Sharon perasan keghairahan terpamer di wajahnya tiap kali dia memandang Nik.

Does Nik know that you love him??,” tanya Madam Sharon lagi kerana dia hanya melihat Lia sahaja yang kelihatan teruja setiap kali ada bersama Nik. Namun Nik kelihatan biasa-biasa sahaja.

Lia mengelengkan kepalanya perlahan lalu memandang kearah laut.

No, poverino! È necessario fargli capire i tuoi sentimenti nei suoi confronti! Non aspettare per lui a confessare! Gli uomini sono lenti!,”  (No, you poor thing! You must let him know of your feelings towards him! Don't wait for him to confess! Men are slow!) ujar Madam Sharon dengan wajah tidak percaya bila Lia mengatakan dia tidak meluahkan perasaannya kepada Nik.

Lia tersenyum sendiri bila Madam Sharon berkata demikian. Ya benar apa yang di katakan Madam Sharon tadi. Lelaki memang slow bila hendak meluahkan perasaan mereka.

 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment