Thursday 31 July 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 2)






                 “So how marriage life?,” tanya Nadia sebaik sahaja Era menjawab panggilan telefon darinya. Rindu benar dia pada Era sejak wanita itu sudah bernikah sebulan yang lalu. Dia tidak menyangka Era berkahwin dengan Adam Matin Salvatore lelaki yang pernah mereka umpat dan tidak berkenan dahulu. Kalau sudah jodoh tak boleh hendak lari kemana.



 

“Alhamdullilah ok..,” jawabku lalu tersenyum merasa gembira dan bahagia sejak sudah berumahtangga. Dan aku sudah tone down sedikit sejak sudah berkahwin. Kalau dahulu mulut aku laser sahaja membidas kata-kata Adam sekiranya aku tidak berkenan. Tapi sekarang aku banyak menapis setiap ayat yang keluar dari mulutku. Maklumlah Adam kini suamiku. Aku tidak boleh menderhaka padanya. Jika Adam melakukan perkara yang aku tidak sukai aku akan menegurnya dengan baik. Hehe..perangai aku berubah 360 darjah. Tak laser dan brutal seperti dahulu. Kalau sindir bergurau tu adalah.

 
 
 

“Wah! sejak dah jadi Mrs Adam ni, aku pun kau dah tak ingat lagi eh??,” usik Nadia. Yelah Era sudah tidak bekerja lagi. Dia dengan budak baru yang mengantikan Era tidak sekepalanya dengannya. Maksud dia, kepala gila-gila seperti Era. Budak baru itu pendiam dan tidak begitu mesra alam. Kalau ada Era. Office tidaklah bosan.

 
 
 

“Merajuk lah pulak cik Nadia kita..aku sibuk lah, kau ingat aku goyang kaki ke sejak dah kahwin ni..banyak tanggungjawab aku hendak uruskan tau tak?,” jawabku bila Nadia mula merajuk denganku. Siapa kata bila sudah berkahwin dengan orang kaya seperti Adam aku tidak perlu membuat kerja rumah. Aku memilih untuk melakukan sendiri kerana aku bosan jika tiada apa yang aku dapat buat kerana aku tidak bekerja lagi.

 
 
 

“Kahwin dengan billionaire sibuk??? Hai apa yang kau buat kat rumah?,” soal Nadia ingin tahu.

 
 
 

“Buat kerja homemaker..,” jawab ku ringkas. Billionaire tak billionaire. Aku tetap mahu menguruskan rumahtangga sendiri. Tak reti aku hendak duduk diam tanpa membuat apa-apa.

 
 
 

“Era..Era dulu selalu cakap kalau kahwin dengan orang kaya tak perlu susah-susahkan diri buat semua perkara sendiri, nah sekarang hajat sudah tercapai lain pula ceritanya,” ngomel Nadia. Era memang begitu bila tiba masa lain pula ceritanya. Era sudah biasa hidup bersederhana dan bila mendapat suami yang kaya raya seperti Adam, Era tidak tahu hendak menyesuaikan dirinya.

 
 
 

“Ikhlas untuk suami tercinta..pahalanya besar tau kalau buat sendiri dari suruh orang lain,” jawabku lalu menyimpan kemeja-kemeja Adam yang siap di gosok ke dalam walk-in wardrobenya. Aku menyusun baju-bajunya mengikut warna.

 
 
 

“Yelah..jealous aku tengok kau berdua dah kahwin..aku pun nak kahwin cepatlah,” jawab Nadia. Dia gembira melihat teman baiknya bahagia bersama Adam. Adam banyak berubah. Kalau dahulu dia suka melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sekarang dia seorang suami yang devoted and responsible.

 
 
 

“Kesian Hasrul terpaksa menunggu lama untuk bersama dengan kau Nad,” usikku kerana hubungan Nadia dengan Hasrul sudah hampir ke 3 tahun. Apa lagi yang Nadia tunggu. Hasrul seorang lelaki yang baik dan penyayang.

 



“Betul tu..kesian Hasrul..eh kau belum pergi honeymoon lagi kan?? Adam tak plan apa-apa ke?,” soal Nadia bila teringatkan bahawa teman baiknya itu tidak pergi berbulan madu sejak bernikah sebulan yang lalu. Tak kan lah Adam sibuk sehingga tidak punya masa membawa isterinya untuk berbulan madu.

 
 
 

“Belum..tapi Adam ada plan,” jawabku ringkas lalu keluar dari wardrobe menuju ke ruang dapur pula. Sempat mataku melirik kearah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan keangka 3.40 petang. Cepat masa berlalu lusa sudah masuk bulan Ramadhan. Tahun ini aku merasa gembira kerana dapat menyambut ramadhan bersama orang yang tersayang iaitu Adam. Aku tahu Ramadhan kali ini tidak semudah ramadhan tahun-tahun yang lalu kerana aku menyambutnya bersama Adam. Dan Adam aku perlu membimbingnya.

 
 
 

“Adam plan honeymoon kat mana?? Bila kau orang plan nak pergi??,” soal Nadia ingin tahu. Yelah dahulu Adam sanggup meluangkan masa dan menghabiskan wang untuk Era dan membawanya kemana sahaja Era hajati tapi setelah berkahwin kenapa Adam tidak teruja seperti waktu mula-mula mahu memikat hati Era. Adakah perangai lelaki begitu selagi belum di perolehi akan sediakan bulan dan bintang tapi bila sudah di perolehi tidak lagi merasa teruja untuk memikat hati isteri? Ini yang membuatkan Nadia tidak mahu kahwin kerana khuatir pasangannya akan berubah bila sudah berumahtangga nanti.

 
 
 

“Osaka..dia plan nak pergi next month,” jawabku lalu duduk di sofa.

 
 
 

“Kau berdua biar betul next month kan bulan puasa..,”

 
 
 

“Hah tulah Mr. Adam kita tak tahu next month bulan puasa,” jawabku lalu tersenyum bila Adam dengan wajah bersahaja mencadangkan kami pergi berbulan madu bulan hadapan kerana tidak tahu bulan hadapan umat Islam menjalankan ibadah puasa.

 
 
 

“Seriously kau tak beritahu dia..kau tahu kan cara hidup dia dahulu bagaimana?? Aku yakin kau dapat membimbing Adam,” ujar Nadia. Dia tahu Adam tidak di bimbing dan diberi ajaran agama sejak kecil. Hanya Era sahaja yang dapat membantu Adam.

 
 
 

“In Sha Allah Nad..sudah menjadi tanggungjawab aku untuk membimbing Adam..,” jawabku tersenyum bila menerima pesanan ringkas dari Adam mengatakan dia ‘quite nervous’ untuk berpuasa di bulan ramadhan kerana dia tidak pernah berpuasa.

 
 
 

‘You will be fine, In Sha Allah.’ Aku membalas message Adam. Kesian pula aku padanya. Buat pertama kalinya aku melihat lelaki yang selalu kelihatan confident dan compose itu mengelabah kerana terpaksa menjalankan ibadah puasa tahun ini. Semoga Allah permudahkan urusanku untuk membimbing Adam. Amin.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment