Friday 8 August 2014

How Can I Not Luv U - Berhari Raya (Part 13)







                   “Any urgent emails or letters that I need to attend to??,” ujar Adam sebaik sahaja Dian menyambut taliannya. Dia duduk di anak tangga beranda rumah mak ngahnya. Kalau tidak kerana Era sudah lama dia cabut balik ke KL. Dia mati kutu berada di kampong. Apa taknya bosan semacam. Tiada benda yang boleh di lakukan. Menyesal pula dia tidak meminta Harris menghantar kereta kepadanya. Setidak-tidaknya dia dapat memandu keluar dari kampung atau ke bandar untuk menghilangkan rasa bosan.






“So far no sir..anyway you know I will call you if anything pops up?,” ujar Dian merasa hairan Adam seringkali menghubunginya bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan perhatiannya sedangkan Adam tahu dia akan menghubungi Adam kalau ada perkara yang hanya perlukan Adam sahaja.






“Yah I know..I’m just bored,” ujar Adam lalu berdiri di anak tangga. Begitulah perasaannya ketika ini. Hari kedua di kampong di sudah merasa bosan gila. Rasa seperti hendak lari sahaja.





Dian tertawa kecil mendengar keluhan bossnya. Adam bosan maka sebab itu dia asyik menghubungi bertanya samada ada perkara penting yang memerlukan perhatiannya atau memerlukan dia pulang ke pejabat segera. Adam hoping she will say something.
 
 
 
“Don’t laugh ok..I almost had nervous breakdown when my wife told me she wanted to fast and celebrated hari raya here in Kuantan,” ngadu Adam.
 
 

Sekali lagi Dian ketawa bila Adam berkata demikian. Lucu sungguh mendengar keluhan hati Adam. Kalau dia di tempat Adam dia juga akan merasa seperti yang Adam rasakan. Cuba bayangkan orang bandar ‘silver spoon’ seperti Adam yang tidak pernah tinggal di kampong terpaksa berada di kampong selama sebulan setengah. Mahu tak kejung di buatnya. Tapi Adam bernasib baik kerana dia jutawan apa yang di hajati dan kehendaki mudah di perolehi. Cakap sahaja semua boleh diperolehi dengan mudah dan cepat kerana Adam tidak khuatir untuk membayar lebih jika perlukan khidmat express.
 
 

“Sorry sir..I can’t help it..do something that won’t make you bored,” ujar Dian. Dia sendiri tidak punya idea atau cadangan yang dapat di berikan kepada Adam agar dia tidak merasa bosan kerana dia sendiri mati kutu bila berada di kampong neneknya di Terengganu kerana dia tidak pernah merasa hidup di kampong dan di besarkan di bandar. Tanpa ipad dan wifi dia tidak dapat hidup inikan pula Adam.
 
 
 

 

“Apa you selalu buat bila balik kampong di Terengganu??,” soal Adam. Dia tahu Dian punya kampong di Terengganu. Jadi dia ingin tahu apa yang Dian selalu buat bila dia balik ke kampong neneknya. Mungkin Dian dapat memberi dia idea supaya dia tidak mati kebosanan.
 
 

 

“Ah..I tak berapa adventures sangat..I duduk rumah aje,” jawab Dian.
 
 
 

 

“You can stay at home without doing anything?? I really can’t,” jawab Adam lalu duduk di kerusi pak awang yang terdapat di beranda rumah. Dia mencapai suratkhabar lalu mengipas perlahan.




 

“Not really..I surf internet I can leave with that,” jawab Dian tersenyum. Kalau tak ada internet dan wifi takde maknanya dia dapat tinggal lama di kampong. Sehari sahaja dia dah balik.

 
 
 
 

“Done that..but I’m still bored,” keluh Adam.

 
 
 
 

“Why don’t you ajak your wife pergi shopping raya di sana??,” cadang Dian tak lah rasa bosan sangat keluar shopping dari terperap di rumah macam jeruk.

 
 
 
 

“Shopping??? Ada shopping mall macam pavilion di Pahang?,” soal Adam ingin tahu.

 
 
 

Sekali lagi Dian ketawa bila Adam bertanya samada di Kuantan punya shopping centre gah seperti Pavilion. Manalah ada high end shopping centre? Lagipun shopping mall macam Pavilion mana ada jual baju raya atau keperluan hari raya.

 
 
 
 

“I’m a joke of a day for you right?,” ujar Adam bila Dian seringkali ketawa bila berkata sesuatu.
 
 
 
 

“I’m sorry..manalah ada shopping mall macam Pavilion, anyway apa yang you boleh beli mall yang macam Pavilion for hari raya celebration sir..bukan ada jual baju raya pun,” terang Dian. Dia tahu Adam mula merasa geram bila dia asyik di tertawakan olehnya.

 
 
 
 

“Ok..so why don’t you google cari shopping mall yang ada di Pahang yang you know I would like to go, thanks Dian,” ujar Adam lalu mematikan talian. Dia meletak iphone di atas meja.

 





Dia berdiri di beranda rumah memerhatikan keadaan sekeliling dengan wajah bosan. Apa yang boleh dia buat di Kampung? Adam mengeluh perlahan tidak tahu apa yang boleh di lakukan untuk masa yang terluang sepanjang dia berada di kampong.

 
 
 
 

“Assalamualaikum..,” Adam tersentak bila terdengar seseorang memberi salam. Adam mengalih pandangan kearah anak tangga.

 





“Waalaikumsalam, eh Khairul..awalnya datang, abang suruh Khairul datang lepas asar,” jawab Adam merasa hairan bila khairul sudah berdiri tercegat di anak tangga. Adam melirik kearah jam di tangannya. 3.15 petang? Awalnya Khairul sampai. Dia hanya meminta Khairul tiba lepas asar nanti.




 

“Khairul tak ada apa yang hendak di buat di rumah..itu yang Khairul datang awal,” jawab Khairul masih lagi berada di anak tangga.

 
 
 
 

“Oh begitu..eh naiklah apa tercegat di bawah..naik duduk..rehat dulu,” pelawa Adam. Khairul dah datang sekurang-kurangnya dia ada teman berbual. Tidaklah dia bosan sangat.

 




Seperti di minta Khairul mendaki anak tangga lalu naik ke atas. Dia duduk di atas lantai. Adam sempat menjeling kearah selipar yang di guna Khairul. Kesian sungguh melihat keadaannya. Di kiri kanan selipar Khairul sudah haus dan terdapat lubang sebesar 50 posen. Khairul masih mengunakan selipar itu walaupun kakinya terasa sakit dia terpikat benda-benda tajam. Adam merasa belas melihat kedaifan Khairul.

 
 
 

“Kenapa duduk di atas lantai duduk di atas kerusi..banyak kerusi ni hah,” tegur Adam bila Khairul memilih untuk duduk di atas lantai dan bukan di atas kerusi.

 
 
 

“Eh tak mengapa abang Adam..saya dah biasa,” jawab Khairul lalu tersenyum. Di rumahnya tidak punya perabot dan berkerusi. Jadi dia sudah biasa duduk di atas lantai dan akan merasa kekok bila di minta duduk di atas kerusi.

 
 
 

Adam tersentak bila iphonenya berbunyi secara tiba-tiba. Wajah teman baiknya Raoul terpampang di screen. Raoul?? Adam mengerutkan dahinya. Lama Raoul tidak menghubunginya sejak dia berkahwin dahulu. Adam mengambil keputusan untuk menjawab panggilan Raoul.

 
 
 

“Hello,” jawab Adam.

 
 
 

“Hey bro..why are you so quiet nowdays..,” ujar Raoul sebaik sahaja Adam menyambut panggilannya.

 
 
 

Adam tertawa perlahan bila Raoul berkata demikian. Yup. Sejak dia berkahwin dia jarang sekali menghubungi Raoul dan teman-teman lain kerana dia tidak mahu terlibat dengan kegiatan lamanya. Dia mahu berubah kearah kebaikan dan menumpukan perhatian kepada rumahtangga dan keluarga. No more nuisance and nonsense. Dia sudah puas merasainya.

 




“You know I’m not the same old Adam..Raoul, eversince I’ve met Era,” jawab Adam mengingatkan Raoul tentang perubahan ke atas dirinya sejak mengenali Era. Raoul turut tidak percaya penangan Era membuatkan teman baiknya yang dahulu liar tidak menghormati perasaan wanita menjadi jinak setelah mengenali Era.

 




“Yah..but I miss you bro..I miss us, yang lain tu tak macam kau Adam! They are not spontaneous and dangerous like us,” ujar Raoul mengingatkan Adam tentang temannya yang lain.

 
 
 

Adam tertawa lagi bila Raoul mengingatkan mereka tentang kegiatan mereka yang tidak berfaedah dahulu. Sepertimana yang dia katakan kepada Raoul. Dia bukan Adam yang dahulu.

 
 
 

“I know..,” jawab Adam mengiyakan pendapat Raoul. Memang mereka ramai kawan. Tapi tidak semua yang benar-benar clique. Adam dan Raoul sudah berkawan lama sejak di campus lagi. Jadi bila Adam sudah berkahwin Raoul tidak mempunyai teman baik seperti Adam.

 
 
 
 

“I know you happy with your life now..I’m happy for both of you, eh..kau kat mana?? Aku call office Dian kata kau tak kerja selama sebulan..kau bercuti di Europe??,” ujar Raoul ingin tahu.

 




“Aku di Pahang, rumah mak ngah Era,” jawab Adam.

 
 
 

“Pahang?? For one month?? Eh kau tak bosan ke bro?,”

 
 
 
 

“You think?,” soal Adam kembali bila Raoul berkata demikian.

 
 
 
 

Tawa Raoul meledak bila Adam berkata demikian. Dia tahu Adam bosan. Adam will always be Adam. Cepat merasa bosan. Dia hanya berharap agar Adam tidak cepat bosan dengan perkara lain pula.

 
 
 

“Why don’t you organise party..invite all happening people at kampong Mak ngah kau,” seloroh Raoul, ketawanya masih bersisa. Apa cadangan yang boleh di beri kepada Adam? Dia berada di Pahang.

 
 
 

“Funny Raoul..very funny,” jawab Adam lalu tersenyum. Dia masih ingat lagi akan cadangan Raoul untuk dia mengadakan party di Penthousenya setahun yang lalu. Di mana dia bertemu dengan Era buat pertama kali. Wanita itu berani menyahut cabaran ‘Truth or Dare’ game. Adam tersenyum lagi bila mengingati saat pertama pertemuan di antara dia dengan Era. Era kelihatan kalut bila dia bersetuju untuk menjadi teman lelakinya selama 3 bulan.

 
 
 
 

“Sorry..kau cuti lama sampai sebulan kenapa? Kau nak beli tanah nak buat rumah ke?,” tanya Raoul serious. Yelah buat apa Adam berada di sana lama melainkan dia punya sebab untuk berada di sana. Mungkin Adam mahu mendirikan rumah dan membeli tanah disana.

 
 
 
 

“Era suruh kami berpuasa dan sambut Raya di sini,” jawab Adam.

 
 
 
 

“Puasa??? You mean fasting??,”

 




“Yes Raoul..puasa tu fasting, kenapa kau terperanjat??,” soal Adam bila Raoul kedengaran terperanjat bila dia mengatakan sebab kenapa dia berada di Termerloh.

 
 
 

“I mean kau pernah observed fasting ke sebelum ni?,” soal Raoul. Selama dia berkawan dengan Adam. Dia tidak pernah nampak Adam berpuasa sekali pun kerana Adam tidak pernah ambil endah akan bulan-bulan penting dalam islam.

 
 
 

“I’ve told you..I’m not the same Adam,” ujar Adam sekali lagi untuk mengingatkan temannya itu. Dia tidak marah bila Raoul berkata demikian sudah memang betul dan nyata kehidupannya dahulu seperti itu. Tapi sekarang dia sudah berubah.
 
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment