Wednesday 11 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 35


 
 
 
 

ZARA duduk di bangku berhadapan bangunan tempat dia menghantar sandwich siang tadi. Sesekali dia melirik ke arah jam di tangannya. Zara merasa resah gelisah. Dia yakin waktu begini, waktu pekerja-pekerja office pulang ke rumah. Dia berharap benar lelaki yang di temui tadi tidak bekerja lebih masa agar dia dapat bertemu dengan lelaki itu.

 
 
Zara bangkit lalu berjalan mundar mandir di hadapan bangku yang dia duduki kerana tidak sabar menunggu. Dia merasa tidak senang hati jika dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa dia harus bertemu dengan lelaki itu.

 
 
Sepulangannya ke Café. Zara memberitahu auntie Anna dan pembantu kedainya bahawa dia mahu mengambil cuti setengah hari kerana ingin menguruskan hal peribadi. Auntie Anna tidak banyak bicara lalu membenarkan Zara mengambil day off.

 
 
Zara duduk di bangku semula memandang kearah bangunan di hadapan, bila terdapat beberapa orang lelaki berpakaian pejabat keluar dari bangunan tersebut. Zara kenal akan rupa salah seorang diantara mereka itu adalah lelaki yang mahu di temui. Zara bangkit dari bangku lalu berlari mengejar lelaki itu sebelum dia meninggalkannya jauh.

 
 
Signore! Signore Dante!,” jerit Zara di belakang lelaki itu.

 
 
Lelaki itu berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang bila menyedari seseorang memanggil namanya.

 
 
Si,” jawabnya bila wanita delivery dari Anna Café yang di temui siang tadi memanggilnya.

 
 
Hai detto che il tuo amico ha perso la moglie in un incidente avvenuto nel dicembre del 2012? Voglio sapere di più della tua storia amico, perché io sono una delle vittime dell'incidente che è sopravvissuto dalla bomba! (You said your friend lost his wife in the accident happened on December 2012? I want to know more of your friend story, because I'm one of the accident victim who survived from the bomb!),” ujar Zara dengan wajah ingin tahu.

 
 
Dia tidak tahu kenapa dia memerlukan bantuan lelaki itu kerana dia dapat merasakan bahawa lelaki itu dapat memulihkan ingatannya sedikit sebanyak tentang kejadian itu dari cerita temannya. Kerana lelaki itu memberitahunya bahawa teman baiknya turut terlibat dalam kemalangan dan temannya terselamat. Dan jika boleh dia mahu bertemu dengan temannya.

 
 

Zara hanya sedar sebulan selepas kejadian itu berlaku, kerana kecederaan di kepalanya agak teruk dan dia berada di dalam keadaan koma. Selepas dia tersedar dari koma, dia tidak dapat mengingati apa-apa. Siapa namanya dan siapa keluarganya kerana menurut doktor yang merawatnya. Otaknya mengalami gegaran yang teruk dari impak kemalangan itu maka disebabkan kecederaan itu, dia mengalami Retrograde amnesia. Dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum kemalangan.


 
 

What accident?? You mean the Santa Lucia Station??,” ujar Dante dengan wajah terperanjat bila wanita itu mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di Santa Lucia Station. Adakah ini kebetulan? Mana mungkin orang yang kelihatan seperti Lia terlibat dalam kemalangan yang sama?


 
 

What is your name?,” tanya Dante lalu memandang wajah wanita itu.


 
 

People call me Zara,” jawab Zara perlahan. Dia merasa tidak selesa menyebut nama itu kerana dia tahu itu bukanlah namanya yang sebenar, kerana dia masih tidak dapat mengingati namanya sendiri.


 
 

Namun dia tidak mahu memberitahu lelaki yang tidak dikenali itu bahawa dia telah hilang ingatan selepas kemalangan, kerana dia mengikut nasihat Haider jangan memberitahu orang yang tidak dikenali mengenai kekurangannya, kerana khuatir orang itu akan berniat tidak baik terhadap dirinya.


 
 

For a moment you almost give me a heart attack!!!,” jawab Dante bila menyedari wanita itu bukan seperti yang dia fikirkan, kerana temannya yang bernama Lia sudah meninggal dunia.


 
 

Why would you said that?,” tanya Zara bila lelaki itu mengatakan dia hampir membuatkannya terkena serangan jantung. Apa maksudnya?


 
 

No!..At first I thought you are she! But then again, you said your name is Zara so- ah just forget about it!,” ujar Dante lalu duduk di bangku berdekatan.


 
 

Tiba-tiba dia merasa sebak kerana jika wanita yang berada di hadapannya itu adalah Lia. Saat itu juga dia akan memberitahu Nik bahawa Lia masih hidup dan berada di hadapannya. Dia tahu temannya itu menderita bila mendapat tahu bahawa isterinya yang tercinta sudah meninggal dunia.


 
 

Temannya Nik mengalami Post traumatic stress disorder selepas kemalangan itu. Dan lama juga Nik menjalani terapi untuk kembali stabil dan normal seperti dahulu. Namun perangai Nik benar-benar berubah di sebabkan kemurungan dan trauma yang dia alami.


 
 

Walaupun Nik kini sudah beransur pulih dan dapat menerima hakikat bahawa Lia tiada, namun dia tahu Nik masih tidak dapat melupakan Lia kerana Lia cinta sejatinya.


 
 

Can I meet your friend?,” ujar Zara lalu memandang wajah lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa dia teringin sekali bertemu dengan teman lelaki itu. Hati kecilnya mengatakan bahawa dia harus bertemu dengan teman lelaki itu.


 
 

I don’t think it is possible Zara..I don’t want him to suffer anymore..I’m truly sorry! I can’t help you!,” jawab Dante lalu bangun dari kerusi berjalan meninggalkan Zara.


 
 

Bukan dia tidak mahu membantu wanita itu. Dia tidak sanggup menemukan Nik dengan Zara kerana khuatir ianya akan menambah kedukaan di hati Nik. Cukuplah dengan penderitaan yang Nik tanggung selama ini. Biar Nik jalani hidup yang baru dan hidup bahagia.


 
 

Zara hanya mampu berdiri terkulat-kulat bila lelaki itu mengatakan dia tidak dapat membantunya. Airmatanya mengalir perlahan kerana lelaki itulah satu-satunya harapan yang dia ada. Tapi lelaki itu tidak dapat membantunya membuatkan Zara bertambah kecewa dan sedih.

 

 

 

bersambung.....

 

 

 

 

 


2 comments:

  1. Excited! Tak sabar nak tnggu dia dapat bertemu dgn nik; )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya excited..saya pun excited sendiri masa menulis ni haha. Tak sabar hendak menemukan Nik dengan Zara Lia.

      Delete