Wednesday 18 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 37








NIK berdiri berdekatan Trevi Fountain, dia mengimbas kembali kenangannya bersama Lia di Fountain ini. Jika teman sekerjanya Dante tidak memberitahunya tentang seorang wanita berbangsa asing yang berkelakuan pelik berada di dalam Fountain 3 tahun lepas, mungkin juga dia tidak akan bertemu dengan Lia. Sudah tertulis dia akan bertemu Lia di sini setelah 10 tahun mereka tidak bersua muka.



Setelah dia mengenali dan mula rapat dengan Lia. Dia mendapat tahu bahawa Lia mengidap penyakit Histronic Personality Disorder Symptoms sama seperti penyakit adik kesayangannya.



Pengidap penyakit ini, sentiasa mahukan perhatian dari orang yang disayangi. Dia baru mengerti mengapa Lia selalu mencari masalah dengannya di sekolah dahulu. Lia mahukan perhatian darinya kerana Lia suka padanya. Dan ketika itu, dia tidak pernah terfikir bahawa Lia suka padanya, kerana dia menyangka Lia benci padanya maka Lia sentiasa mencari masalah dengannya. Namun setiap perbuatan nakal Lia dia mampu bersabar. Dan Lia seakan tahu dia akan melayannya kerana dia cukup bersabar dengan perangai Lia dahulu.



Sudah tertulis jodohnya dengan Lia. Hanya jodohnya tidak panjang kerana Allah lebih menyayangi Lia.



Sehingga kini setelah 3 tahun Lia meninggalkannya. Cintanya terhadap Lia masih segar di sanubarinya dan dia masih sayangkan wanita itu.



Lia sentiasa di hatinya. Tiada wanita lain yang dapat mengantikan tempat Lia. Walaupun Lia tiada lagi di sisinya. Wanita itu tetap di rinduinya. Dan oleh kerana itu, dia tidak pernah lupa akan janjinya pada Lia untuk ke Rome setiap hari ulangtahun perkahwinan mereka. Nik akan ke Rome sendirian mengimbas kembali memori indah dia bersama Lia. Kerana itu yang dia ada untuk mengingati Lia.



Remember the stunt yang I buat kat Trevi Fountain dulu? Cute right?,” ujar Lia lalu memeluk lengan Nik mesra. Turut memandang ke arah Trevi Fountain.



Nik tersenyum sendiri bila mengingati kisah lucu yang berlaku di sini 3 tahun yang lalu. Tapi itu hanya tinggal kenangan. Kenangan dia bersama Lia.



Nik mengeluh kecil. Sungguhpun Lia tiada. Dia dapat merasakan bahawa isterinya dekat dengannya. Lia sentiasa hidup dalam dirinya. Dan kerana itu juga dia tidak dapat menerima kehadiran Dania kerana Lia sentiasa berada dihatinya.



Sedih dan kecewa bagaimanapun dia harus teruskan hidupnya tanpa Lia di sisi. Dia harus redha dengan ketentuaan Allah.



Setelah dia merasa puas, Nik berjalan perlahan menuju kearah Café yang berdekatan dengan Fountain tersebut. Café yang pernah dia duduki dahulu bersama Lia setelah dia menyelamatkan Lia dari polis Rome. Kebetulan tempat duduk yang mereka duduki dahulu tidak dihuni sesiapa. Nik memilih meja itu lalu duduk.



Spiacente Signore se volete ordinare qualcosa che devi venire al bancone. Non abbiamo abbastanza personale in questo momento!,” (Sorry Sir if you want to order something you have to come to the counter. We don't have enough staff at the moment!) ujar lelaki itu lalu membersihkan mejanya.



Verrò dentro a fare per poi,” (I will come inside to make order then) jawab Nik lalu bangun dari kerusi.



Dia berjalan menuju ke arah pintu Cafe lalu menolak perlahan. Benar apa yang di kata lelaki itu. Keadaan dalam Cafe ramai pelanggan dan hanya beberapa orang pekerja sahaja yang ada. Nik menyertai barisan pelanggan yang ingin membuat pesanan di kaunter.



Dia melihat menu yang terdapat di atas kaunter tersebut kerana tidak tahu mahu memesan makanan apa. Kerana Cafe itu sudah di tukar milik. Dan pemilik barunya masih mengekalkan konsep Cafe seperti dahulu. Hanya Cafe ini dimiliki oleh orang muslim kerana terdapat tanda halal di pintu dan dalam Cafe tersebut.



Nik mencapai sekeping menu yang di letak berhampiran kaunter. Matanya sibuk meninjau salad yang di kaunter dan sandwich filing sehingga tibalah gilirannya untuk membuat pesanan.



Posso avere il panino salmone affumicato con un cappuccino! Grazie!,” (Can I have the Smoked Salmon sandwich with a cappuccino! Thanks!) ujar Nik lalu memandang wajah pekerja wanita di kaunter itu.



Nik berdiri terpaku menu di tangannya terjatuh di lantai sebaik sahaja dia terpandang wajah wanita itu. Wanita itu mengbongkokkan badannya lalu mencapai menu yang berada di lantai lalu diletakkan semula di kaunter.



Cenate in o togliere signore?,” (Dine in or take away sir?) ujar wanita itu lalu memandang wajah lelaki yang diambil pesanan.



Lelaki itu hanya berdiri kaku memandang wajahnya tanpa berkedip.



Signore? Signore?,” (Sir? Sir?) tegur wanita itu bila lelaki itu tidak mendengar pertanyaannya kerana wajahnya kelihatan terperanjat.



“Lia....! NATALIA!!!,” ujarnya dengan nada tidak percaya.



Betulkah matanya tidak bermain-main dengannya dan dia tidak berhalusinasi. Adakah benar wanita yang berdiri di hadapannya itu serupa seperti wajah arwah isterinya Natalia?



“Mi dispiace signore! Credo che si ottiene la persona sbagliata!,” (I'm sorry Sir! I think you got the wrong person!) jawab wanita itu bila pelanggan itu menyebut nama yang tidak di kenali.



“Kamu bukan Lia??? Betul bukan??,” ulang Nik lagi kerana dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan bahawa ada wanita lain yang kelihatan serupa benar seperti arwah isterinya Lia.



“Awak melayu?,” ujar wanita itu terperanjat bila pelanggannya bisa berbicara bahasa melayu. Zara menoleh ke arah Haider yang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu memandang wajah Zara dengan wajah pelik bila Zara kelihatan serba salah tiba-tiba. Zara menoleh ke arah pelanggannya semula.



I take it as you dine in Sir! Total would be Euro 23!,” ujarnya dalam keadaan tidak selesa lalu menekan mesin cashier di hadapannya. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya bila lelaki itu masih memandang ke arahnya tanpa berbuat apa-apa.



Menyedari kesilapannya. Nik menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan Euro 50 dan menyerahkan note itu kepada wanita di kaunter kerana dia tidak mahu mencari masalah dengan wanita itu. Mungkin kerana dia terlalu merindui arwah isterinya maka dia menyangka wajah wanita yang berada di belakang kaunter itu mirip wajah isterinya.



Zara menyambut duit dari tangan lelaki itu dan tidak tersengaja tersentuh tangan lelaki itu ketika dia mahu memulangkan baki duit lelaki itu.



Zara tidak melepaskan tangan lelaki itu kerana dia merasakan sesuatu ketika tangan mereka bersentuhan lalu memandang wajah lelaki itu. Hatinya tiba-tiba berdebar laju. Siapa lelaki itu? Kenapa dia merasa berdebar-debar bila tersentuh tangannya.
 
 
 
 
bersambung.....
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment