Friday, 26 April 2013

Kutub Utara, Kutub Selatan - Part 5

               Aku mengira gelas yang terdapat di rak-rak dengan tekun. Hari ini hari pertama aku bertugas sebagai pelayan di restaurant Mediterranean “Dome”. 5 bulan yang lalu aku hanya  menjadi pembantu dapur bagi mengantikan pekerjanya yang bercuti tanpa gaji. Sebelum aku  diterima bekerja di restaurant aku pernah bekerja di sebuah hotel kecil di kampungnya. Jadi aku  merasa teruja bila di terima bekerja di kota besar seperti Kuala Lumpur lebih-lebih lagi di restaurant yang bertaraf 5 bintang.
 

            “First day, well good luck,” ujar Saiful selaku floor manager di restaurant tersebut. Saiful membetulkan tali lehernya di hadapan cermin seraya menyarung jaket ke tubuh badannya.


            Aku tersenyum gementar bila Saiful berkata demikian. Yelah hari ini hari pertama aku  bertugas di bahagian luar. Entah macamana agaknya karenah orang-orang di bandar besar ni. Kalau di kampong aku tidak pernah mengalami masalah dalam mengendalikan kerjaku kerana kebanyakan pengunjung yang duduk di hotel kami berasal dari orang Malaysia juga.

 
            “Good evening mem, can I have your order please,” ujarku ramah seraya tersenyum ketika mengambil pesanan dari salah seorang pengunjung di restaurantnya. Sesekali aku  menganggukkan kepala tanda faham dan mencatat pesanan yang di ambil di atas note yang ku pegang. Aku berjalan menuju kea rah kaunter seraya mengklip order pelanggan tersebut. Aku mula merasa seronok bila semuanya berjalan dengan lancar. Saiful sesekali melirik kearah aku yang sedang sibuk kesana kemari mengambil pesanan dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.

 
            “Hati-hati bawa air tu,” tegur Saiful bila Alya menatang 12 gelas berisi air putih di atas sebuah dulang sekaligus. Jarang pekerja wanitanya dapat mengangkat gelas sebanyak itu kerana terlalu berat. Dan bila melihat Alya berbuat demikian dia khuatir gadis muda itu tidak larat mengangkatnya sekaligus.

 
            “I dah biasa Mr Saiful,” ujarku tersenyum.
 

            “Ok,” jawab Saiful ringkas seraya menuju kea rah salah seorang pengunjung tetap restaurantnya.

 
            Aku meletak gelas yang berisi air putih tersebut ke atas meja pengunjung yang berkehendakkan air. Dan tinggal segelas sahaja air putih yang terdapat di atas dulangku. Aku berjalan perlahan menuju kea rah kaunter bila secara tiba-tiba kakiku tersandung dan gelas itu terjatuh di atas tray dan tersiram ke atas baju seseorang.

 
            “I’m sorry sir,” ujarku memohon maaf tanganku pantas mencapai napkin yang terdapat di atas meja pelanggan tersebut lalu mengelap bajunya yang terkena tumpahan air. Aku benar-benar  tidak tahu bagaimana aku boleh terpelecuk walhal kasut yang ku pakai bukan kasut bertumit tinggi pun.

 
            “Oh my,” jawab lelaki itu seraya menoleh kea rah pelayan wanita yang kelihatan panic. Saiful segera mendapati pelanggan tersebut menyedari ada sesuatu yang tidak kena bila Alya sibuk mengelap baju kemeja pelanggan tersebut dengan napkin.

 
            “I’m so sorry Mr Ridzuan, it’s her first day today,” ujar Saiful meminta maaf bagi pihak Alya. Dia memberi isyarat kepada Alya agar meminta maaf kepada pelanggan yang bernama Ridzuan.

 
            “I’m really sorry sir,” ujarku seperti baru di marahi pengetua sekolah. Yelah belum pernah aku cuai begini. Tengok sahaja tadi 12 gelas berisi air senang sahaja aku kendali, inikan pula hanya segelas. Mungkin sudah nasib air itu tertumpah di baju lelaki itu.
 
            “It’s ok,” jawab Ridzuan dengan wajah bersahaja. Lagaknya seperti perkara kecil yang tidak perlu di besar-besarkan. Padahal hampir separuh lengan kemeja putihnya di basahi air.
 
            “Thanks,” ujarku segera beredar menuju ke dapur. Sempat aku mencuit lengan Anis yang kebetulan berada di kaunter.
 

            “Siapa tu,” soalku perlahan.

 
            “Regular customer, jangan main-main Mr Saiful favorite customer,” ujar Anis seraya tersenyum. Dia kenal benar dengan customer yang di maksudkan. Seorang jejaka tampan dan juga selaku peguam yang selalu berkunjung ke restaurant ini. Kalau tidak dengan client dia akan berkunjung dengan teman wanitanya. Tapi hari ini dia kemari seorang.

 
            “Hmm handsome,” komenku ringkas sambil tersenyum.

 
            “Yeah, but he’s not available, selalu kemari dengan girlfriend dia,” ujar Anis turut tersenyum bila secara kebetulan pelanggan yang kami gossip menoleh kearah kami seakan tahu kami membicarakan tentang dirinya.

 
            “Alya, sini senang-senang aje boleh kenal dengan lelaki-lelaki berada macam dia, lebih-lebih lagi kalau cantik macam kau,” ujar Anis masih lagi memandang ke arah Ridzuan.

 
            “Gila apo, den tak rasa dia nak kat eden, eden orang utara depa orang selatan mana nak ngam,” ujar Alysa loghat kedahnya seraya mengekek kecil.

 
            Anis yang terkenal dengan gadis yang loud speaker meledak ketawanya bila Alya berbual dengan loghat kedahnya. Jejaka yang dimaksudkan yang sedari tadi sibuk meneliti blackberrynya itu menoleh kea rah kedua-dua pelayan restaurant yang berada di kaunter.

 
            “Balik pukul berapa,” ujar Anis.

 
            “Kejap lagi baliklah, kenapa customer tu tak nak balik, dia nak tolong kita susun kerusi ke,” soalku lalu menjuihkan mulut kearah pelanggan yang dimaksudkan.

 
            “Hmm entah tunggu awek dia agaknya,” jawab Anis acuh tak acuh seraya melipat alas meja.

 
            “Anis pergi tanya Mr Ridzuan, kalau-kalau dia nak order lagi,” tegur Saiful.

 
            “Alya kan ada,” jawab Anis tanpa menoleh. Apa Saiful tidak nampak dia sedang berbuat apa.

 
            “Sorry Alya no offence-,”

 
            “It’s ok, aku ganti tempat kau, kau pergi tanya Mr Ridzuan,” ujarku tidak sedikit pun terasa hati dengan Mr Saiful. Lagipun aku masih lagi tidak mengerti bagaimana aku boleh tersandung tadi. Aku orangnya suka berhati-hati bila melakukan kerja dan bukannya seorang yang cenderung kepada kecuaian.
 
To be continue...

 

No comments:

Post a Comment