Monday 4 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 5)






                Aku duduk diatas katil bersebelahan dengan Adam yang sedang leka membaca buku. Aku memandang wajahnya lalu tersenyum. Sehingga kini setelah 2 bulan kami bergelar suami isteri, aku masih belum dapat menerima hakikat bahawa Adam lelaki yang tidak pernah aku termimpi untuk di jadikan pasangan hidup kini menjadi suamiku. Inilah di namakan jodoh. Bagaimana Adam boleh sayang dan cintakan aku sedangkan kehidupan kami bagai langit dan bumi. Aku wanita sederhana manakala Adam seorang lelaki yang modern serba-serbi dan seorang jejaka yang kacak bergaya dan berkarisma dan juga seorang billionaire. Masih belum dapat menyesuaikan diri bahawa Adam itu adalah suamiku. Hehe. Terkadang itu aku rasa seperti bermimpi pula. Apa yang Adam pandang pada aku yang tiada pada wanita lain.

 
 
 

Adam terasa dirinya di perhatikan, lalu memandang tepat ke wajah isterinya. “Apa yang you fikirkan sayang??,” ujar Adam ringkas. Dia berhenti membaca buku yang dipegangnya tadi.

 
 
 

“This Saturday dah puasa tau dear,” aku mengingatkan Adam tentang bulan Ramadhan. Kelmarin Alhamdullilah, Adam berjaya menunaikan puasa sunat Isnin dan Khamis. Walaupun agak payah juga Adam untuk menahan lapar dan dahaga kerana tidak pernah berpuasa sebelum ini. Alhamdullilah dia dapat menunaikannya. Jadi Adam sudah bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan. In sha Allah.

 
 
 

“Oh ye ke? That’s was fast..so I mesti ready untuk menyambut bulan Ramadhan,” jawab Adam lalu tersenyum.

 
 
 

Aku tersenyum gelihati bila Adam berkata demikian. Lagak seperti hendak pergi berperang. Aku doakan agar Ramadhan kali ini segala urusan Adam di permudahkan dan dia dapat melaksana tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dengan baik.

 
 
 

“What are you smilling at?,” soal Adam lalu mengerutkan dahinya, Era tersenyum bila dia mengatakan dia harus bersedia untuk menghadapi ramadhan. Apa salahkah apa yang di katakan tadi.

 
 
 

“Kalau you dapat puasa selama sebulan I give you special gift,” jawabku tersenyum lagi. Tidak tahu dari mana datangnya idea hendak memberi Adam special gift. Memberi Adam motivasi.

 
 
 

“Special gift??? Ok make sure ‘gift’ yang sayang cakap tu really special,” jawab Adam tersenyum nakal bila Era berjanji akan memberinya sesuatu istimewa jika dia dapat menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan.

 
 
 

“Not so fast!!..ramadhan kali ini ada cabarannya tau Mr. Adam,” ujarku lalu tersenyum bila Adam menyangka dia mudah mendapat special gift dari aku tanpa menghadapi beberapa cabaran. Aku tahu scheduled Adam clear bulan ramadhan ini kerana Adam meminta Dian block his calendar untuk berbulan madu tanpa mengetahui calendar yang di block itu jatuh pada bulan Ramadhan. Jadi Adam boleh bercuti bila-bila masa.

 
 
 

“Challenge??? I see..so it’s no going to be easy task for me..ok!!..I accept your challenge,” jawab Adam dengan wajah confident kerana dia sudah berlatih berpuasa beberapa minggu yang lalu dan sudah boleh melakukan ibadah berpuasa seperti orang lain.

 
 
 

Aku tersenyum simpul bila Adam dengan confident menyahut cabaran yang akan aku berikan padanya. Bukan aku hendak mendera Adam tapi aku terlalu rindu pada mak ngah di kampong. Dan aku bercadang hendak menyambut ramadhan dan beraya di kampong. Aku tahu ia tidak memudahkan Adam kerana Adam tidak biasa dengan kehidupan di kampong. Itulah cabaran yang Adam harus tempuhi sepanjang bulan Ramadhan. Dapatkah Adam menyesuaikan dirinya hidup di kampong yang serba sederhana.

 
 
 

“Sure ni you sahut cabaran I..you tak akan menyesal Mr. Adam Matin Salvatore..you masih ada peluang untuk tarik diri sekarang.., ini bukan challenge untuk beri peaches and apples untuk bikini girls macam di Cannes beach dahulu,” ujarku lalu memandang wajah Adam senyuman tidak lekang terukir di bibirku. Aku tahu mudah bagi Adam untuk cabaran tidak berfaedah seperti itu kerana dia sudah biasa.

 
 
 

“Excuse me..this is Adam Matin Salvatore ok! Adam never admit defeat,” jawab Adam lalu tersenyum yakin. Dia tidak gentar untuk menghadapi cabaran kerana dia tidak akan mengalah sebelum pergi berjuang.

 
 
 

“Ok..kita sambut ramadhan dan syawal di kampong mak ngah,” jawabku lalu bangkit dari katil untuk menuju kearah kamar mandi. Sengaja tidak mahu menunggu reaksi dari Adam. Pasti Adam akan terperanjat bila aku mengatakan kami akan menyambut bulan ramadhan di Pahang.

 
 
 

Adam terdiam seketika bila Era berkata demikian. Sambut ‘Ramadhan’ dan ‘Syawal’ di kampong mak ngah. She’s got to be kidding me! Adam menelan air liurnya perlahan. Ok..this is really tough challenge kerana Adam sudah biasa hidup dalam serba serbi kemewahan dan kemudahan. Di kampong mak ngah tiada water heater, tiada aircon dan ada banyak mozzie. Peluh dingin mula membasahi dahi Adam bila memikirkannya.

 
 
 

“Adam are you ok??,” soalku bila Adam tidak bersuara bila aku mengatakan kami akan berpuasa di kampong mak ngah dan wajahnya kelihatan pucat. Aku tahu Adam tidak menyangka cabarannya kali ini tidak mudah seperti yang dia sangkakan.

 



“Can I fix water heater, air-con for mak ngah or built house for mak ngah?,” ujar Adam lalu memandang wajah Era meminta agar Era bersimpati padanya. Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan yang di tanggung semasa dia berada di sana nanti.

 
 
 

“Built house for mak ngah??,” aku ketawa perlahan bila Adam berkata demikian. Adam kelihatan panic dan pucat bila diminta tinggal di kampong dan hidup cara orang kampong.

 
 
 
 
“Sorry dear..No can do,” jawabku tersenyum lagi.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

2 comments: