Wednesday 6 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 10)






                 Adam berhenti di hadapan rumah yang berwarna light blue. Terdapat 2 buah rumah sebelah menyebelah berwarna light blue. Rumah yang mana satu yang di maksudkan Era? Ah sudah! Eenie minni more lah. Adam menyeluk saku seluarnya mencari sesuatu. Great! Handphonenya tertinggal di rumah. Hendak berpatah balik dan bertanya pada Era, itu adalah perkerjaan yang tidak produktif langsung.
 
 

 

“Assalamualaikum abang,” tegur seseorang dari belakang memeranjatkan Adam yang sedang bingung rumah yang mana satu hendak di beri epok-epok sayur Era.

 
 
 

“Waalaikumsalam,” jawab Adam lalu menoleh kea rah orang yang memberi salam. Berdiri tercegat di hadapannya seorang remaja lelaki yang berumur dalam lingkungan 14 tahun. Dari segi pakaian yang di pakai. Adam dapat merasakan bahawa budak itu bukan orang senang. T-shirt putih tidak lagi kelihatan putih malah sudah menjadi kelabu. Dan seluar yang di pakainya kelihatan comot dan koyak sana sini.

 
 
 

“Abang cari rumah siapa??,” tegurnya ramah. Dia sedar lelaki yang tidak pernah di lihat sebelum ini kelihatan keliru dan terpinga-pinga.

 
 
 

“Abang cari rumah Encik Zafriel? Adik tahu dimana rumahnya?,” ujar Adam lalu tersenyum. Terasa belas pula dia melihat keadaan budak lelaki itu.

 



“Oh rumah abang Zafriel..rumahnya di sebelah kanan ni ha..,” ujar budak lelaki itu lalu menunding jari kearah rumah biru cair di sebelah kanan yang terdapat banyak tertanamnya pokok-pokok bunga bougainvillea berwarna-warni.

 
 
 

“Terima kasih..siapa nama adik?,” ujar Adam ingin tahu.

 
 
 

“Khairul,” jawabnya ringkas.

 
 
 

“Khairul puasa hari ni??,”

 
 
 

“Insha allah puasa abang..orang islam wajib berpuasa di bulan ramadhan,” uajr Khairul lalu tersenyum bila lelaki itu bertanya samada dia berpuasa atau tidak.

 
 
 
 
Adam terasa malu sendiri bila budak itu berkata demikian. Dia yang mengaku beragama islam baru menghayati ibadah puasa pada tahun ini.

 
 
 

“Alhamdullilah..ibu masak apa untuk berbuka nanti??,” soal Adam lagi. Dia begitu berminat hendak mengetahui tentang diri Khairul.




 

Khairul terdiam bila Adam bertanya soalan demikian kerana dia tidak tahu apa juadah yang akan di sediakan ibunya. Semalam dia hanya berbuka bubur putih dengan ikan bilis goreng kerana itu sahaja yang ada di dapur. Keluarganya orang susah. Kalau ada jiran tetangga memberi makanan mewahlah mereka. Jika tiada siapa yang memberi mereka hanya berbuka dengan apa yang ada.

 
 
 

“Saya dah lambat ni abang..saya minta diri dulu ye..Assalamualaikum,” jawab Khairul ingin segera pergi meninggalkan lelaki yang tidak di kenali itu.

 
 
 

Adam dapat merasakan Khairul mengelak di soal lagi olehnya sebab itu dia mahu segera pergi. “Khairul..ni abang beri untuk juadah untuk berbuka puasa nanti,” ujar Adam lalu menyerahkan plastic itu kepada Khairul. Kalau ada duit sudah di sedekahkan kepada Khairul. Masalahnya dia tidak membawa dompet ketika keluar tadi. Dan kerana kasihan pada Khairul dia mengambil keputusan untuk memberi epok-epok itu kepada Khairul. Nampaknya epok-epok sayur Era bukan rezeki ‘abang’ Zafriel hari ini. Ah tahulah dia hendak melakukan sesuatu bila balik nanti.




 

“Eh betul ke ni?? Bukan ke abang hendak beri pada abang Zafriel??,” soal Khairul kerana lelaki itu bertanya di mana rumah abang Zafriel dia percaya lelaki itu mahu memberi makanan itu kepada abang Zafriel.

 
 
 

“Siapa abang Zafriel?? Abang tak kenal dia?,” ujar Adam pura-pura tidak mengerti.






“Terima kasih abang-,”

 
 
 

“Abang Adam,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia merasa senang dapat mengembirakan hati Khairul.

 
 
 
 
“Terima kasih abang Adam, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah, Amin,” doa Khairul.

 
 
 
 
Amin nyahut Adam dalam hati. Dia merasa terharu dengan doa yang diberikan kepada Khairul. Khairul telah menyedarkannya tidak semua orang bernasib baik dan mewah sepertinya. Dia bertekad mahu membantu Khairul.

 




“Kembali..abang orang baru di sini..abang nak minta Khairul bantu abang boleh tak?? maksud abang bekerja dengan abang,” ujar Adam lalu tersenyum.

 
 
 

“Insha allah boleh abang..abang hendak Khairul buat apa?? Khairul boleh buat banyak kerja untuk abang..,” jawab Khairul dengan mata yang bersinar. Dia bersyukur kerana lelaki itu mahu memberinya kerja. Dapatlah dia membantu meringankan beban ibunya.

 
 
 
 

“Ok..esok Khairul cari abang di rumah mak ngah Imah..Khairul kenal siapa mak ngah Imah??,” tanya Adam.

 
 
 
 

“Mak ngah Imah kenal..abang hendak Khairul jumpa abang di sana pukul 8.00 pagi??,” ujar Khairul merasa ghairah dan tidak sabar hendak bekerja dengan lelaki itu. Dia sudah terbayangkan wajah kegembiraan adik beradiknya dapat menikmati juadah yang lazat dan pakaian baru untuk syawal nanti. Dia bertekad untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh.

 
 
 
 

“Eh 8.00 pagi awal sangat tu..lepas asar datang jumpa abang,” pesan Adam.

 
 
 
 

“Insha Allah abang Adam,” jawab Khairul menganggukkan kepalanya perlahan.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

1 comment: