Wednesday 13 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 22







LIA mendial nombor Nik berkali-kali namun Nik tidak pernah menjawab. Selepas kejadian dia dimarahi Nik 3 hari lepas. Lia cuba untuk tidak menghubungi Nik kerana dia mahu lelaki itu sejukkan hatinya dan tidak akan marah lagi padanya. Namun sangkaannya meleset bila Nik tidak pernah menjawab pangilan telefon mahupun menjawab message yang di hantar. Seolah-olah Nik tidak mahu berhubungan dengannya lagi.


Lia mengeluh perlahan lalu mencampak handphone di atas katil. Dia mencapai cushion kecil lalu di peluknya erat. Airmatanya mengalir perlahan kerana dia rindukan Nik. Dia sudah mula sayang dan cintakan lelaki itu. Tapi dia tidak mengerti mengapa lelaki itu sering menjauhkan diri darinya.


Kenapa lelaki itu tidak pernah faham dan mengerti akan perasaannya?? Sebelum ini di sekolah dahulu, dia seringkali berbuat perkara-perkara agar dia mendapat perhatian Nik kerana dia menyangka dia hanya mahu membuatkan lelaki itu sakit hati. Tapi dia tidak sedar dan perasan bahawa dia sebenarnya mahukan perhatian Nik kerana dia sayangkan Nik selama ini.


Lia sedar Nik benar-benar hilang sabar dengan kelakuannya tempoh hari. Dia tidak pernah melihat Nik kecewa dan marah sebegitu sebelum ini. Semasa di sekolah dahulu segala perbuataan nakalnya terhadap diri Nik Lelaki itu marah tapi tidak sekecewa kelmarin. Belum pernah dia lihat lelaki itu kelihatan kecewa sebegitu.
 

 
****

 
                        Dante menoleh memandang kearah meja berdekatan dengannya bila dia terdengar seorang pelayan memarahi seorang pelanggan di restorennya. Pelayan itu marah pada pelanggan itu bila setiap kali dia menghantar makanan kepada pelanggan itu, pelanggan itu mengatakan pesanan yang dihantar kepadanya salah.


                        Apa yang peliknya wajah pelanggan itu kelihatan bersahaja sahaja bila dimarahi pelayan itu mungkin kerana dia tidak faham apa yang di katakan pelayan itu kepadanya.


                        Dante tersenyum sendiri bila menyedari pelanggan yang di marahi pelayan itu adalah wanita yang sama pernah dia temui di Trevi Fountain dan di pejabatnya dahulu. Natalia the troublemaker sepertimana yang Nik katakan kepadanya dahulu. Baru dia mengerti akan maksud Nik mengenai Natalia. Natalia tidak henti-henti dengan anticsnya. Apa pula antics Natalia kali ini.


                        Dante bangun dari tempat duduknya lalu menuju kearah meja Natalia.


                        Qual è il problema?,” (What's the problem here?) ujar Dante lalu menoleh memandang ke arah pelayan yang marah-marah pada Natalia.


                        Sta ordinando, ma lei è la restituzione dell'ordine indietro dicendo che è nell'ordine sbagliato!,” (She's ordering but she's returning the order back saying it's wrong order!) jawab pelayan itu dengan wajah tidak puas hati.


                        Forse lei non capisce italiani? Che cosa ha ordinare?,” (Maybe she don't understand italian? What did she order?) tanya Dante kepada pelayan itu.


                        Pelayan itu membuka menu lalu menerangkan kepada Dante apa yang wanita itu pesan darinya tadi. Wanita itu asyik menunjukkannya menu di bahagian daging.


                        Did you ask for meat from the menu?,” tanya Dante kepada Lia kerana pelayan itu mengatakan kepadanya wanita itu menunjukkan kepadanya apa yang dia mahu makan.


                        No! I ask for fish not meat!,” jawab Lia dengan wajah tidak bersalah. Memang dia menunjukkan kepada pelayan itu menu daging hanya untuk suka-suka.


Lia memandang wajah lelaki yang membantu menyelamatkannya dari dimarahi pelayan restoren itu sedang menerangkan kepada pelayan itu. Dia kenal pada lelaki itu. Lelaki itu adalah teman sekerja Nik.


                        Dante menerangkan kepada pelayan itu, dia telah salah erti kerana wanita itu memesan ikan dan bukan memesan daging sepertimana yang pelayan itu bawa kepadanya.


                        Lia cuba untuk tidak mendengar perbualan diantara mereka. Dia tahu pelayan itu mengadu kepada Dante mengatakan dia wanita tidak betul dan sebagainya kerana meminta dia memulangkan semula makanan itu kerana bukan makanan yang dipesan walhal wanita itu yang beria-ia mahu makanan itu dan bukan makanan seafood.


                        Dante meminta maaf kepada pelayan itu bagi pihak Lia, lalu menerangkan kepadanya bahawa wanita itu tidak faham bahasa mereka dan di sebabkan itu dia tersalah membuat pesanan.


                        What do you want to eat Lia?,” tegur Dante bila dilhatnya Lia hanya bermenung mendiamkan diri.


                        Baked Salmon!,” jawab Lia tanpa mengulas panjang.


                        “Potete per favore ottenere salmone al forno per questa signora e vi prego di servire il mio cibo in questo tavolo troppo? Grazie,” (Can you please get baked salmon for this lady and please serve my food at this table too? Thank you)


                        Sebaik sahaja pelayan itu meninggalkan meja Lia. Dante melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi bertentangan dengan Lia. Lia kelihatan pendiam dan tidak seperti dia lihat Lia pertama kali di Trevi Fountain.


Di Trevi Fountain sungguhpun Lia sengaja mencari masalah tapi dia kelihatan bertenaga bila dia berbuat demikian. Tapi hari ini Lia seperti tidak in the mood. Kenapa? Bukan dia mengalakkan Lia membuat masalah. Tapi dia lihat something is off about Lia. Lia ada masalah?


                        Hi Lia you look different today! Are you feeling alright?,” tanya Dante bila wanita itu kelihatan bermenung dari tadi.


                        Hi Dante..How are you? How’s work? How’s Nik?,” ujar Lia lalu membuahkan senyuman kepada Dante.


                        I’m good. Work busy as always. Nik’s I think he’s fine, why you asking me?? Don’t you always with him?,” ujar Dante bila Natalia bertanya padanya perkhabaran Nik. Bukankah Nik keluar bersama Natalia kelmarin ke rumah pelanggan mereka Madam Sharon. Dan dia percaya Nik dan Natalia masih berhubungan walaupun Nik selalu mengatakan Natalia itu trouble maker.


                        He didn’t answers my calls..,” jawab Lia lalu mencapai kopi di hadapannya lalu di teguk perlahan.


                        You two have problem??,” tanya Dante lalu meneguk lattenya.


                        I think Nik hates me!,” jawab Lia lalu memandang wajah Dante.


                        Hates you?? What makes you think Nik hates you?,” tanya Dante lalu memandang wajah cantik Lia bila wanita itu mengatakan Nik membencinya.


Dia masih belum punya kesempatan berbual dengan Nik kerana lelaki itu kelihatan tidak punya mood untuk casual talk dan dia sibuk dengan pekerjaannya mengenai barangan Madam Sharon sehingga Dante terlupa hendak bertanya padanya tentang pesta yang dianjurkan Madam Sharon di rumahnya kelmarin.


                        He didn’t reply to my messages..my calls and now he is avoiding me!,” jawab Lia cuba menahan sebak di dada. Dia tahu lelaki itu benci padanya.


                        Very unlikely Nik will behave that way, Nik that I’ve known all these years is a real gentleman! Unless you have hurt him so much! What really happen on that day Lia?,” tanya Dante.


Dia merasa kasihan melihat Lia bersedih hati begitu. Sepertimana yang di katakan kepada Lia. Nik yang dikenali tidak akan berkelakuan sebegitu. Pasti ada perkara yang benar-benar membuatkan Nik terasa hati dan oleh kerana sebab itu dia menjauhkan diri dari Lia.                 


Lia menceritakan apa yang telah berlaku pada hari tersebut dan terakhir dia bertemu dengan Nik.


I’m just pulling his leg Dante! And he take it seriously!,” jawab Lia dengan wajah tidak berpuas hati. Kenapa Nik sensitive sangat. Selama ini apa yang dia lakukan terhadap diri Nik. Nik tidak pernah merasa sensitive begitu.


I’ll understand why Nik felt so disappointed with you Lia,” jawab Dante setelah agak lama mendiamkan diri mendengar luahan hati Lia.


He’s disappointed with me?? What did I do?? I just playing a lousy prank with him??,” jawab Lia dengan rasa tidak berpuas hati dengan jawapan Dante. Nik kecewa dengannya? Bukankah dia sudah meminta maaf pada Nik berkali-kali. Apa lagi Nik mahu darinya? Berlutut meminta maaf darinya?


Nik lost his sister in the sea Lia,” ujar Dante perlahan. Dia kini mengerti mengapa Nik merasa sedih. Lia telah mengingatkan dia tentang tragedi yang berlaku 5 tahun dahulu. Dan kerana itu Nik mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya dan mencuba nasibnya di Europe kerana Nik mahu melupakan peristiwa yang menyayat hati.


Dante pernah bergurau dengan Nik, bila lelaki itu selalu kelihatan termenung jauh setiap kali dia menatap photo dia bersama dengan seorang wanita cantik yang sentiasa berada di meja pejabatnya.


Sangka Dante, Nik rindukan kekasih hatinya yang berada jauh di Malaysia, dan disebabkan itu dia selalu bermenung jauh. Nik memberitahu Dante siapa wanita yang berada di gambar itu kepadanya. Dante merasa simpati pada Nik.


Dante masih ingat, bila Nik menceritakan kepadanya dahulu bagaimana dia kehilangan adik yang di sayanginya buat selama-lamanya. Adiknya Shafiqa meninggal lemas di laut dan Nik tidak mampu menyelamatkan adiknya. Sehingga kini, Nik tidak dapat memaafkan dirinya dan menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.


Nik What???,” ujar Lia dengan wajah tidak percaya. Dia benar-benar terperanjat mendengar penerangan Dante mengenai adik Nik.


His sister drown in the sea, Nik can’t safe her on time! Till now he’s still blame himself of her sister death,” terang Dante lalu memandang wajah Lia.


Astarfirullah Al Azim! Istifar Lia dalam hati. Baru dia mengerti mengapa Nik begitu sedih dan kecewa bila dia bergurau begitu. Lia terbayangkan wajah cemas Nik bila dia tidak bertemu dengan Lia. Maafkan aku Nik! Bisik Lia dalam hati.


Lia benar-benar tidak menduga gurauannya itu telah membuatkan lelaki itu mengingatkan kembali peristiwa sedih yang pernah dia lalui dahulu. Lia benar-benar merasa bersalah dan kesal dengan perbuataanya.
 
 
 
bersambung......
 
 
 
 
 






No comments:

Post a Comment