Friday 1 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 3)






                 Adam mengambil keputusan untuk berlatih berpuasa sebelum menjelang Ramadhan. Dia tidak mahu kelihatan lemah dan tidak bermaya bila berpuasa di bulan Ramadhan nanti. Tanpa memberitahu isterinya. Adam membuat initiative sendiri untuk berpuasa hari ini. Puasa sunat khamis. Practice makes perfect. Adam tersenyum sendiri. Tidak cukup dengan itu tadi dia sempat singgah ke MPH untuk mendapatkan buku panduan berpuasa.



 

Adam tersentak bila pintu bilik pejabatnya di ketuk perlahan dari luar. Adam mengerutkan dahinya lalu melirik kerah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 1.20 petang. Buku panduan ‘Learn Ramadan’ yang di baca sedari tadi di letakkan di atas meja.



 

“Come in,” ujar Adam. Pintu bilik Adam di buka sebaik sahaja dia memberi arahan masuk. Dian masuk ke dalam bilik Adam kerana dia merasa hairan bossnya tidak keluar lunch hari ini. Apa dia terlepas pandang Adam mahu dia arrangement makanan untuknya.

 
 
 

“Sir, dah lunch time you tak keluar makan??,” tanya Dian mungkin Adam terlalu engross bekerja sehingga tidak sedar sudah masuk waktu makan tengahari. Selalunya seawal 12 tengahari Adam sudah keluar dan pulang ke pejabat jam 2.30 petang.

 
 
 

“Ah yes lunch time tak sedar masa.., why are you still in the office??,” soal Adam ingin tahu kerana Dian masih berada di pejabat dan tidak keluar makan tengahari sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.35 petang. Dia tidak kisah jika Dian keluar lunch awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit kerana dia tidak particular asalkan Dian dapat menyiapkan kerjanya dengan baik dan efficient.

 
 
 

“I thought you want me to buy lunch for you?? I’ve noticed you tak ada lunch appointment and you are still in the office?,” ujar Dian. Selalunya jika Adam tidak punya lunch appointment dan dia berada di office waktu makan tengahari, Adam akan meminta Dian order lunch dari restaurant kegemarannya.

 
 
 

“I puasa hari ni,” jawab Adam lalu tersenyum.

 
 
 

“Oh..ok-,” jawab Dian sambil lewa ingin keluar dari bilik Adam. Dia menghentikan langkahnya bila sedar Adam mengatakan sesuatu yang luar biasa. Dian memusingkan badannya lalu menghampiri meja Adam. Adam kembali membaca buku yang di letakkan di atas mejanya tadi semasa dia masuk. Baru Dian sedar akan tajuk buku yang di baca Adam ‘Learn Ramadan’. Seriously???

 
 
 

“Wait sir..you puasa??,” soal Dian dengan wajah tidak percaya. Kerana selama dia berkhidmat sebagai PA Adam selama 5 tahun. Belum pernah sekali pun bossnya itu mengahayati ramadhan dan berpuasa. Sungguhpun Adam Matin Salvatore itu keturunan Melayu, Belanda dan Italy. Dia juga tahu Adam beragama islam tapi Adam tidak pernah mempraktik ajaran agama islam. Dia liar dan liberal.

 



Adam tidak menjawab soalan Dian. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum. Gelihati melihat wajah pelik Dian bila dia mengatakan bahawa dia berpuasa hari ini. Dia juga tidak terperanjat dengan reaksi Dian kerana Dian tidak pernah melihat dia berpuasa sebelum ini.

 
 
 

“Puasa apa?? Puasa ganti?,” tanya Dian lagi kerana ini bukan bulan ramadhan. Selalunya jika seseorang berpuasa pada hari biasa. Puasa ganti. Apa Adam menganti balik akan puasanya yang tertinggal dahulu.

 
 
 

“Puasa sunat khamis..I want to be ready for coming Ramadhan nanti,” jawab Adam lalu meletak buku yang di baca di atas mejanya.



 

“Oh ok..,” jawab Dian cuba memproses akan perubahan ke atas diri Adam Matin Salvatore. Bukan dia tidak suka tapi dia terperanjat melihat perubahan drastic Adam. Adam benar-benar berubah sejak dia berkahwin dengan Shah Era Mazuin. Bukan dia tidak suka akan perubahan Adam. Dia hanya khuatir Adam tidak fun seperti dahulu. Dia khuatir bossnya akan bertukar menjadi imam muda pula nanti.

 
 
 

“By the way..I nak tanya you dah masuk waktu zohor ke belum??,” tanya Adam dengan wajah selamba. Kalau berpuasa tapi tidak solat tiada gunanya. Sejak berkahwin dia sudah berjinak-jinak mendirikan solat walaupun kadang kala itu dia terlepas beberapa waktu kerana sibuk dengan kerja. Tapi dia mahu menjadi seorang muslim yang baik. Dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dia mahu bertaubat dan tidak mahu melakukan dosa lagi kerana kehidupannya yang dahulu penuh dengan maksiat dosa dan noda.

 



“Zohor…,” ulang Dian dengan wajah serba salah kerana dia sendiri tidak tahu waktu zohor pukul berapa. Apa Adam tak tahu bahawa dia pun 2 x 5 seperti bossnya yang nama sahaja agama islam tapi tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dian merasa segan sendiri kerana dia mengenakan skirt micro mini dan khuatir Adam akan menegurnya nanti. Merasa self-conscious Dian menarik skirtnya ke bawah sedikit.



 

“It’s ok..lupa pulak I ada download Apps waktu solat..enjoy your lunch Dian,” ujar Adam lalu mencapai i-phonenya mencari Apps yang di download.
 
 
 
 
bersambung....

No comments:

Post a Comment