Tuesday 5 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 8)







                   Aku membuka pintu bilik. Mr. Adam kita tertidur di atas katil dengan tidak berbaju. Kipas dipasang full blasts menghala ke mukanya. Aku mengelengkan kepala perlahan. Baru setengah hari berpuasa di kampung lepak seperti 22 jam lamanya dia berpuasa. Ada hati hendak berpuasa di Jepun musim panas di Jepun berpuasa selama 19 jam, 19 jam pengsan Adam barangkali. CEO billionaire yang tidak pernah merasa hidup seperti orang sederhana beginilah rupanya. Aku tersenyum sendiri. Walaupun Adam dibesarkan dalam serba kemewahan namun dia bersetuju juga, bila aku mengajak dia tinggal dan berpuasa di sini. Sayang juga Adam pada aku.
 
 
 

 

Aku duduk di katil lalu mengoyangkan lengannya perlahan mengejutkan Adam kerana orang yang ingin memasang air-con datang ingin tahu di mana hendak di pasang air-con. Digoyang beberapa kali Adam masih tidak bangun. Eh? pengsan ke? Aku meletak tanganku di dahinya khuatir Adam demam terperanjat ke sampai pengsan tidak sedarkan diri. Suhu badannya tidak panas. Ok je.

 




“Sayang bangun..orang air-con dah datang,” ujarku lalu mengoyangkan bahunya.

 
 
 
 

Adam tidak juga bangun. Iskk dia ni betul tau. Susah betul nak bangun. Aku mengeletek pinggangnya agar dia bangun. Adam masih tidak membuka mata seolah-olah tidak terasa geli langsung. Adam tidak pengeli? Hmm apa lagi cara hendak ku kejutkan Mr. Adam. Mataku liar memerhatikan sekeliling bilik mencari barang atau benda yang boleh membuatkan Adam bangun. Hah! Spray air. Yes! Aku bangun lalu mencapai spray air yang mak ngah gunakan untuk mengosok baju ku capai.

 
 
 
 

Aku mengacukan muncung spray kea rah mukanya lalu memicit spray. Air tempias keluar dari muncung spray. Adam terjaga bila terasa air pada wajahnya lalu bingkas bangun.

 
 
 
 

“Sayang..dah break fast ke??,” ujar Adam lalu duduk. Wajahnya terpisat-pisat kerana terkejut. Sudah waktu berbuka ke? Elok benar lah tu. Perutnya sudah terasa lapar dan tekak pun sudah terasa haus.

 
 
 
 

“Buka??? Cuba tengok jam kat dinding tu pukul berapa?,” ujarku lalu menjeling kea rah jam di dinding bilik. Jarum jam menunjukkan pukul 4.20 petang hendak masuk waktu asar. Waktu berbuka apanya?




 

“Huh belum lagi??,” ujar Adam bila menyedari baru hendak masuk waktu asar. Dia fikir sudah waktu berbuka. Haiz lama lagi.

 
 
 
 

“Belum..dah bangun tak elok tidur waktu asar..apa kata you pergi mandi dan solat asar so that you feel fresh, water heater you dah pasang,” tegurku tidak membenarkan Adam sambung tidur lagi. Apa gunanya berpuasa jika digunakan sepanjang hari untuk tidur.

 
 
 

“Heater dah pasang?? Good, air-con??,” soal Adam lalu memandang wajah isterinya.

 




“Orang air-con dah datang..dia nak tahu you nak pasang satu unit aje ke atau you nak pasang untuk seluruh kampong ni??,” sindirku.

 
 
 
 

“Eh ok juga buat amal jariah di bulan ramadhan ni..suruh orang air-con tu pasang air-con semua rumah yang terdapat kat kampong ni, I take care of the bill,” jawab Adam dengan wajah selamba.

 
 
 

“Adam!!,” ujarku geram. Adam sudah pandai loyar buruk dengan aku. Walaupun Adam tidak lagi pelat berbahasa melayu dan banyak berbicara melayu semenjak bernikah dengan aku. Dia juga sudah pandai loyar buruk dengan aku.

 
 
 

“Era!!,” balas Adam.

 
 
 

“Adam seriouslah!!,” ujarku geram bila Adam tidak serious dan mahu bergurau dengan aku. Aku banyak kerja hendak buat. Sibuk hendak melayan karenah dia pula.

 
 
 

“Seriouslah ni..you tanya mak ngah lah, ni rumah dia..kalau dia nak pasang air-con sampai ke toilet pun I tak kisah,” jawab Adam lalu tersengih. Dia tahu Era pasti berang dengan perangainya yang suka menyakat.

 
 
 

Issk hendak sahaja aku strangle si Adam Matin ni tau? Nasib baik sekarang ni bulan puasa, kalau tidak aku dah WFF dengan dia. Saja hendak menaikkan kemarahan orang.

 




“Watever lah!!,” ujarku malas hendak melayan lorat Adam.

 
 
 
 

“Ok..give me 5 minutes..,” jawab Adam lalu rebah di atas katil semula. Ingin tidur lagi.

 
 
 

“Eh boleh sambung tidur lagi pulak dia..Adam!!,” ujarku geram lalu mencubit pinggangnya.

 
 
 

“Ok..ok I bangun sekarang,” ujar Adam kerana tidak tahan di cubit Era. Dia meraup wajahnya perlahan. Matanya masih terasa mengantuk. Ikutkan dia bukannya suka tidur di waktu siang. Tapi oleh kerana cuaca di kampong mak ngah Era panas berbahang dan dia tiada apa hendak buat kerana tidak ada wifi. Maka dia mengambil keputusan untuk tidur.

 
 
 

Adam bangkit dari katil berjalan perlahan menuju kearah pintu dan ingin membukanya. Dengan Era dia tidak boleh mengelat.

 
 
 

“Excuse me Mr. Adam,” tegurku lalu tersenyum.

 




“What now!,” ujar Adam lalu menoleh kearah Era yang masih duduk di katil memandang ke arahnya.

 
 
 

“You forgot something,” ujarku lalu menghulurkan t-shirt polo kepadanya.

 
 
 

Adam memandang ke bawah. Baru dia perasan bahawa dia tidak berbaju. Adam berjalan menghampiri Era semula.

 
 
 

“Nasib baik topless aje..kalau semua pengsan mak ngah,” usikku lalu tersenyum. Adam memang begitu. Mentang-mentanglah dia memiliki badan yang cantik dan mempunyai six pacs. Dia suka berlenging begitu. Adam vain, dia suka admirer dirinya di hadapan cermin.

 
 
 

“You sure mak ngah pengsan??..Ikutkan memang nak bare semua, bukan you tak suka kan Mrs. Adam,” bisik Adam lalu tersenyum dia mencapai t-shirt polonya dari tangan Era.

 




Aku hanya menjeling bila Adam berkata demikian. Vain pot.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment