Tuesday 19 April 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 26


 
 

5 tahun lalu

SETELAH puas ke USS dan merayau-rayau di kota Singa mereka akhirnya berada di Changi Airport menunggu flight mereka ke KL pada jam 9.35 malam. Setelah check-in mereka duduk di Coffee Bean untuk menghilangkan rasa dahaga.

 
Letih juga kerana mereka dari subuh sudah keluar rumah dan akan tiba ke rumah tengah malam, dan esok pagi keluar lagi kerana Fiqa mahu pergi memancing. Namun begitu Nik merasa gembira kerana dia dapat meluangkan masa bersama Fiqa.

 
                        Adiknya tidak lama lagi akan menjadi isteri seseorang. Dan sudah tentu dia tidak dapat keluar bersama dengan Fiqa seperti sekarang kerana Fiqa sudah mempunyai suami. Dan Nik tidak mahu Fiqa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sebab itu dia turutkan sahaja kehendak Fiqa untuk dia luangkan masa selama 2 hari dengannya.

 
                        “Abang..Fiqa rasakan abang hanya sesuai dengan perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti Fiqa!,” jawab Fiqa lalu menyedut Ice blendednya. Dia merasa susah hati bila abang Niknya masih belum mencari teman hidup. Semua kualiti yang di cari dari seorang lelaki ada pada abang Niknya.

 
Abang Niknya seorang lelaki yang kacak, baik hati, hormat pada orang tua dan beragama. Kualiti yang jarang di perolehi pada zaman sekarang.

 
                        Nik mengerutkan dahinya bila Fiqa tiba-tiba berkata demikian lalu menoleh memandang adiknya. Dia tahu Fiqa banyak teori yang selalu dia kongsikan bersama Nik. Dan ada di antara teori Fiqa boleh diguna juga.

 
                        “Yang perangai tomboy dan manja macam kucing..ciri-ciri yang abang cari ke Fiqa?,” ujar Nik lalu tersenyum dia mahu tahu sebab kenapa Fiqa mengatakan dia sesuai dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti adiknya.

 
                        “Manja macam kucing abang kata?,” ujar Fiqa terperanjat. Abang Niknya samakan dia macam kucing? Tak apalah kucing, cute. Senyum Fiqa.

 
                        “Nak kena dilayan selalu, kalau tidak merajuk,” jawab Nik bila Fiqa kelihatan terperanjat bila dia memberi komen sebegitu.

 
                        “Ah…sebab itulah Fiqa kata abang hanya sesuai dengan ciri-ciri wanita seperti Fiqa, yang perlukan perhatian dari abang dan manja kerana abang rajin melayan,” jawab Fiqa.

 
                        “Dah biasa dan terpaksa!,” jawab Nik dengan wajah selamba lalu memberikan senyuman kepada 2 orang wanita yang berada di meja seberang mereka kerana kedua-dua wanita itu asyik memandang ke arahnya lalu membuahkan senyuman kepadanya.

 
                        Fiqa menoleh kearah belakang bila abang Niknya memberi senyuman kepada seseorang. Di belakang meja mereka terdapat 2 orang wanita cantik sedang menikmati kopi mereka dan kerana dia memandang kearah mereka. Mereka pura-pura tidak melihat ke arahnya.

 
                        “Cantik perempuan berdua tu! They are looking at us!,” komen Fiqa lalu mencapai chocolate Ice blendednya.

 
                        “Cantik!,” jawab Nik ringkas kerana memang benar kedua-dua wanita itu cantik. Dan dia tahu mereka berdua memandang ke arahnya sedari tadi, namun dia tidak mahu memikirkannya, mungkin wanita itu memandang kearah lain. Tapi bila Fiqa sendiri yang perasan mereka memandang ke arahnya. Dia yakin mereka berdua itu senyum padanya.

 
                        “Kenapa tak pergi approach?,” tanya Fiqa lalu memandang wajah abang Niknya.

 
                        “Kenapa pula abang hendak approach mereka?,” tanya Nik merasa hairan bila Fiqa meminta dia pergi ke meja mereka.

 
                        “Berkenalan dengan salah seorang dari mereka?,” cadang Fiqa.

 
                        Not interested!,” jawab Nik lalu menghabiskan sisa coffeenya bila Fiqa menyuruhnya berkenalan dengan salah seorang dari wanita itu.

 
                        Not interested!!! Abang?? Mereka cantik macam supermodel tu!,” pancing Fiqa.

 
                        “Fiqa, tak semua lelaki tertarik pada wajah yang cantik sahaja,” jawab Nik ringkas.

 
                        “Betul ke ni? Setahu Fiqa lelaki suka jika pasangannya cantik dan bergaya seperti wanita-wanita itu, mereka merasa bangga bila lelaki lain turut terpegun melihat pasangan mereka,” ujar Fiqa lalu tersenyum.

 
                        Another teory???,”

 
                        Based on my understanding tentang lelaki,”

 
                        “Kan abang dah kata tidak semua lelaki,”

 
                        “Yah but most of men macam gitu!,” jawab Fiqa tidak mahu mengalah.

 
                        “Abang tell me..wanita yang macamana abang suka? Abang tak pernah beritahu Fiqa,” ujar Fiqa ingin tahu, kerana abang Niknya tidak pernah memberitahunya akan ciri-ciri wanita idamannya sebelum ini. Abang Niknya private person, jarang sekali berkongsi apa-apa dengannya.

 
                        “Semua itu tak penting Fiqa,” jawab Nik lalu tersenyum.

 
                        “Tak penting??? Are you for real?? Abang Fiqa yang satu ni manusia ke alien?,” ujar Fiqa dengan wajah tidak percaya bila Nik mengatakan tidak penting.

 
                        Nik tetawa kecil bila Fiqa mengatakan dia Alien.

 
                        “Orang serious tau bang? Can you please explain to me kenapa abang kata itu semua tak penting?,” ujar Fiqa lalu memandang wajah abang Nik.

 
                        “Sebab kenapa abang kata tidak penting, kerana abang serahkan tentang jodoh pada Allah,” jawab Nik. Tidak semua yang kita inginkan kita dapat.

 
                        “Tapi abang kena cari juga pasangan hidup abang, tak boleh tunggu bidadari jatuh dalam kolam, kena juga berusaha..baru tawakal,” jawab Fiqa bersungguh-sungguh.

 
                        “Jatuh dalam kolam?,” ujar Nik lalu tersenyum. Belum pernah dia mendengar peribahasa yang digunakan Fiqa ‘jatuh dalam kolam’ bukan jatuh dari langit.

 
                        “Jatuh dari langit dah biasa!,” jawab Fiqa dengan wajah selamba sambil menyedut sisa Ice blendednya. Dia melirik kearah jam di tangan hampir ke jam 8.45 malam. Dia bangkit dari kerusi, diikuti abang Niknya. Mereka berjalan menuju kearah balai pelepasan untuk mendapatkan flight mereka pulang ke KL.
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment