Wednesday 18 May 2016

Jodoh Pasti Bertemu - Part 38







NIK duduk memerhatikan wanita yang mirip isterinya dari luar Cafe. Dia tidak tahu kenapa hati kecilnya mengatakan bahawa wanita itu adalah Lia isterinya, dan selama ini, dia tidak tersilap kerana dia merasakan bahawa isterinya Lia masih hidup dan tidak meninggal sepertimana keluarganya fikirkan.



Semasa jenazah Lia di kebumikan, Nik tidak berada sama kerana dia berada di dalam koma maka mereka tidak dapat menunggu sehingga Nik sedar.



Ibunya menyerahkan kepadanya jaket dan cincin pernikahan Lia yang di terima dari pihak hospital. Pihak hospital mengatakan jaket dan cincin itu yang terdapat di badan jenazah semasa mereka bertemu di tempat kejadian.



Nik tidak pernah percaya dan merasakan bahawa isterinya sudah tiada. Malah setelah dia sihat, Nik membuat laporan polis dan dia ke embassy memberi mereka maklumat mengenai isterinya. Malah Nik ke tempat-tempat Lia suka kunjungi dahulu berharap dia dapat bertemu dengan isterinya semula.



Namun keluarganya mengatakan perbuataan Nik hanya sia-sia kerana Lia sememangnya sudah tiada. Namun naluri hatinya yakin benar, bahawa jenazah yang di kebumikan itu bukan jenazah isterinya, tapi dia tidak dapat membuktikan kesahihannya kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa setelah jenazah sudah di kebumikan.



Tapi setelah dia bertemu dengan wanita yang menyerupai isterinya dia benar-benar yakin bahawa wanita itu adalah Lia. Tapi apa yang membuatkannya musykil kenapa wanita itu tidak terperanjat bila terpandang wajahnya tadi, jika wanita itu benar-benar Lia. Dan kenapa Lia tidak mencarinya semula?



Atau wanita itu pelanduk dua serupa? Fikiran Nik benar-benar sesak dan dia Nik tidak dapat memikirkannya secara logik lagi. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu menaruh harapan yang tinggi, kerana dia sudah mula dapat menerima kenyataan dan dia tidak mahu membebankan keluarganya lagi.



Nik tersentak bila wanita itu berada di hadapannya sedang dia sibuk memikirkan wanita itu.



“Maaf, Encik hendak tambah cappucinonya lagi? Atau saya boleh bersihkan meja Encik?,” ujar wanita itu lalu memandang wajah kacak lelaki melayu yang membuatkan dia merasa serba tidak kena tadi. Lelaki itu kelihatan termenung bila dia menegurnya tadi. Dia tidak pernah nampak lelaki itu ke Cafenya sebelum ini. Pelancong barangkali bisik hati kecil Lia.



Tadi, dia berharap benar lelaki itu tidak pergi kerana dia mahu bertemu dengan lelaki itu setelah kerjanya di kaunter selesai. Nasib menyebelahinya kerana lelaki itu duduk di luar cafenya dan masih lagi berada di situ.



Nik mengelengkan kepalanya perlahan lalu membuahkan senyuman kepada wanita itu. Nik menyedari suara wanita itu juga sama seperti isterinya.



Matanya tidak dapat mengelak dari terus memandang wajah wanita itu, perbuataannya itu membuatkan wanita itu merasa tidak selesa di perhatikan begitu.



“Encik sihat?,” tegur Zara bila sepasang anak mata lelaki itu tidak lepas dari terus memandang wajahnya.



Nik tetawa kecil bila wanita itu bertanya samada dia sihat. Dia sedar perbuataannya itu agak kurang sopan namun dia tidak mampu berhenti berbuat demikian kerana dia benar-benar rindukan isterinya. Dan memandang wajah wanita itu sedikit sebanyak mengubat rindunya terhadap Lia.



Not really!,” jawab Nik tersenyum lagi. Jika wanita itu bertanya samada dia sihat. Dia tidak benar-benar sihat sejak kehilangan isterinya. Dan dia masih merawat hatinya yang lara.



“Kalau Encik tidak sihat, saya ada teman yang kebetulan seorang doktor, mana tahu boleh merawat Encik!,” ujar Zara jujur bila lelaki itu mengatakan dia tidak berapa sihat. Mungkin juga lelaki itu tidak sihat, kerana ketika lelaki itu melihatnya tadi, wajahnya kelihatan sedikit pucat seolah-olah terlihat hantu lagaknya.



“Terima kasih! Penyakit saya tidak boleh dirawat oleh doktor!,” jawab Nik tersenyum lagi kerana hanya dia sahaja yang mampu merawat hatinya sendiri.



He’s a good doctor! Dia yang merawat saya dahulu,” ujar Zara lalu tersenyum. Mungkin lelaki itu tidak percaya padanya bahawa Haider seorang doktor yang berpengalaman.



Really! Saudari-,”



“Zara Lia,”



“ZARA LIA??,” ulang Nik sekali lagi merasa terperanjat sebaik sahaja wanita itu menyebut namanya. LIA? Adakah ini kebetulan? Wanita itu memiliki nama yang sama seperti isterinya Lia?



People call me Zara!,” ujar Zara lalu tersenyum.



I know it’s too much to ask from you, but can I call you Lia?,” ujar Nik lalu memandang tepat ke wajah Zara.



Zara memandang wajah lelaki itu lama bila lelaki itu mahu memanggilnya Lia dan bukan Zara. Dia seperti terasa sesuatu, bila lelaki itu mahu memanggilnya Lia. Seakan-akan dia pernah terdengar suara yang sama seperti lelaki itu memanggilnya dahulu.



“Jika awak keberatan tidak mengapa..,” ujar Nik bila wanita itu tiba-tiba terdiam bila dia berkata demikian. Dia tidak mahu wanita itu merasa serba salah dengan permintaannya.



It’s ok. You can call me Lia,” jawab Zara.



Dia tidak tahu kenapa dia mengizinkan lelaki itu memanggilnya Lia dan bukannya Zara seperti dia memberitahu orang lain yang mengenalinya. Sedangkan Haider memanggilnya ‘Zara’.



“Betul ni? Terima kasih, Lia! I’m sorry!, Astarfirullah Al Azim!,” ujar Nik perlahan bila dadanya merasa sebak bila dia menyebut nama Lia tadi. Dia cuba mengawal perasaannya agak dia tidak terlebih batas bila berbicara dengan Zara Lia. Dia harus cekalkan hati dan mengingatkan dirinya bahawa wanita itu bukan Lia.



“Tadi Encik ada sebut nama Lia? If I heard correctly you mention Natalia tadi!,” ujar Zara kerana dia terdengar lelaki itu ada menyebut nama Natalia ketika dia mahu membuat pesanan tadi.
 
 
Nik hanya tersenyum bila Zara ingat akan nama yang di sebut tadi. Namun dia tidak bercadang hendak menceritakan kepada Zara kerana dia baru sahaja mengenali Zara dan dia tidak mahu berkongsi hal peribadinya dengan orang yang baru di kenali.



“Lia sakit apa?,” tanya Nik tanpa menjawab pertanyaan Zara tadi. Dia tidak mahu memberitahu Zara siapa Natalia.



I’ve met with accident,” jawab Zara tanpa mengulas panjang.



Accident?? I’m sorry to hear that! Alhamdullilah tiada apa-apa yang serious berlaku ke atas diri Lia,” jawab Nik dengan wajah prihatin bila wanita itu mengatakan dia terlibat dengan kemalangan. Nasib wanita itu baik kerana dia berada di dalam keadaan sihat.



“Ya Alhamdullilah but-,”



“Zara we need you inside!,” tegur Haider mematikan bicara Zara. Dari tadi dia perhatikan Zara berbual lama dengan lelaki melayu yang tidak pernah dia temui atau kenali sebelum ini. Kenapa Zara begitu cepat mesra dengan lelaki yang tidak dikenali? Zara tidak begitu sebelum ini.



Itu yang membuatkannya merasa pelik bila Zara kelihatan selesa berbual dengan lelaki itu seolah-olah sudah berkenalan lama. Malah, jika dia tidak menegur Zara tadi, pasti Zara sudah menceritakan tentang dirinya kepada lelaki yang tidak di kenali itu.



Dia sayangkan Zara. Dia tidak mahu mana-mana lelaki mengambil kesempatan ke atas diri Zara kerana kekurangan Zara. Dia tahu Zara seorang wanita yang jujur dan mudah percaya pada orang.



Zara menoleh ke arah Haider bila lelaki itu menegurnya begitu juga Nik. Lelaki yang menegur Zara adalah lelaki yang di lihat di dalam Cafe tadi. Mungkin dia salah seorang pekerja di Cafe kerana lelaki itu memakai apron sama seperti Lia. Namun melihat dari gaya lelaki itu tidak seperti orang yang bekerja di Cafe. He’s look sophisicated. But then again most Italian guy all look presentable and good looking.



Nik dapat merasakan bahawa lelaki itu merasa cemburu bila melihat Lia mesra berbual dengannya.



“Ok in a minute!,” jawab Zara lalu memandang wajah Haider bila lelaki itu masih berdiri tercegat dan tidak mahu beredar.



In a minute Lorenzo!,” ujar Zara dengan wajah kurang senang bila lelaki itu masih berada disitu.



Haider kelihatan keberatan untuk meninggalkan Zara namun dia terpaksa beredar bila Zara menunjukkan wajah tidak senang kepadanya.



“Maaf Encik-?



“Nik Faisal, Just call me Nik!,” ujar Nik lalu tersenyum.



I’m sorry Nik! I have to work! See you when I see you!,” ujar Zara lalu tersenyum. Dia mahu berbual panjang dengan lelaki itu namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana Haider mengatakan dia memerlukan dirinya di dalam.



Dia berharap benar dapat bertemu dengan lelaki itu semula. Berat kakinya hendak melangkah masuk ke dalam Cafe kerana dia tidak merasa puas berbual dengannya.



Dia tidak tahu kenapa dia merasa begitu selesa dan cepat mesra dengan Nik sedangkan dia baru sahaja mengenali lelaki itu tadi.



See you when I see you!,” jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada wanita itu ketika dia meninggalkannya. Sempat wanita itu menoleh ke arahnya sebelum masuk ke dalam Cafe.



                        You are asking for trouble Nik!’ bisik hati kecil Nik kerana dia tidak sepatutnya bermain dengan api kerana ia akan membakar dirinya sendiri.






bersambung.....









 

No comments:

Post a Comment