Wednesday 18 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 39







                          NIK melipat sejadah. Dia menanggalkan songkoknya lalu di letakkan di atas sejadah. Nik bangun lalu berdiri di tingkap. Dia melemparkan pandangan ke arah luar jendela. Fikirannya menerawang jauh. Pertemuannya dengan Zara siang tadi memberinya sinaran baru dalam hidupnya. Hatinya kini merasa tenang setelah sekian lama dia tidak merasakannya.



Sungguhpun dia tidak dapat meramal apa yang akan dia perolehi dari hubungan dia dengan Zara. Apa yang pasti, pertemuannya dengan Zara seakan memberinya suatu harapan. Mungkin Zara penganti Lia untuknya. Dia sendiri tidak tahu.



Semasa Zara tidak sengaja menyentuh tangannya ketika dia membuat bayaran. Dia dapat melihat wajah Zara kelihatan terperanjat seolah-olah dia merasakan sesuatu. Nik turut dapat merasakan namun dia tidak mahu membuat andaian apa-apa.



                        Jika benar Zara itu isterinya Lia. Apa yang telah berlaku ke atas diri Lia? Kenapa Lia tidak kembali ke pangkuannya semula? Dia mencari Lia di serata Rome. Dia membuat report di balai polis Rome dan Di Ministry of Foreign Affairs, Embassy of Malaysia, Bucharest. Semua mengatakan tiada wanita yang bernama Natalia Binte Ariffin yang mereka temui atau melaporkan diri.



Hampir 3 tahun Nik cuba menjejaki Lia. Semua Nik lakukan sendiri tanpa pengetahuan keluarganya kerana naluri hatinya mengatakan bahawa isterinya masih hidup.



Malah Nik meminta bantuan dari teman baiknya Dante untuk mencari Lia kerana Nik tidak berada di Rome. Nik tidak pernah berhenti mencari Lia sehinggalah hari ini, dia berhenti berharap dan redha dengan ketentuaan Allah. Nik mula sedar jika Lia bukan miliknya, walau seribu tahun dia mencari, Lia tidak akan kembali kepadanya.



Lawatannya ke Trevi Fountain siang tadi adalah untuk kali terakhir buatnya, dia mahu meninggalkan kenangannya bersama Lia disitu. It’s a Closure. Walaupun berat untuk dia berbuat demikian kerana Nik masih cintakan Lia dan cintanya masih mendalam, Nik sedar dia harus kuatkan diri.



Lia akan tetap dikenang dan sentiasa didalam doanya. Nik merasakan sudah tiba masanya untuk dia teruskan kehidupannya tanpa Lia di sisi dan menerima kenyataan Lia tidak akan kembali. Nik tidak pernah putus berdoa ke hadrat illahi agar Allah permudahkan urusannya. Jika jodohnya masih ada, jodoh pasti bertemu, dia tidak akan mencari Lia lagi dan dia serahkan nasibnya pada takdir.



                        Dan pertemuan yang tidak disangka dengan wanita yang kelihatan seperti Lia tadi adakah tanda dia akan bersama dengan Lia semula? Walaupun dia tidak pasti wanita itu adalah Lia dan Nik pula tidak mahu terlalu berharap kerana dia tidak mahu merasa kecewa jika wanita itu bukan isterinya dan wanita itu hanya pelanduk 2 serupa. Seperti apa yang selalu dia doakan. Jika ada jodohnya, dia pasti bertemu dengan Lia semula. 



                        Nik berjalan menuju kearah meja lalu mencapai handphonenya. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Dante, dia berjanji akan bertemu dengan Dante setiap kali dia ke Rome sudah lama dia tidak mendengar perkhabaran berita Dante. Kali terakhir mereka berbalas email. Dante mengatakan dia mahu berkahwin dan mahu Nik menjadi salah seorang groomsmennya.



                        Welcome Back my friend! See you tomorrow! balas Dante.



                        Nik meletak handphonenya di meja sisi lalu berbaring di atas katil dia mengiring badannya ke kiri.



                        Thanks sayang! I know it’s hard, but you have to moved on sayang! This will be the last time you see me! Take care sayang and I will always love you!,” ujar Lia lembut lalu membuahkan senyuman kepada Nik. Tangannya membelai wajah Nik perlahan.



                        Nik hanya diam memandang wajah Lia yang sentiasa hidup di dalam halusinasinya setiap kali dia rindukan isterinya. Seakan-akan Lia masih ada dan selalu menemaninya. Dan Nik merasakan sudah tiba masanya dia hentikan kebiasaannya kerana dia mahu meneruskan hidup tanpa bayang-bayang Lia.



                        I will always Love you Natalia!,” jawab Nik perlahan lalu meletak tangannya di katil yang kosong. Lia tiada lagi di situ. 
 
 
 

24 January 2014, Ninfea Medical, Hospital
 
                        Dr. Haider datang menghampiri katil wanita yang baru sedar, setelah hampir 3 bulan wanita itu berada di dalam keadaan koma. Wanita itu kelihatan termenung memandang kearah tingkap. Dia tahu wanita itu dalam keadaan keliru dan  bingung kerana dia tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Tiada siapa yang datang mengunjungi wanita itu kerana mereka tidak dapat menghubungi waris wanita itu.
 
 
                        Hello! How are you today Signora? Have you eaten?,” tegur Haider perlahan.
 
 
                        Wanita itu menoleh memandang wajah lelaki yang menegurnya lalu mengelengkan kepala perlahan kerana dia tidak lalu makan. Dia tidak dapat mengingati apa-apa mengenai dirinya. Semua orang yang berada di sekelilingnya terlalu asing di matanya. Dia tidak kenal pada semua orang yang berada di hospital. Tiada wajah-wajah biasa yang dia lihat.
 
 
                        You must eat! How are you going to get well if there’s no nutrition in your body?,” ujar Haider dengan nada memujuk. Semalam dia tidak menganggu wanita itu kerana dia memberi wanita itu masa untuk berehat setelah dia sedar dari koma.
 
 
                        I just want to know what happened to me?,” ujarnya lalu memandang wajah lelaki itu. Dia enggan berbual dengan sesiapa melainkan lelaki yang pertama dia lihat ketika dia sedar.
 
 
                        Haider meletak clipboard wanita itu di tempatnya semula, lalu mencapai kerusi yang ada berdekatan. Dia tempatkan kerusi itu di sebelah katil wanita itu lalu duduk.
 
 
                        Do you remember anything about the accident?,” tanya Haider lalu memandang wajah wanita itu.
 
 
                        I don’t remember anything! I can’t even remember my name?, Aku tak tahu siapa diri aku!,” ujar wanita itu dengan wajah kecewa. Airmatanya mengalir laju.
 
 
Dia tidak mengerti mengapa dia tidak dapat mengingati apa-apa dan dia tidak tahu kenapa dia terlantar di hospital. Semalam lelaki itu mengatakan dia terlibat dengan kemalangan maka dia berada di sini. Jika benar dia kemalangan. Dia kemalangan di mana dan dia terlibat dengan kemalangan apa? Dia tidak mempunyai keluarga? Kenapa tiada seorang pun yang datang mencarinya?
 
 
                        Lelaki itu hanya mendiamkan diri, bila wanita itu dalam keadaan emosi kerana dia tidak dapat mengingati apa-apa. Dia bersimpati pada pesakit wanita itu. Dia tahu wanita itu akan merasa begitu bila dia sedar dari koma, kerana dia telah mendapat report bahawa wanita itu cedera di kepala.
 
 
Dan dia telah berkerjasama dengan doctor pakar neurologist yang merawat wanita itu kerana kecederaan yang terdapat di kepala wanita itu. Doktor yang merawatnyanya mengatakan dari scan yang telah di buat ke atas otaknya wanita itu mengalami amnesia dan dia sedia maklum akan situasi wanita itu.
 
 
                        “Zara!,” ujar Haider lalu memandang wajah wanita itu.
 
 
                        Wanita itu menoleh memandang wajah lelaki itu bila dia menyebut nama Zara.
 
 
                        It’s that my name??,” tanya wanita itu.
 
 
                        No! But Zara suits you! Zara Lia!,” ujarnya lalu tersenyum.
 
 
Dia suka nama Zara. Nama itu dia dapat dari seorang pesakit yang pernah di rawatnya dahulu. Zara seorang wanita yang cantik dan seorang wanita yang mempunyai semangat yang kuat.
 
 
Sungguhpun dia menghidap kanser, Zara tidak pernah berputus asa untuk meneruskan sisa kehidupannya. Dia berikan nama itu kepada pesakitnya kerana dia mahu wanita itu menjadi seperti Zara yang dikenali seorang wanita yang tabah. Dan Lia pula adalah nama anak saudaranya.
 
 
Wanita itu berbaring di katilnya lalu melelapkan matanya semula kerana kepalanya terasa sakit bila dia terlalu memikirkan tentang dirinya. Dia mahu jika dia buka mata semua mimpi ngeri akan pergi dan dia dapat mengingati siapa dirinya.
 
 
bersambung.....






No comments:

Post a Comment