Thursday 7 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 12)






                   Mak ngah mencuit lenganku perlahan menyuruh aku memandang ke arah Adam yang duduk berhadapan dengan aku. Aku memandang kearah Adam seperti di minta. Adam seronok menikmati roti kirai dengan kari daging kerana kari ayam tidak di sentuh langsung. Sengaja aku menyediakan 2 jenis kari. Kari ayam dan kari daging. Begitu selera aku lihat dia makan hingga tidak toleh kiri dan kanan. Dan Adam tidak kekok langsung makan mengunakan tangan. Adam mencapai salad telur kacang dan sekeping lagi roti kirai ke pinggannya. Lapar benar lah tu senyap dan tidak berbunyi bila makan tadi.

 
 
 

“Makan jangan sampai kenyang sangat dear..nanti mengah bila nak solat nanti, lagipun I nak you pergi solat terawih dengan Zafriel nanti,” tegurku perlahan. Kelmarin semasa abang Zafriel singgah ke rumah mak ngah dia pernah mengatakan mahu membawa Adam ke surau untuk solat terawih bersama jika Adam perlukan teman. Aku bersetuju sangat kerana Adam tidak mengenali sesiapa di sini dan Adam tidak berapa tahu akan cara orang kampong. Jadi bila abang Zafriel menawarkan diri untuk menjadi teman Adam aku terus bersetuju. Lupa pulak hendak bertanya kepada yang empunya diri samada dia bersetuju ataupun tidak.

 
 
 

Adam memandang wajah Era bila Era mengatakan dia harus ke surau untuk menunaikan solat terawih bersama Zafriel. Bila masa dia bersetuju untuk ke surau bersama Zafriel? Pandailah dia mencari arah ke surau dia tak perlu babysitter atau bodyguard. Lagipun tiada sesiapa yang mengenalinya di sini.

 
 
 

“I tak janji dengan Zafriel,” jawab Adam lalu mencuci tangannya di mangkuk kecil. Dia mengelap tangannya kering dengan kain yang di sediakan. Terbantut seleranya untuk menikmati juadah lain bila isterinya menyebut nama Zafriel.

 
 
 

“Dah sudah Adam?? Eh nasi tomato dengan ayam merah Adam belum rasa lagi,” tegur mak ngah bila Adam tiba-tiba berhenti makan bila isterinya menegur. Susah payah dia memasak untuk Adam kerana dia tahu Adam suka merasa masakan melayu.

 
 
 
 
“Tiba-tiba terasa kenyang pulak mak ngah..bukan kerana masakan mak ngah tak sedap..masakan mak ngah marvelous perfetto!!..tapi entahlah tak tahu sebab kenapa tiba-tiba tidak berselera pula,” jawab Adam lalu menjeling kearah Era. Dia mencapai air putih lalu meneguk perlahan. Dia mengerti mengapa Era sering menyebut nama Zafriel apa Era tidak tahu atau peka bahawa dia tidak suka Era suka dengan Zafriel? Dia cemburu bila wajah Era light-up setiap kali dia menyebut nama Zafriel.

 
 
 
 

“Era kenapa orang makan di tegur terbantut selera Adam,” tegur mak ngah dia tahu Adam tidak jadi makan lagi kerana isterinya berkata demikian. Kesian pula di lihat Adam. Dahulu semasa Adam bertemu dengannya semasa mencari Era. Dia menyangka Adam orang putih dari Amerika. Apa taknya tiada rupa orang melayu langsung. Dah macam orang besar-besar yang selalu di lihat dalam filem orang putih. Dan lagi Adam tidak begitu fasih dalam bahasa melayu. Harris pembantu Adam yang menyampaikan pesanan kepadanya. Dia mendapat tahu Adam berkenan dengan anak saudaranya Era. Waktu itu Era tidak tahu bahawa Adam berjaya menjejakinya hingga ke Pahang kerana Adam meminta dia merahsiakan pertemuan mereka. Terperanjat jugalah dia bila mengetahui anak saudaranya itu berjaya memikat hati lelaki seperti Adam yang umpama langit dan bumi. Anak saudaranya itu seorang wanita yang bersederhana bagaimana pula dia boleh berkenalan dengan orang kaya dan terpengaruh seperti Adam.

 




“Mak ngah..Adam merajuk sekejap aje, kejap lagi mesti dia ok..betul tak dear hubby?,” ujarku lalu memandang wajah Adam. Aku tahu Adam tidak suka aku sebut-sebut nama abang Zafriel dan disebabkan itu juga dia tidak sambung makan lagi. Ini membuktikan bahawa Adam benar-benar cemburu dengan abang Zafriel.

 
 
 
 

“I nak naik solat dulu,” ujar Adam tanpa menjawab pertanyaan Era. Dia mahu Era tahu bahawa dia marah dan tidak suka pada Zafriel namun hendak mengaku bahawa dia cemburu pada Zafriel menang tak lah. Dia bangun dari kerusi lalu berjalan menuju kearah anak tangga.

 
 
 
 

“Err dear..toilet kat bawah you nak ambil wuduk kat mana??,” tanyaku bila Adam mahu terus ke bilik tanpa mengambil wuduk dahulu. Apa dia lupa ke bilik kami tiada toilet.

 
 
 
 

Adam berhenti melangkah bila menyedari kesilapannya. Ada hati hendak merajuk dengan Era tapi tak macho pula bila dia terlupa bilik air di rumah mak ngah hanya terdapat di dapur. Hissh spoiler betul. Hendak sahaja dia bina bilik air di dalam bilik tidurnya. Senang tak perlu turun naik hendak ke tandas. Dengan wajah selamba Adam berpatah balik dan terus menuju kea rah tandas.

 
 
 
 
Aku dan mak ngah pakat tersenyum melihat karenah Adam.
 
 
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment