Tuesday 19 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 25






Tahun 2001, Di SMTI

                        LIA duduk di bangku sementara menanti ahli kelab lain masuk ke dalam bilik mesyuarat. Matanya melirik ke arah Nik Ketua Pengawas yang juga salah seorang ahli kelab catur. Lelaki itu sedang berjalan menuju ke arah bilik mesyuarat sambil berbual-bual mesra dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 Mawar yang bernama Zalia.


                        Lia memandang ke arah mereka bila terdengar Zalia tertawa kecil lalu menepuk lengan Nik mesra. Lia menutup buku sain yang di bacanya lalu memerhatikan mereka dari jauh.


                        ‘Boleh tahan gatal juga si Nik ni?’ bisik Lia dalam hati kerana lelaki itu seringkali di lihat berbual dengan ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Namun dia tidak pernah melihat Nik berjalan dengan seorang pelajar perempuan sahaja melainkan Dania.


Dia tahu Dania sukakan Nik. Dan dia juga tahu Nik tidak pernah menganggap Dania lebih dari teman sekolahnya sahaja. Kenapa Nik tidak ada teman wanita? Di sekolah mereka, budak tingkatan 3 pun sudah pandai bercouple-couple. Inikan pula Nik pelajar Tingkatan 6 atas. Hendak katakan Nik tidak ada rupa. Nik kacak orangnya, pelajar yang bijak dan dia juga ketua Pengawas.


Pakej lengkap pada pandangan mata kasarnya. Dan jika, tidak kerana Nik seorang pelajar yang baik dan juga seorang pengawas, mungkin dia akan jatuh hati pada Nik. Lia tidak suka pada budak lelaki yang baik seperti Nik. Dia sukakan ‘badboy’ seperti Eryan.


“Kau asyik pandang si mawas tu kenapa? Kau sukakan dia ke?,” tegur Yana bila dilihat Natalia terlalu asyik memerhatikan Nik sedari tadi sehingga tidak menyedari kehadirannya.


“Aku sukakan Nik?? He’s the last man on earth! untuk aku suka, kau tahu aku tak suka budak baik yang goody two shoes macam Nik tu!,” jawab Lia lalu menjeling ke arah Yana bila Yana mengatakan dia suka pada Nik.


“Kau yakin kau tak sukakan Nik, Lia??,” tanya Yana lagi lalu memandang wajah Lia bila temannya mengatakan dia tidak suka pada Nik. Tapi melihat dari cara Lia dia sememangnya sukakan Nik. Cuma Lia tidak mahu mengaku.


“Ah yelah..kan ke boyfriend aku Eryan, bukannya Nik!,” jawab Lia dengan wajah tidak puas hati bila Yana seakan mengusiknya.


“Tapi kenapa kau selalu ambil perhatian Nik! Kalau sehari kau tak menganggunya, kau tak senang hati! Dan setiap kali Nik dengan budak perempuan lain kau merasa cemburu!,” ujar Yana.


Dia selalu perhatikan sikap Lia begitu. Lia tidak mengatakan dia cemburu namun dari body languagenya dan reaksi di wajah Lia setiap kali melihat Nik bersama dengan pelajar perempuan lain dia dapat membaca Lia sukakan Nik.


It will never happen! Kau pasti aku merasa cemburu! Mungkin aku meluat dan bukan cemburu kau bukan tau!,” jawab Lia cuba mempertahankan dirinya walaupun dia akui apa yang Yana katakan tadi sedikit sebanyak ada kebenarannya.


Mungkin juga, dia sukakan Nik tapi dia tidak dapat menerima kenyataan kerana mulutnya mengatakan dia benci dan tidak sukakan Nik manakala hatinya berkata sebaliknya.

 

*****

 

                        Lia tersenyum bila dia teringatkan kembali perbualannya dengan teman baiknya Yana di sekolah menengah dahulu. Nik is the last man on earth untuk dia jatuh cinta.


Nampaknya dia terpaksa menelan kenyataan yang pernah dia buat 10 tahun duhulu tentang Nik, kerana dia akui telah jatuh cinta pada Nik. Dan dia sudah seperti wanita angau tidak merasa jemu memandang wajah kacak lelaki itu dan mahu sentiasa bersamanya.


Dan dia juga merasakan bahawa lelaki itu turut sayang padanya walaupun Nik tidak mengakui terang-terangan. Namun dari lirikan matanya dan senyuman yang dia berikan kepada Lia. Lia sudah mengerti dan dapat merasai apa yang Nik rasa.


Nik tidak perlu mengungkapkan kata-kata sinonim yang selalu di ucapkan bila orang sedang bercinta seperti ‘I Love You’. Nik tidak perlu mengungkapkannya kerana Nik said best when he say nothing at all. Seperti lagu Ronan Keating – You said best when you say nothing at all.


“Lia!,”


“Lia! Day dream pulak budak ni bila kita bercakap dengan dia!,” ujar Firdaus bila dilihat Lia tidak menumpukan perhatian apa yang telah mereka bincangkan tadi malah berangan sendiri.


“Lia..!!!,” ujar Firdaus lalu menepuk bahu anak saudaranya yang duduk di sebelahnya yang sedari tadi tidak lepas dari memandang ke arah Nik yang duduk di hadapan.


“Apa dia uncle?,” ujar Lia terperanjat bila bahunya di tepuk uncle Firdausnya. Dia tengah sedap berangan tentang Nik. Diganggu pula.


Nik hanya tersenyum melihat gelagat Lia yang lucu. Dia sedar Lia asyik memandang ke arahnya ketika dia sedang berbual dengan pakcik Firdausnya tadi. Dan dia juga tahu Lia tidak mengambil perhatian langsung tentang apa yang mereka bualkan.


So the wedding will be held at Malaysia in 3 months time!,” ujar Firdaus lalu memandang wajah Lia.


Wedding?? Who’s wedding?? Yours?? Tak beritahu Lia pun Uncle nak kahwin! Dengan siapa Miss Pepper Potts??,” ujar Lia lalu memandang wajah unclenya yang sebiji seperti pelakon Iron man itu dengan wajah keliru. Uncle Firdaus hendak bernikah lagi? Wah dalam senyap-senyap unclenya hendak bernikah?


Not mine but yours, Lia!,” jawab Firdaus lalu mengelengkan kepalanya perlahan.


Mine??,” ujar Lia terkejut. Lia memandang wajah Nik. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja dan tidak terkejut.


Wedding? Her wedding? Bila masa Nik melamarnya?


Kerana excited cintanya di sambut, Lia terus membawa Nik ke rumah unclenya keesokan hari, dia mahu Nik bertemu dengan uncle Firdausnya kerana dia mahu unclenya tahu akan hubungan mereka berdua. Itu sahaja! Tidak ada bincang hendak kahwin semua. Just a formal introduction. Bagaimana 2nd visit Nik ke rumah unclenya boleh pergi ke bab wedding pula?


“Berangan lagi lah? You told me about your relationship with Nik and I told your mum about it, dan your mum call Nik’s parents and she proposed Nik for you,” ujar Firdaus lalu memandang wajah Lia.


Dia sudah mengagak Lia tidak dengar satu perkataan langsung apa yang mereka bincangkan tadi kerana fikiran Lia melayang entah ke mana.


Kelmarin Lia memberitahunya tentang hubungan dia dengan Nik. Dan dia telah menghubungi kakaknya memberitahu tentang Nik dan Lia. Dan kakaknya terlalu excited telah menghubungi keluarga Nik di kampung dan meminang Nik untuk anaknya. Firdaus sendiri merasa terkejut dengan perbuatan mengejut kakaknya itu. Mak dan anak perangai serupa, seringkali memeningkan kepalanya.


Mum did that??? Serious?? She proposed Nik for me??,” ujar Lia dengan wajah tidak percaya. Dimana dia hendak meletakkan mukanya. Belum pernah terjadi dalam keluarganya perempuan meminang lelaki.


Memang dia cintakan Nik. Tapi tidaklah desperate sampai hendak meminang Nik.


Dia mahu Nik yang melamarnya. Dia tidak kisah jika Nik melamarnya hari ini atau 3 tahun akan datang. Apa yang penting Nik yang melamarnya bukan dia atau ibunya! Barulah romantik! Ini tidak!


“Kenapa?? Sedangkan Saidatina Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kita, kenapa Lia tak boleh?,” tegur Firdaus bila Lia kelihatan terperanjat.


“Itu Saidatina Siti Khadijah wanita yang mulia..ini Natalia the trouble maker! Nik??? You agree to this kind of arrangement??,” tanya Lia lalu memandang wajah Nik dengan wajah serba salah. Eii malu sungguh dia dibuatnya.


Dia tidak tahu berapa tebal wajahnya bila dia mendapat tahu bahawa ibunya telah meminang Nik buat dirinya. Macamlah dia perempuan tidak laku sehingga ibunya harus berbuat demikian.


“Betul apa yang Uncle Firdaus kata, and I’m fine with it! Unless you tak suka?,” jawab Nik lalu tersenyum sengaja dia hendak membuatkan Lia merasa bertambah malu dan segan dengannya.


Tentulah Nik merasa terkejut dengan pinangan yang di terima dari ibu Lia. Dia benar-benar tidak menyangka ibu Lia membuat perkara drastic sebegitu. Dia hanya mendapat tahu tentang perkara ini, bila ibunya menelefon memberitahunya tentang pinangan yang diterima dari pihak Lia.


Memang Nik bercadang untuk pulang ke Malaysia sebelum kedua ibu bapanya mengerjakan haji dan sudah terlanjur hubungannya dengan Lia lebih dari teman biasa. Dia bercadang untuk menghantar rombongan meminang kerana Nik tidak mahu membuang masa, kerana dia tidak percaya bercinta lama baru bernikah. Jika Lia dan dia sama-sama suka, dia mahu hubungan mereka di halalkan dengan segera kerana ianya lebih afdal.


“Baiklah kalau begitu!,” jawab Lia dengan wajah selamba lalu mencapai sarung tangannya yang berada di atas meja di sebelahnya. Dia menyarung ke tangannya lalu bangkit menuju ke arah Nik yang sedang duduk.


Lia menghulurkan kedua belah tangannya kepada Nik.


Lelaki itu memandang wajah Lia dengan wajah pelik! Apa yang Lia hendak buat sekarang. Nik menoleh memandang wajah pakcik Lia pula. Lelaki itu menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu apa yang Lia hendak lakukan kerana anak saudaranya memang gemar membuat perkara pelik. Pasti ini adalah salah satu perkara pelik yang Lia hendak lakukkan.


Nik menyambut huluran tangan Lia lalu memandang wajah wanita itu.


“Nik Faisal Bin Nik Farhan, sudikah anda menjadi suami saya di dunia dan di akhirat!,” ujar Lia lalu tersenyum.


Nik hanya mengelengkan kepalanya lalu tersenyum bila Lia mula dengan perangai gilanya. Nik menyeluk saku seluarnya mengambil sesuatu.


“Tak sudi????,” ujar Lia bila Nik mengelengkan kepalanya.


“Saya terima,” jawab Nik tersenyum lalu menyarungkan cincin ke jari manis Lia. Namun cincin itu terlalu kecil untuk jari Lia kerana Lia mengenakan sarung tangan ketika Nik mahu menyarungkan cincin itu.


“Eh kejap!,” ujar Lia lalu menangalkan sarung tangan kanannya. Dia menghulurkan tangannya kepada Nik. Lelaki itu cuba menyarungkan ke jari manis Lia. Namun cincin itu hanya tersarung ¾ di jari Lia kerana ukurannya kecil. Nik mahu mengeluarkan cincin itu semula namun di tegah Lia.


No it’s ok..jari I bukannya besar sangat!,” jawab Lia lalu menyarungkan cincin itu ke jari manisnya sendiri tanpa bantuan Nik. Cincin itu berjaya di sarung dengan sempurna setelah Lia memaksanya. Aduh! Bisik hati kecil Lia kerana cincin itu benar-benar kecil dan sendat.
 


 
bersambung....
 
 
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment