Wednesday 4 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 31


 
 
 
 

NIK berjalan kembali menuju kearah bilik pejabatnya sebaik sahaja mesyuaratnya selesai. Dia tidak keluar lunch bersama client kerana dia mahu menyambung membalas dan membaca sebanyak email penting yang memerlukan permerhatiannya sebelum dia pergi bercuti.

 
 
Dia memesan pada Nora untuk membelinya lunch kerana dia akan makan di dalam pejabatnya. Nik melirik kearah mejanya. Di atas mejanya terdapat passport dan ticket penerbangannya ke Rome yang telah di sediakan oleh Nora.

 
 
Setiap tahun Nik akan ke Rome pada bulan dan hari yang sama. Ia sudah menjadi rutinnya dan Nora setiausahanya sudah faham dengan kehendak Nik yang mahu dia uruskan ticket penerbangannya di sana.

 
 
Nik duduk di kerusinya lalu membuka email. Membaca dan membalas beberapa email penting. Menandatangani beberapa cheque dan surat.

 
 
Hi dear, you ni workaholiclah! Kita dah nak ke Rome malam ni you masih sibuk dengan kerja-kerja you,” ujar Lia lalu bangkit dari sofa bila Nik tidak perasan dia duduk di dalam pejabat menantinya pulang dari mesyuarat. Lia menghampiri meja Nik lalu berdiri di sebelahnya.

 
 
Passport dan ticket penerbangan Nik yang terdapat di atas meja dicapai lalu di belek perlahan. Lia tersenyum sendiri. Nik tidak pernah menepati janjinya. Nik akan membawa dia ke Rome setiap kali mereka meraihkan hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sesibuk manapun Nik, dia tidak pernah lupa akan janjinya pada Lia.

 
 
You know I love you so much dear! Tiada lelaki lain yang dapat mengantikan tempat you, you lah suami I dunia dan di akhirat,” ujar Lia lalu memeluk Nik yang sedang leka membalas email. Nik masih seperti tadi, tidak memberi tindak balas apa-apa.

 
 
“Nanti di Rome kita pergi tempat yang selalu kita pergi ok dear! Kita pergi Trevi Fountain, makan gelato dan tempat-tempat yang selalu kita pergi, I’m so excited and I can’t wait any longer!,” ujar Lia dengan ghairah dia tidak sabar untuk menjejakkan kakinya di bumi Italy. Di situlah tempat dia bertemu dengan Nik kembali, seterusnya jatuh cinta pada lelaki itu.

 
 
Nik menutup laptopnya bila kerjanya sudah selesai. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya kerana perutnya mula terasa lapar.

 
 
Nik mencapai gagang telefonnya menekan intercom. Namun gagang telefon di letak semula bila pintunya di buka seseorang. Nora masuk ke biliknya.

 
 
Sorry Sir, delivery lambat sikit,” jawab Nora lalu meletak pinggan berisi gourmet salmon sandwich, mangkuk berisi lobster soup dan sebotol kecil ginger ale di atas meja Nik.

 
 
Thanks Nora,” ujar Nik lalu memberi senyuman kepada setiausahanya Nora. Nora tahu akan citarasanya. Sekiranya dia mahukan lunch ringkas. Nora akan memesankan sandwich buatnya.

 
 
Salmon sandwich!! You ingat tak I buatkan you salmon sandwich dulu??? Eversince that time you suka dengan sandwich yang I buat!,” ujar Lia tersenyum bila dia mengimbas kembali kenangan lalu. Perbuataan gilanya pada suatu ketika dahulu. Dia suka mengusik Nik kerana dia tahu Nik pasti melayan karenahnya yang mengakal itu.

 
 
Lia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Dia sudah terlewat. Pasti Nik akan bertambah marah padanya jika dia lewat nanti. Luggagenya masih berada di rumah.

 
 
Oh gosh dah lambat, Bye sayang! I balik dulu, see you soon!,” ujar Lia lalu mencium pipi Nik perlahan sebelum keluar dari pejabat Nik.

 
 
Nik meletak belen separuh sandwichnya di atas pinggan. Dia mencapai napkin lalu mengelap mulutnya perlahan. Seleranya tiba-tiba hilang. Perutnya tidak terasa lapar lagi. Dia meletak pinggan itu di atas dulang yang disediakan.

 
 
Nik mencapai passportnya lalu membuka ke muka surat di mana terdapat custom stamp immigration di Italy. 15 December 2012. Fikirannya kembali ke 2 tahun lepas pada tarikh 18 December 2012.

 
18 December, 2012
 
                        Nik dan Lia melangkah masuk ke satu kedai ke satu kedai barang cenderahati yang terdapat di Venice. Mereka hendak mendapatkan cenderahati buat keluarga di Malaysia. Setelah puas meneroka kedai-kedai cenderahati yang terdapat di situ, mereka berjalan menuju kearah restoren berdekatan kerana perut sudah terasa lapar minta diisi.
 
                        Setelah memesan makanan mereka duduk menikmati keindahan pemandangan yang terdapat di Venice. Boat taxi dan gondola sibuk berulang alik di hadapan restoren mereka.
 
                        Nik mencapai tangan Lia. Lia tersentak bila tangannya di sentuh kerana dia terlalu asyik memandang kearah gondola-gondola yang berulang alik dihadapannya terdapat pelbagai rupa dan di hias cantik.
 
                        “Sayang nanti kita gondola ok?,” ujar Lia lalu memandang wajah Nik. Melihat keseronokkan mereka-mereka yang menaiki gondola. Dia juga teringin mahu naik sama. Bukan Lia tidak pernah menaiki gondola sebelum ini. Dia pernah sendirian. Dia teringin naik bersama suami yang tercinta.
 
                        “Gondola? Tak payahlah sayang…, sama macam naik sampan aje tak ada bezanya!,” ujar Nik lalu tersenyum bila isterinya mahu menaiki gondola.
 
                        “Macam sampan you kata sayang???,” jawab Lia dengan wajah tidak percaya bila Nik mengatakan naik gondola sama macam naik sampan.
 
Eii sungguh tak glam langsung. Ini gondola mana sama macam sampan. Lagipun si pendayung sampan kebanyakkannya dari pria-pria yang tampan belaka dan harga menaiki gondola bukannya murah seperti menaiki sampan.
 
“Oklah sayang, kita naik lepas ni, tapi you kena janji jangan buat kerja tak senonoh lagi,” ujar Nik memujuk Lia.
 
“Kerja tak senonoh??,” jawab Lia dengan wajah hairan. Kerja tak senonoh apa yang pernah dia buat dahulu.
 
“Terjun dalam air! If you tak sayangkan I, you buat lagilah perkara seperti itu, nescaya suami you akan pendek umur,” ujar Nik tersenyum memandang Lia. Prank yang Lia pernah kenakan padanya dahulu hampir sahaja membuatkan dia terkena serangan jantung.
 
“Oh perkara itu, kan I dah minta maaf dari you dear? I janji tidak akan menyusahkan you sayang kerana I love you so much and I don’t want to lose you,” jawab Lia lalu mencium tangan suaminya perlahan.
 
“Alhamdullilah…,” jawab Nik tersenyum lega tanpa mengulas panjang.
 
“Itu aje? Eii…I sayang you tapi you tak sayang I!,” jawab Lia dengan nada merajuk bila Nik cuma mengucapkan Alhamdullilah dan tidak mengatakan perkara yang sama bahawa dia cintakan dirinya. Nik terlalu kedekut untuk meluahkan kata-kata romantis seperti itu kepadanya.
 
Nik tetawa kecil bila Lia merajuk lagi dengannya.
 
“Mana you tahu I tak sayang?,” ujar Nik bila Lia merajuk kerana dia tidak mengucapkan kata sayang padanya.
 
“Habis you tak pernah ucapkan kata-kata romantis pada I,” ujar Lia lalu menjeling.
 
Nik tidak membalas dia hanya mendiamkan diri sahaja, membuatkan hati Lia bertambah marah kerana dia sengaja buat tidak faham akan maksud Lia tadi. Lia mahu dia mengucapkan kata-kata romantis kepadanya.
 
Mereka berdua terkejut bila seseorang mencapai bag tangan Lia yang berada di atas meja terus melarikan bag Lia. Lia menjerit terperanjat kerana ia berlaku dengan pantas. Nik pula tidak berfikir panjang lalu bingkas bangun dan mengejar orang mengambil bag tangan Lia.
 
Lia menjerit memanggil Nik bila lelaki itu mengejar orang yang mengambil bagnya kerana pada Lia tiada apa yang berharga dalam bag itu kerana ia hanya terdapat beberapa keping duit Euro dan make-upnya sahaja. Handphonenya ada di dalam jaket yang dipakainya. Jadi Nik tidak perlu mengejar mendapatkan bagnya kembali. Dia lebih khuatirkan akan keselamatan Nik.
 
Lia mengejar di belakang Nik sehingga mereka tiba di belakang lorong di mana Nik berjaya menangkap pencuri itu dan di lihat pencuri itu cuba mencederakan Nik kerana ketika Nik merampas bag tangannya dari tangan lelaki itu. Lelaki itu telah melepaskan tumbukan ke muka Nik dan Nik tidak sempat mengelak lalu terjatuh akibat impak tumbukan lelaki itu dan Nik terbaring di atas jalan raya.  
 
“NIK!!!,” jerit Lia sebelum pencuri itu melakukan apa-apa ke atas diri Nik. Lelaki itu berlari meninggalkan Nik bila Lia memekik kuat.
 
Dalam keadaan cemas Lia berlari mendapatkan Nik. Lelaki itu kelihatan terbaring diam dan tidak bergerak.
 
“Ya Allah Nik!,” ujar Lia panic lalu mengoyang-goyangkan badan Nik bila lelaki itu tidak sedarkan diri.
 
“Sayang!! Bangun!!,” ujar Lia lalu menekapkan telinganya ke dada Nik untuk mendengar denyutan jantungnya. Airmatanya mula mengalir di pipi. Dia merasa benar-benar cemas dan takut akan kehilangan Nik.
 
I sanggup bergadai nyawa untuk you sayang! Itulah tanda kasih sayang I pada you,” ujar Nik perlahan lalu membuka matanya.
 
Lia menoleh kearah Nik yang kelihatan tersenyum memandang wajahnya. Nik bangun lalu duduk menyandarkan badannya di dinding. Dia tersenyum memandang wajah Lia, isterinya kelihatan benar-benar cemas tadi.
 
“Eii tak guna! I hate you for doing that! It’s not funny ok!,” ujar Lia lalu menampar dada Nik berkali-kali bila lelaki itu cuba mengenakannya dan berpura-pura pengsan tadi sedangkan dia benar-benar cemas tadi.
 
I’m sorry sayang, begitulah perasaan I bila you terjun dalam air laut tempoh hari!,” ujar Nik tersenyum lalu menyapu air mata isterinya perlahan. Wajah cantik Lia di pandang dengan penuh kasih sayang. Benar, dia jarang mengucapkan kata cinta yang romantic kerana dia mahu isterinya mengerti akan perasaan cintanya terhadap dirinya dari perbuatan dan bukan hanya pada kata-kata.
 
It’s not fairI cuma bergurau sahaja dengan you that time, it’s not the same!,” marah Lia bila Nik sengaja mahu membuatkan dia sakit jantung tadi.
“I pun bergurau dengan you..so we are even!,” ujar Nik tersenyum lagi.
 
Don’t EVER!..EVER!..EVER! do that again to me ok sayang! Promise!,” ujar Lia lalu menarik tangan Nik untuk bangun.
 
“Insya Allah!,” jawab Nik lalu tersenyum. Lia mencubit pinggang Nik bila lelaki itu mahu bergurau dengannya lagi.
 
Nik menyambut huluran tangan Lia lalu menyerahkan bag tangan kepadanya. Dia memeluk pinggang Lia dan mereka berjalan menuju kearah restaurant semula.
 
I tak ada mood nak makan lagi!,” ujar Lia lalu memeluk pinggang Nik. Seleranya terbantut kerana kejadian tadi.
 
“Janganlah begitu sayang! Abang dah tak ada tenaga main drama tadi dengan budak Raoul tu!,” ujar Nik dengan wajah selamba.
 
“Main drama??,” ujar Lia lalu menoleh memandang wajah Nik. Siapa Raoul?
 
“Eh tak? Cantik kan lorong kat sini? Banyak juga kedai-kedai kecil di sini,” ujar Nik sengaja menukar topic kerana dia sudah terlepas kata dan menunjuk Lia kearah deretan kedai-kedai yang terdapat di situ.
 
“Sayang!,” ujar Lia lalu berhenti melangkah kerana dia tidak faham akan maksud Nik.
 
You just got punked!,” jawab Nik cuba menahan senyum. Dia mengupah Raoul semasa isterinya sedang leka melihat kea rah gondola-gondola dan dia bercadang hendak memberikan isterinya kejutan.
 
You are bad!,” ujar Lia geram lalu mencubit pipi Nik bila dia menyedari semua itu adalah rancangan Nik untuk mengenakannya. Dia tidak sangka sama sekali Nik juga kreatif sepertinya dalam mengenakan prank kerana prank Nik menjadi.
 
 
bersambung.....           

 

 


No comments:

Post a Comment