Monday 25 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 29


 
 

 
DANIA menarik wajah masam sebaik sahaja Nik menghampiri mejanya. Hampir setengah jam dia menunggu Nik di restaurant. Nik selalu lambat setiap kali bertemu dengannya. Hari ini, Nik lambat lagi. Namun begitu dia rela menunggu asalkan Nik datang bertemu dengannya. Kerana dia cinta dan sayangkan lelaki itu.
 
 
 
Sorry I lambat!,” ujar Nik lalu duduk di kerusi hadapan Dania. Dia mencapai menu di hadapannya lalu memesan latte kepada pelayan restoren.
 
 
 
Latte aje?? You tak nak makan ke?,” tanya Dania bila Nik hanya memesan latte sahaja dan tidak mahu makan malam.
 
 
 
I dah kenyang,” jawab Nik ringkas.

 
 
“Dah kenyang?? You dah makan dinner ke?,” tanya Dania dengan wajah terperanjat. Bukankah mereka akan makan malam bersama. Kenapa Nik sudah makan malam pula.
 
 
 
“Dah kat rumah,” jawab Nik.
 
 
 
“Nik!! How could you?? Habis? Tak kan I nak makan seorang,” ujar Dania dengan nada kecewa. Penat-penat dia menunggu. Dia sangka dapat makan malam bersama dengan Nik. Tapi lelaki itu sudah makan di rumah dan tidak mahu makan bersamanya.
 
 
 
I datang temankan you Dania, so just eat, don’t make a big fuss about it!,” ujar Nik perlahan lalu memandang wajah Dania.
 
 
 
Dania terkedu bila Nik memarahinya. Dia tidak tahu kenapa Nik tidak pernah menyayanginya sepertimana Nik menyayangi Lia. Dia merasa cemburu dengan Lia. Selagi ada Lia di hati Nik. Selagi itu Nik tidak akan mencintai dan menyayanginya.

 
 
“Kenapa you tak pernah treat me the same way you treat your wife?,” ujar Dania dengan rasa tidak puas hati. Nik tidak pernah melayannya sebagaimana Nik melayani Lia. Dia juga ingin di belai dan di manja oleh Nik kerana dia benar-benar sayangkan Nik. Namun musuhnya juga yang berjaya memiliki hati Nik.

 
 
Dia cintakan Nik sejak dari sekolah lagi. Hanya Nik tidak pernah memberinya peluang untuk mencintainya. Malah dia tidak menyangka Nik dan Lia bersatu kerana Dania percaya Lia bercinta dengan Eryan manakala Nik tidak pernah berkenan pada perangai Lia.
 
 
 
You knew very well that I don’t like you to talk about my wife? You tahu I tak hendak jumpa you hari ini because I’m not in a mood, but you still insist! So, don’t put a blame on me!,” ujar Nik cuba mengawal perasaan marahnya bila Dania seringkali mengungkit tentang Lia.

 
 
I’m sorry sayang! I know you tak suka I sentuh tentang Lia, but I can’t help it! I ada hati dan perasaan juga Nik, I’m jealous you know!,” ujar Dania dengan perasaan sebak.
 
 
 
Dia tidak mengerti mengapa Nik tidak pernah menjaga hati dan perasaannya. Memang benar Nik bakal menjadi suaminya tapi hati Nik hanya pada Lia. Dan dia tidak dapat memenangi hati Nik selagi Nik masih cintakan Lia.
 
 
 
I’m sorry if you feel that way! I told you many times, I will always love Lia, tapi you masih mahu meneruskan hubungan kita, jadi you hendak salahkan I!,” ujar Nik memandang tepat ke wajah Dania bila wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Nik. Bukan Dania tidak tahu, hatinya hanya pada Lia dan dia cintakan Lia.

 
 
What is so special about today that I can't meet you??? And you moody dengan I terus menerus ni Nik?,” ujar Dania bila Nik tidak seperti dirinya hari ini. Nik kelihatan moody and cranky. Selalunya, walaupun Nik tidak mesra padanya, Nik tetap melayan kehendaknya. Tapi hari ini Nik langsung tidak ada mood untuk melayannya malah marah-marah padanya dari tadi.

 
 
Nik tidak bersuara bila pelayan restoren menghidangkan minuman yang di pesan dan juga steak Dania.
 
 
 
Dania memandang wajah Nik bila lelaki itu hanya diam sahaja.
 
 
 
I don’t have mood to eat now!,” ujar Dania lalu menolak pinggan steaknya. Dia mencapai gelas air putih lalu meneguknya perlahan. Panas hatinya di buatnya. Tujuannya bertemu dengan Nik hari ini kerana dia merasa rindu pada lelaki itu. Dia terasa hati dengan kelakuan Nik yang tidak pernah menghargainya.
 
 
 
Dia sudah lama bersabar dengan Nik. Nik selalu buat tidak endah tentang hati dan perasaannya. Dia seperti tidak mengenali Nik. Nik yang di kenali dahulu dan Nik sekarang benar-benar berbeza. Nik dahulu, seorang lelaki yang baik hati dan tidak akan menghampakan hati orang lain. Tidak seperti Nik di hadapannya yang berhati batu dan tidak berperasaan.
 
 
 
Nik mencapai pisau dan garfu dihadapannya. Dia memotong steak di pinggan lalu menyuakan steak yang dipotong kecil ke mulut Dania.
 
 
 
Dania enggan membuka mulutnya.

 
 
I’m sorry for treating you that way, give me some time ok,” ujar Nik dengan nada memujuk. Dia merasa bersalah membuatkan Dania begitu. Dania tidak salah apa-apa padanya.

 
 
Dania hanya menjeling bila Nik cuba memujuknya.

 
 
Please!!!,” ujar Nik lalu tersenyum bila Dania masih enggan membuka mulutnya.

 
 
Dania tidak mengendahkan pujukan Nik lalu memalingkan wajahnya ke arah lain.

 
 
I kasi pada perempuan lain!,” usik Nik mahu bangkit dari kerusi bila Dania masih merajuk dengannya.
 
 
 
Dania segera menarik lengan Nik tidak membenarkan lelaki itu bangun.
 
 
 
Nik tersenyum lalu menyuapkan potongan steak itu ke dalam mulut Dania.
 

 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment