Wednesday 11 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 36


 
 
 
 

23 January 2014, Ninfea Medica, Hospital

 

                     Kedengaran bunyi mesin dan titisan air dari tube mengalir ke dalam saluran darahnya. Dia membuka matanya perlahan lalu menoleh ke arah kanan, terdapat katil dan seorang wanita terbaring seperti dirinya. Dia di mana? Dia ingin bangun namun badannya terasa lemah dan kepalanya terasa perit.


 
 

                        She awake?,”


 
 

                        Dia menoleh kearah suara itu. Seorang lelaki berbaju biru cair berlengan panjang datang menghampirinya. Lelaki itu mengeluarkan medical pocket light dari poketnya lalu di halakan kearah anak matanya pesakitnya.


 
 

                        Dia masih tidak mampu berkata apa kerana merasa bingung dan tidak tahu apa yang telah berlaku. Dan mengapa dia berada di tempat yang begitu asing.


 
 

                        Signora can you hear my voice??,” tanya lelaki itu lembut lalu memandang wajah pesakitnya kerana wanita itu hanya diam sahaja sebaik dia sedar.


 
 

                        Dia dengar lelaki itu bertanya padanya, namun bibirnya tidak mampu bergerak menjawab pertanyaannya.


 
 

                        If you can hear me, please response??,” ujar lelaki itu lagi bila persakitnya tidak bergerak hanya sepasang matanya sahaja memandang wajahnya tanpa berkedip.


 
 

                        Dia mengerakkan jarinya perlahan menandakan dia dengar suara lelaki itu, tapi dia tidak mampu berbicara kerana keadaannya masih lemah dan tidak bermaya sama sekali. Sehingga hendak membuka mulut pun sukar baginya apatah lagi bahagian lain di badannya.


 
 

                        Lelaki itu memandang kearah jari wanita itu. Wanita itu mengerakkan jarinya perlahan.


 
 

                        Good!,” ujarnya lalu tersenyum. Lelaki itu menulis sesuatu di clipboard yang terdapat di katilnya. Dia meletakkan eartip stethoscopes di telinganya lalu memeriksa denyutan jantung pesakitnya.


 
 

                        Dia cuba mengerakkan tangannya perlahan. Dia mahu tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya dari lelaki itu. Dia menarik baju lelaki itu perlahan.


 
 

                        Lelaki itu menoleh kearah pesakitnya bila terasa bajunya di tarik. Dia membuahkan senyuman kepada pesakitnya. Dia merasa bersyukur pesakitnya itu telah sedar dari koma setelah sebulan lamanya dia berkeadaan begitu.


 
 

Sekurang-kurangnya dia dapat menghubungi waris wanita itu kerana tiada sebarang dokumen identity yang ditemui pada wanita itu. Dan pihak hospital tidak dapat menghubungi keluarga wanita itu.


 
 

You are in the hospital! I’m Dr. Lorenzo. We can chat more when you are feeling better! But right now.., I need you to rest and the nurse will take care of you,” ujar Dr. Haider lalu tersenyum. Dia tahu wanita itu merasa keliru dan ingin tahu di mana dia berada.


 
 
 

Wanita itu terlibat dengan kemalangan pengeboman di Santa Lucia Station sebulan yang lalu. Ramai mangsa yang terkorban. Wanita itu bernasib baik kerana terselamat dari maut. Dan oleh kerana terlalu ramai mangsa yang terlibat dalam kecelakaan itu, sebahagian dari mereka yang tercedera di pindahkan ke hospital lain.


 
 

Pesakitnya menganggukkan kepalanya perlahan. Airmatanya mengalir perlahan. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas dirinya sehingga dia berada di hospital kerana dia tidak dapat mengingati apa-apa.


 


****


 
 

                        Haider mengerutkan dahinya bila terpandang Zara sedang duduk berkhayal seorang diri di luar. Dia tidak tahu Zara berada di luar sehingga dia pergi mencarinya di sini. Apa yang di fikirkan wanita itu. Lama dia tidak lihat Zara bermenung sendirian.


 
 

                        Something bordering you Zara?,” tegur Haider lalu berdiri di sebelah Zara.


 
 

                        Zara tersentak bila Haider menegurnya.


 
 

                        Am I able to regain my lost memories Haider?,” tanya Zara sebak tanpa menoleh memandang wajah Haider. Dia cuba mengingati apa yang dia telah hilang namun sehingga kini dia tidak dapat mengingati satu pun. Adakah dia akan kehilangan memorinya terus.


 
 

                        Anything is possible Zara! Insha Allah!,” jawab Haider perlahan. Sebagai seorang Dr. dia sendiri tidak dapat menjanjikan apa-apa kepada Zara kerana Allah sahaja yang dapat membantu Zara.


 
 

                        “Tapi kenapa sampai sekarang, I masih belum dapat mengingati apa-apa?? Tiada satu pun perkara dalam hidup I, dapat I ingat selepas kemalangan itu Haider? Tiada satu pun?,” ujar Zara dengan wajah kecewa lalu duduk di kerusi.


 
 

                        “Sabarlah Zara,” pujuk Haider lalu menyentuh bahu Zara.


 
 

Dia tahu Zara bersedih dan kecewa kerana dia tidak dapat mengenali siapa dirinya. Dan dia bersimpati dengan nasib Zara. Dalam perkara ini, dia tidak mampu membantu Zara, hanya Zara yang dapat membantu dirinya sendiri.


 
 

I want to know who am I?? I want to know who is my family and what is my name? Am I single or married??,” jawab Zara dengan linangan air matanya kerana merasa kecewa.


 
 

Dia ingin tahu samada dia masih mempunyai ibu dan ayah. Siapa namanya? Dan adakah dia sudah mempunyai suami dan berkeluarga? Jika dia sudah bersuami siapakah suaminya? Pelbagai persoalan yang berada di fikirannya. Dan persoalan itu tidak mampu di jawabnya kerana dia tidak tahu.


 
 

“Mungkin ada hikmahnya kenapa you tak dapat mengingati siapa diri you Zara? You have to moved on, and why don’t you create a new memory with me? I will always here for you Zara,” ujar Haider lalu memegang tangan Zara.


 
 

Dia suka pada Zara. Dan Zara juga tahu bahawa dia suka padanya. Namun dia tidak mengerti mengapa Zara enggan menerima cintanya. Seolah-olah hati Zara sudah dimiliki seseorang. Namun Zara sendiri tidak pasti kerana dia tidak mengingati masa silamnya.


 
 

I can’t moved on without knowing my past Haider! I’m sorry, I can’t live with that, I will always try to find my memory back!,” jawab Zara lalu menarik tangannya perlahan.


 
 

Dia tidak dapat menerima cinta Haider kerana dia tidak dapat meneruskan kehidupan baru tanpa mengetahui masa silamnya. Dia berharap Haider faham dengan keputusannya.

 

Di Ospedale Civile, Hospital

 

LIA duduk di birai katil lalu membelai rambut Nik perlahan. Wajah suaminya dipandang dengan penuh belas.
 
 
“Sayang dah sedar!,” ujar Lia perlahan lalu tersenyum bila Nik membuka matanya menoleh ke arahnya. Nik segera mencapai tangan Lia lalu menciumnya perlahan untuk melepaskan rindu. Dia mimpi buruk semalam bahawa isterinya telah tiada.
 
 
“Sayang pergi mana tadi?? Abang cari sayang?,” ujar Nik lalu membelai wajah isterinya perlahan. Dia merasa bersyukur kerana isterinya berada dalam keadaan selamat.
 
 
Dia benar-benar rindukan Lia. Semasa dia sedar awal tadi isterinya tidak berada disisinya. Yang ada hanya ibu, ayah dan pak usunya. Bila ditanya dimana Lia mereka mengatakan Lia tak ada lagi.
 
 
“Lia tak ada disini abang?,” jawab Lia tersenyum.
 
 
“Lia pergi mana? Jangan tinggalkan abang sayang! Lia temankan abang di sini!” ujar Nik mengengam tangan Lia erat kerana tidak mahu berpisah dengan isterinya. Dia mahu isterinya menemaninya di sini.
 
 
“Abang kena jaga diri!,” ujar Lia tersenyum lagi.
 
 
“Abang hendak Lia jaga abang!,” ujar Nik dengan wajah bersungguh-sungguh. Dia mahu isterinya yang menjaganya bukan orang lain. Dia tidak sanggup berpisah dengan Lia.
 
 
“Abang…Lia tak ada disini, Lia hanya imiginasi abang, setiap kali abang rindu dan teringatkan Lia, abang akan nampak Lia,” jawab Lia tersenyum lagi.
 
 
“Imiginasi??? Mustahil? Kenapa Lia hendak berbohong dengan abang? Tadi ibu kata Lia tidak ada lagi, tapi Lia di depan mata abang!,” ujar Nik lalu menoleh kearah kanan mencari ibunya ingin menunjukkan bukti bahawa isterinya masih hidup dan berada di sisinya. Namun dila di toleh kearah Lia semula. Lia telah lenyap dan tidak lagi berada di sisinya seperti tadi.
 
 
“LIA!!! LIA!! Mana Lia!!!,” jerit Nik panik bila isterinya tiada. Dia cuba mahu melepaskan dirinya dan mahu mencari isterinya.
 
 
Nurse serta petugas hospital berlari ke katil Nik bila terdengar jeritan pesakitnya. Mereka cuba mententeramkan pesakitnya. Awal tadi pesakitnya telah diberi suntikan kerana dia bertindak aggressive. Pesakitnya asyik menjerit memanggil nama isterinya yang telah tiada.

 

 
 

bersambung.....

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment