Friday, 26 April 2013

Saiful?..Shahril?..Mr. Shah? - Part 4


            “Hello, saya Maya Maisara,” ujarku seraya tersenyum ke arah gadis di belakang meja reception.

            “Cik Maya,” ujar gadis itu hampir terlompat bila terpandang akan wanita jelita yang berdiri di hadapannya.

            Aku tersenyum mungkin gadis itu terkejut bila di sergah kerana wajahnya kelihatan agak pucat bila terpandang wajahku.

            “Cik Maya tunggu sekejap, saya- ah Mr Shah,” laung Atikah bila ternampak kelibat Shahril.

            Shah menuju kea rah meja penyambut tetamu bila di panggil Atikah. Dia perasan Maya berada di situ tapi dia sengaja tidak menoleh ke arahnya.

            “Yes Atikah,” jawab Shah manja.

            Aku menjeling meluat bila lelaki itu berbuat demikian kerana aku pasti lelaki yang bernama Shah itu sengaja berbuat demikian.

            “Can I see you in private for a minute, sorry cik Maya you duduk sekejap kami akan uruskan bilik cik Maya,” ujar Atikah seraya mendekati Shah yang kelihatan kebingunan bila Atikah mahu bercakap dengan dia secara peribadi.

            “Ada masalah,” ujar Shah bila mereka berada jauh dari Maya. Dari expresi wajah Atikah dia dapat merasakan Atikah mempunyai masalah.

            “Mr Shah, Saiful tunang cik Maya ada di dalam Suite,” ujar Atikah seakan berbisik walaupun dia sedar Maya tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana mereka berada jauh dari tempat dia sedang duduk.

            Shah agak terperanjat dengan kenyataan Atikah tapi dia cuba menyembunyikannya agar Atikah tidak perasan akan reaksi di wajahnya. Maya mengajak kekasihnya bercuti bersama. How interesting?

            “I rasa dia memang hendak bercuti dengan tunangnya, lagipun you yang cakap registration was under Saiful name,” soal Shahril cuba berlagak biasa, seolah-olah ia bukanlah menjadi masalah buat dirinya dan Atikah. Tapi kenapa Atikah kelihatan begitu panic.

            “Tapi Mr Shah, I saw him with another woman,” terang Atikah.

            “What, are you sure itu boyfriend dia,” soal Shah ingin kepastian dia khuatir Atikah tersalah orang.

            Atikah tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa wanita yang di kepit Saiful itu bukan Maya kerana sangkanya Maya akhirnya dapat menaiki van tersebut kerana Saiful datang bersama seorang wanita muda. Dia hampir terjatuh dari kerusi bila tiba-tiba wanita muda yang kelihatan penat itu mengaku dirinya Maya. Kalau wanita muda itu adalah Maya, jadi siapa dia wanita yang berkepit dengan Saiful tadi kerana mereka kelihatan begitu mesra sekali.

            “Ok, you bagi cik Maya complimentary voucher from our restaurant dan beritahu padanya biliknya belum sedia lagi, I think of something ok, don’t worry,” ujar Shah tenang, matanya sempat melirik kea rah Maya yang sedang sibuk menyelak majalah. Tahukah dia Saiful bersama dengan wanita lain. Shah berjalan menuju kea rah pejabatnya.

 

            Aku melirik kea rah jam. Jam menunjukkan hampir ke 3.00 petang. Perutku sudah mula berkeroncong kerana aku tidak sempat bersarapan pagi tadi kerana bangun lewat. Aku melirik kea rah Atikah yang sedang menuju kea rah ku, gadis itu cuba tersenyum.

            “Cik Maya, kami minta maaf kerana Suite cik Maya sedang disediakan, bagi pihak Nature Lodge pengurus kami memberi complimentary voucher untuk cik Maya gunakan sementara menunggu bilik cik Maya,” ujar Atikah setenang mungkin. Dia pasti Maya akan melenting kerana pertama, dia tertinggal van dan kedua biliknya belum siap. Tentu Maya menyangka bahawa Nature Lodge tidak memberi servis yang baik.

            Aku mengeluh bila Atikah berkata demikian. Tapi nasib baik aku diberi voucher percuma untuk makan tengahari, sekurang-kurangnya dapat mengisi perut. Ikutkan aku tidak memerlukan voucher kerana aku mampu untuk membayar harga makanan di restaurant mereka. Aku tidak menyangka pengurus Nature Lodge begitu murah hati memberi aku voucher makanan tersebut.

            “Ok, tapi cepat sikit, I betul-betul penat ni, by the way bilik I number berapa,” soalku seraya bangun dari tempat dudukku.

            “Number 272,” jawab Atikah pantas tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu Maya mengesyaki apa-apa.

            “Thanks,” ujarku seraya menuju kea rah restaurant yang di maksudkan. Atikah beredar semula ke meja penyambut tetamu.
 
Shahril menuju kea rah bilik pejabat Taufiq General Manager Nature Lodge yang sedang bercuti selama 2 minggu untuk berbulan madu. Untung Taufiq dapat berkahwin dengan wanita pilihannya. Tidak seperti dirinya terikat dengan perjanjian keluarganya. Turutkan hati Shahril memang tidak pernah bersetuju dan agak marah dengan kedua orang tuanya bila dia mengetahui bahawa dirinya sudah ditunangkan kepada anak gadis pilihan mereka. Dia tidak percaya sama sekali perkara ini berlaku kepada dirinya. Bukankah ini zaman modern, dia berhak memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi isterinya. Walaupun dia keberatan namun Shahril tidak berusaha untuk menghancurkan harapan kedua orang tuanya. Sejak dia mengetahui bahawa dirinya sudah bertunang Shahril banyak menolak cinta dari beberapa wanita yang pernah cuba menagih cintanya. Dia tidak sanggup ingin menghancurkan hati mereka. Biarlah mereka kecewa sekarang dari kemudian hari.
 
Shahril tersentak bila secara tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Matanya melirik kea rah screen Galaxy notenya. Terpapang jelas nama Auntie Manisah.
 
“Assalamualaikum,”
 
“Waalaikumsalam, Ril, ini auntie, auntie nak tanya Maya dah tiba,”  
 
“Sudah Auntie, dia tak telefon auntie,” ujar Shahril seraya mengerutkan dahinya bila menyedari Maya tidak menghubungi mamanya dan menceritakan tentang kesulitan yang di hadapinya sepanjang perjalanan ke mari. Dia menyangka Maya akan terus mengadu pada mamanya.
 
            “Tak, itu yang auntie risau, tapi Ril kata dia dah sampai, alhamdulilah, Ril tolong tengok-tengok kan si Maya, dia tidak berapa adventurous sangat lagipun dia kesana seorang, auntie yang paksa dia ke sana agar dia dapat berkenalan dengan Ril,” terang auntie Manisah panjang lebar.
 
            “Seorang,” bisik Shahril dalam hati seraya tersenyum. Sudah terang Auntie Manisah tidak mengetahui bahawa anaknya itu mengajak teman lelakinya menemaninya bercuti disini.
 
            “Insyallah, auntie jangan risau saya akan menjaganya, bila auntie hendak ke mari,” soal Shahril seraya melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Dia tahu sudah  hampir 45 minit dia berada di bilik Taufiq. Dia berjanji kepada Atikah dia akan cuba menguruskan sesuatu agar Maya dipindahkan ke bilik lain supaya dia tidak bertemu dengan Saiful.
 
            “Kalau tak ada aral, mungkin minggu depan, auntie datang seorang sahaja kerana uncle out-station, jumpa minggu depan ye, assalamualaikum,” ujar Datin Manisah mengakhiri perbualan.
 
            “Waalaikumsalam,” jawab Shahril seraya mematikan telefonnya.
 
            Shahril menyandarkan badannya di kerusi empuk milik Taufiq. Dari awal lagi dia memang dia tidak bercadang untuk menguruskan pindahan bilik untuk Maya kerana dia sedia maklum sepanjang bulan ini bilik di Nature Lodge sudah fully booked.  Dan sekiranya Maya berdegil mahu meneruskan percutiannya. Dia terpaksa mengunakan bilik yang ditempahnya. Shahril tidak bercadang hendak menghuru harakan hubungan Maya dengan kekasihnya. Dia sekadar mahu Maya sedar dan tahu akan siapa Saiful yang sebenarnya. Sungguhpun dia tidak berapa sukakan Maya, tapi ia menjadi tanggungjawabnya menjaga Maya sepanjang dia berada di Nature Lodge.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment