Thursday 7 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 11)





                 Aku merasa pelik melihat Adam kelihatan happy sebaik sahaja menghantar makanan di rumah abang Zafriel. Aku ingatkan mukanya akan muncung sedepa. Al maklumlah berdepan dengan nemesisnya walaupun Adam tidak mengaku bahawa abang Zafriel itu adalah musuh nombor satunya di kampong mak ngah kerana dia tahu abang Zafriel berminat padaku. Apa yang dia happy sangat. Adam beri satu juta kepada abang Zafriel dan beri warning agar jangan ganggu isterinya lagi ke? Hissh jauh pula imiginasi aku. Tak kan ye Adam hendak beri abang Zafriel satu juta ringgit untuk lupakan aku.

 
 
 

“Mak ngah..Era pergi tengok Adam sekejap eh takut dia sambung tidur balik pula,” ujarku meminta diri untuk naik ke bilik hendak tahu apa di buat Adam. Nak tahu juga apa yang berlaku semasa menghantar ke rumah abang Zafriel tadi.

 
 
 

“Ah pergilah..,” ujar mak ngah.

 
 
 

Aku mendaki anak tangga menuju ke ruang atas. Terdengar Adam berbual dengan seseorang di telefon. Dengan siapa dia berbual. Dian??

 



“You send to this address..ASAP sebelum waktu berbuka..ok, I know I can count on you,” ujar Adam lalu mematikan telefon. Dia mencampak iphonenya di atas katil. Senang saja. Dia meminta Dian order ‘Pizza Hut’ untuk di hantar ke rumah ‘abang’ Zafriel Era untuk mengantikan epok-epok sayur yang telah di beri kepada Khairul tadi. Ikutkan dia hendak order untuk Khairul juga tadi, tapi dia tidak tahu dimana Khairul tinggal dan dia terlupa hendak meminta alamat tempat tinggal Khairul.

 
 
 

Adam tersentak bila pintu biliknya di ketuk. Adam bangkit dari katil lalu membuka pintu.

 
 
 

“You dah beri epok-epok itu pada abang Zafriel??,” soalku ingin tahu sebaik sahaja terpandang wajah Adam.

 
 
 

“Lagi-lagi abang Zafriel he is not your brother,” jawab Adam dengan wajah kurang senang.

 
 
 

“Mr. Adam gelaran ‘abang’ bukan hanya untuk brother sahaja tau??, abang juga can be used on ‘hubby’ or we can call someone older than us ‘abang’,” terangku kepada suamiku yang tidak begitu memahami akan gelaran ‘abang’.

 
 
 

“Really?? Call hubby ‘abang’ juga?? Then kenapa you tak call me abang?,” ujar Adam lalu memandang wajah Era.

 
 
 

“You hendak I call you abang?? Serious??,” ujarku terperanjat. Yelah Adam bukannya lelaki melayu yang hendak ku panggil dia abang. Dia mat saleh celup. Sebab itu aku tidak pernah memanggilnya abang. Sebab takut dia tak suka. Pelik juga aku bila dia mahu aku memanggilnya abang.

 
 
 

“Cuba-cuba..I nak dengar you call me ‘abang’?,” ujar Adam lalu tersenyum.

 
 
 

“Serious???,” ulangku tersenyum gelihati. Mat saleh celup yang rupa seperti Brandon Routh tu mahu aku memanggilnya abang.

 
 
 

Adam tidak menjawab malah menunjukkan wajah seriousnya.

 
 
 

“Abang,” jawabku lalu tertawa kecil. Terasa janggal pula memanggil Adam dengan panggilan Adam. Tak sesuai langsung dan tonenya sumbang semacam bila aku memanggilnya begitu.

 
 
 

“Ok..just call me sayang or dear, no ‘abang’ for me,” ujar Adam lalu duduk di atas katil. Dia mencapai handphonenya memeriksa jika dia menerima email penting dari pejabat.

 




“Siapa yang sambut you di rumah abang Zafriel tadi?,” tanyaku ingin tahu. Yelah Adam Nampak ‘cool’ aje masa balik tadi. Adam hantar kuih itu ke rumah yang betul ke?







“I tak pergi rumah Zafriel,” jawab Adam dengan muka selamba.

 
 
 
 
 

“Tak pergi rumah dia, habis you pergi mana??,” soalku terperanjat. Yelah lama juga Adam keluar tadi. Aku ingatkan dia duduk bersembang dengan Zafriel atau ayah Zafriel. Kalau dia tidak kerumah Zafriel, dia kemana tadi? Dan mana perginya mangkuk Tupperware yang aku beri padanya tadi kerana semasa dia pulang tadi dengan tangan kosong.





 

“Pergi ke rumah Zafriel,” jawab Adam lalu meletak iphone di atas meja sisi.

 




“Eh you ni tahu cakap melayu ke tidak??..tadi I tanya you kata tak pergi..then I tanya lagi you kata pergi..eh?? yang mana satu yang betul ni? Confused I tau,” jawabku dengan wajah keliru.

 




“I hampir ke rumah dia tapi tak jadi ke rumahnya..epok-epok you I beri pada Khairul,” jawab Adam sambil tersenyum. Pertama kali dia merasa berbangga dapat membantu seseorang tanpa memberi bantuan kewangan. Walaupun jasanya apa lah sangat tidak seberapa dan terlalu kecil namun dia merasa lega dapat membantu.

 
 
 
 

“Khairul?? Siapa Khairul??,” soalku tidak percaya bahawa makanan itu Adam berikan kepada orang yang lain yang aku tidak kenali. Khairul tu siapa?? Teman Adam?? Mana mungkin. Adam bukan ada kawan atau teman di kampong mak ngahnya.

 
 
 
 

“This poor boy I’ve met on the way to Zafriel house,” jawab Adam perlahan. Dia masih terbayang akan kesedihan dan kesayuan di anak mata Khairul ketika dia bertanya apa ibunya sediakan untuk juadah berbuka nanti.

 
 
 
 

“Oh I see..oklah kalau begitu,” jawabku lalu membuahkan senyuman kepada Adam. Aku tidak menyangka Adam punya rasa ehsan terhadap orang yang kurang bernasib baik. Alhamdullilah. Sifat ehsan sesama manusia adalah sifat yang mulia dan terpuji. Aku bersyukur kerana Adam memiliki sifat sedemikian kerana Adam tidak pernah menunjukkan kepadaku.

 
 
 
 

“You tak marah pada I??,” soal Adam bila Era tidak marah bila dia memberi makanan itu kepada orang lain.

 
 
 

“Tak..!,” jawabku ringkas lalu bangkit dari katil ingin kembali ke dapur untuk menyajikan juadah berbuka.

 
 
 
 

“By the way, I dah suruh Dian order pizza dan hantar ke rumah Zafriel sebagai juadah ganti,” jawab Adam sebelum Era keluar dari bilik.

 
 
 
 

Aku tidak jadi melangkah keluar dari bilik bila Adam berkata demikian.

 
 
 

“You order pizza hut untuk Zafriel??,”

 
 
 
 
“Yeah..the least that I can do, I’m sure they will be please..apalah sangat nak compare your epok-epok sayur dengan pizza hut kan dear,” ujar Adam lalu tersengih.

 
 
 

Aku tersenyum bila Adam mengatakan epok-epok sayurku tidak seberapa jika hendak di bandingkan dengan pizza yang di beli.

 
 
 
 

“Memang tak ada apa pun..tapi agak-agak you kan?? orang melayu berbuka puasa makan pizza macam orang Italian eh?? kalau mereka hendak makan pizza pun..mereka akan order sendiri jarang sekali orang memberi pizza order kepada jiran sebelah menyebelah melainkan pizza itu dibuat sendiri,” ujarku panjang lebar. Adam hendak di beri penjelasan panjang lebar agar dia mengerti. Kalau short and simple dia tak faham.

 
 
 
“Oh yah I forgot we are not in KL..city people loves Italian food..pizza..pasta,” jawab Adam dengan wajah tak bersalah.
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment