Friday 8 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 14)








                   Adam mematikan telefon sebaik sahaja dia berbual dengan Raoul lalu memandang tepat ke wajah Khairul yang sedang setia menanti arahan darinya. Dia sendiri tidak tahu pekerjaan apa yang harus di berikan kepada Khairul. Adam mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau di office Khairul sudah di beri tugas sebagai office boy. Tapi di sini apa pekerjaan yang harus di beri? Jadi PAnya di Pahang?





 

“Maaf call from my old friend,” ujar Adam tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

 
 
 
 

“Tak mengapa..Abang suaminya kak Era ke?,” soal Khairul tiba-tiba. Mak ngah mempunyai seorang anak saudara perempuan bernama kak Era. Kak Era seorang wanita yang baik. Kak Era banyak membantu keluarganya dan dia merasa terhutang budi dengan kak Era. Dia mendapat tahu dari mak ngah yang Kak Era sudah bernikah dengan orang Kuala Lumpur. Dan tengok dari cara abang Adam. Dia tidak seperti orang kampong.

 
 
 
 

“Yes,” jawab Adam ringkas lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

 
 
 
 

“Eh Khairul? Bila sampai?? Kenapa duduk di atas lantai Khairul duduklah di atas kerusi,” tegurku sebaik sahaja terpandang wajah Khairul. Aku mencari Adam kerana Adam senyap sahaja dari tadi. Aku merasa bersalah pula kerana jarang meluangkan masa bersama dengan Adam bila berada di kampong. Nanti merajuk pula suami mat saleh celup aku tu jika aku tidak memberinya perhatian.

 
 
 
 

“Baru kejap aje kak..,” jawab Khairul lalu tersenyum. Kak Era kelihatan lebih cantik sekarang kerana sudah pandai bergaya. Kak Era yang dahulu kelihatan simple dan berkaca mata.

 
 
 
 

“You suruh Khairul datang buat apa dear??,” tanyaku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi duduk bersebelahan dengan Adam. Apa yang Adam mahu dari Khairul?

 
 
 
 

“I hired Khairul to work for me,” jawab Adam lalu tersenyum.







“Work for you?? Kerja apa yang you nak beri pada Khairul?,” soalku terperanjat. Apa pekerjaan yang Adam hendak berikan kepada Khairul?

 
 
 
 
“The thing is I’m not sure too, why don’t you dan mak ngah sahaja yang fikirkan kerja apa yang sesuai buat Khairul,” jawab Adam lalu memandang kearah isterinya.

 
 
 

“Betul ke Khairul hendak bekerja dengan abang Adam ni??,” soalku kerana Adam tidak memberitahu aku yang dia mahu Khairul bekerja dengannya.

 




“Apa-apa kerja insyallah saya boleh buat kak,” ujar Khairul lalu menguntum senyum. Dia sudah biasa mengambil upah bekerja dengan orang lain. Semua kerja-kerja buruh dia sudah pernah lakukan untuk mendapatkan wang untuk menampung kehidupan seharian mereka. Hendak harapkan upah yang di terima ayahnya memang tidak mencukupi buat mereka sekeluarga.

 
 
 
 

“Kalau macam gitu..Khairul boleh tolong kemaskan bilik stor mak ngah? Bilik tu dah lama tidak di bersihkan,” ujarku lalu memandang wajah Khairul. Stor mak ngah tu susah hendak ku cari barang kerana tidak pernah di kemas. Jadi bila Adam meminta Khairul bekerja dengannya dapatlah Khairul membantu untuk mengemas dan membersihkan stor mak ngah.

 
 
 
 

“Boleh kak,” jawab Khairul lalu bangkit. Dia menuruni anak tangga menyarung seliparnya dan menuju ke bawah kolong kerana dia tahu stor mak ngah terdapat di hujung berdekatan dengan dapur.

 
 
 
 
“Terima kasih, Khairul,” ujarku lalu membuahkan senyuman kepadanya. Aku merasa belas melihat Khairul. Kak Leha beruntung mendapat anak sebaik Khairul. Khairul rajin membantu keluarganya. Remaja seusia Khairul sepatutnya masih berada di bangku sekolah lagi. Namun Khairul tidak dapat berbuat demikian kerana keluarganya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan persekolahannya. Khairul mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk meringankan bebanan ayah dan ibunya.

 





“What are you thinking of?,” tegur Adam bila isterinya seperti memikirkan sesuatu.

 
 
 

“Tak think..I’m just felt sorry for Khairul..remaja seusianya sepatutnya bersekolah dan bukan bekerja,” jawabku perlahan.

 
 
 
 

“Masa you date dengan I dahulu, your free time you selalu luangkan masa di Darul Shifa dan rumah anak-anak Yatim kan? Dan Mr. Saiful itu pegawai Darul Shifa kan?,” ujar Adam lalu memandang wajah isterinya. Dia tahu Era suka melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan amal. Walaupun Era tidak pernah memberitahunya. Dia mendapat maklumat mengenai kegiatan Era dari Harris. Harris di suruh menjadi spy Era.

 
 
 

Aku tersentak bila Adam berkata demikian. Mana Adam tahu? Aku tidak pernah menceritakan kepadanya. Apa Adam pasang spy untuk mengintip pergerakan aku?

 
 
 

“Mana you tahu?? I tak pernah ceritakan pada you sebelum ini?,” soalku terperanjat bila Adam tahu mengenai kegiatanku di siang hari jika aku tidak keluar bersama dengannya semasa kami ‘dare date’ dahulu.

 
 
 

“I suruh Harris check on you,” jawab Adam tanpa berselindung.

 




“You spyed on me?? Sekarang pun you spy on me ke??,” ujarku lalu membesarkan mata kerana tidak percaya Adam menghantar Harris untuk mengintip pergerakan aku dahulu.

 
 
 
“I’m sorry..I just want to make sure that Era is not a crazy person,” jawab Adam dengan wajah selamba.

 
 
 

“Crazy person??? Ok..Fair enough..sebab you takut I make use of you kan?? I hope you tak suruh abang Harris spy on me lagi..if I know you masih suruh abang Harris intip kemana I pergi siap you Mr. Adam,” ujarku lalu menjeling Adam. Aku tahu Adam berbuat begitu dahulu hanya untuk memastikan bahawa aku bukan orang jahat dan berniat tidak elok padanya. Orang kaya dan terpengaruh seperti Adam, pasti dia sudah meminta seseorang untuk membuat ‘background check’ untuk memastikan bahawa orang yang berurusan dengannya itu boleh di percayai dan aku tidak terkecuali.




 

“Tak lagi..,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia memang tidak menyuruh Harris berbuat demikian kerana Harris di tugaskan untuk menjadi pemandu dan bodyguard peribadinya. Tugas mengitip di tugaskan kepada orang lain.

 
 
 
 
“You better..sebab I tak suka di intip ok..Mr. Adam..It’s not cool, I’m not a felon,” ujarku lalu bangun dari kerusi dan mahu menuju ke dalam ruang tamu. Adam ingin ke dapur untuk menbantu mak ngah.

 
 
 

“I suruh orang lain yang jadi spy you..bukan Harris!,” ujar Adam dia sengaja menunggu sehingga Era berjalan hingga ke hujung ruang tamu jadi senang dia hendak melarikan diri dari Era sebelum dia menjadi mangsa cubitannya.

 
 
 
 

“ADAM!!!,” jeritku geram lalu mengetap bibir menahan marah. Adam tersengih tak ubah seperti kerang busuk bila isterinya marah padanya.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment