“Apa kau duduk atas riba dia,” ujar Anis
kuat sambil membeliak kan matanya.
Aku
segera menukup mulut Anis dengan tanganku. Mataku sengaja kubesarkan memberi
isyarat kepada Anis supaya memperlahankan suaranya khuatir orang yang di umpat
berada berdekatan. Aku serik dan phobia bila mengenangkan peristiwa semalam.
Nak kena mandi air bunga agaknya aku ni. Apa yang mengkhairankan bila setiap
kali Ridzuan berada di tempat yang sama dengan aku pasti ada kejadian pelik yang
berlaku.
“So lucky,” ujar Anis seraya
tersengih gelihati. Ridzuan memang pemuda kacak. Jarang sekali dia melihat
Ridzuan tersenyum. Tapi bila sesekali dia membuahkan senyum hai boleh mabuk
kepayang di buatnya. Ridzuan seorang yang pendiam jarang sekali dia bersuara.
Bila dia makan di restaurant tempat mereka bekerja dengan teman wanitanya.
Hanya suara teman wanitanya sahaja yang kedengaran berceloteh. Ridzuan hanya
menjadi pendengar setianya sahaja. Manakala kalau Ridzuan membawa clientnya
berbincang business. Ridzuan kelihatan hebat dan berkeyakinan.
“Apa lucky, memalukan aku aje, aku
tak tahu kenapa masalah aku ni terjadi bila dengan dia aje, aku dah cuba dengan
Mr Saiful, saja buat-buat clumsy tak pulak tertumpah air tak pulak kaki aku
terpelecuk,” gerutuku dengan wajah sebal. Masih lagi mencari silapnya. Nak kata
aku jatuh hati padanya. Tidak juga. Apalah yang ada pada aku. Gadis kampong
yang berasal dari utara sedangkan dia jejaka tampan yang canggih serba serbi.
Hai pening kepala dibuatnya.
“So kau dah nekad nak berhenti
kerjalah ni, betul kau nak tukar angin bukan alasan nak lari dari Ridzuan,”
ujar Anis seraya menepuk lengan Alya yang sedang mengelamun.
“Lah kenapa pulak kerana Ridzuan, dia
tidak ada kena mengena sebab aku hendak berhenti kerja, nah tengok surat
pemohonan kerja aku di salah sebuah restaurant di Hyatt Johor Baru diterima,
dia suruh aku pergi interview hari isnin ni, mana tahu nasib aku baik, taklah
selamanya aku menjadi waitress kat sini,” aku menayang surat yang ku terima
semalam kepada Anis agar dia tidak terus menerus menganggap aku berhenti kerja
kerana Ridzuan. Sejak kebelakangan ini bila setiap kali terserempak dengan
Ridzuan aku cepat-cepat menukar arah. Aku akan pastikan bahawa aku berada jauh
dari jejaka kacak itu. Dan sekiranya dia di restaurant sengaja ku suruh
teman-teman lain melayannya. Tidak ingin pisang berbuah banyak kali.
“I will miss you, good luck ok, kalau
dah kerja kat JB jangan lupakan aku pulak,” Anis memelukku erat. Walaupun
hubungan persahabatan kami tidak sampai setahun. Aku begitu senang berkawan dengannya.
Anis gadis yang kelakar dan suka berterus terang. Sikap terus terangnya itu
yang membuatkan aku takut hendak memberitahu rahsia apa-apa padanya kerana
takut dia terlepas kata. Tengok saja tadi. Hampir seluruh pengunjung warung Pak
Hassan menoleh kea rah kami bila terdengar jeritannya.
Ridzuan menutup boot keretanya
setelah memasukan luggage kedalamnya. Ridzuan mengeluarkan telefon bimbit jarinya
pantas mendial number telefon Diana. Mereka sepatutnya sudah bertolak ke Johor
Baru awal. Tapi disebabkan Diana tidak menjawab panggilannya dari siang tadi
dia terpaksa menunggu. Sejak kebelakangan ini hubungannya dengan Diana semakin rengang.
Diana asyik sibuk dengan kerjanya. Segala rancangan mereka terpaksa di tunda.
Ridzuan sepatutnya memperkenalkan Diana kepada mamanya sebulan yang lepas
sebelum Diana mula bekerja. Diana juga yang beria-ia mahu hubungan mereka di
kukuhkan dengan ikatan pertunangan. Ridzuan menurut sahaja. Tapi sejak
kebelakangan ini sudah lain pula ceritanya. Diana semacam tidak berminat lagi
dengan hubungan mereka. Pelbagai alasan diberikan kepadanya. Katanya dia masih
muda dan baru mula bekerja. Dia tidak mahu terikat sekarang dan macam-macam
lagi. Ridzuan tidak pernah memaksa, dia sayangkan Diana. Dia sanggup menunggu.
Ridzuan sedar Diana sudah banyak berubah, Diana tidak seperti yang di kenali
dulu seorang wanita yang cantik dan bersederhana. Diana sekarang sudah pandai bergaya
dan gilakan kebendaan. Sungguhpun begitu hati Ridzuan tidak pernah berubah
terhadap Diana dia hanya berharap bahawa Diana kembali kepada gadis yang dulu
pernah memikat hatinya.
Ridzuan mengeluh kecil bila pangilan
telefonnya yang ke beratus kali tidak di jawab Diana. Dia mengambil keputusan
untuk meneruskan perjalanan tanpa Diana. Pandailah dia hendak menjawab
pertanyaan mamanya nanti bila orang yang dijanji untuk dikenalkan tidak dapat
menghadirkan diri kerana banyak urusan. Ridzuan memulas kunci menghidupkan
enjin kereta. Dia menolak gear satu, kereta BMW 5 seriesnya meluncur perlahan.
Aku terdengar suara orang mengadoi
sebaik sahaja aku menghempas pintu peti ais. Opps aku menutup mulut dengan
tangan. Aku berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Mukaku berubah menjadi
pucat. Kalau di toreh dengan pisau tidak akan berdarah.
“Encik Ridzuan,” ujarku terperanjat
lalu mendapatkannya. Lelaki itu memicit-micit tangan kanannya yang tersepit di
pintu peti ais yang aku ambil semasa aku menutupnya tadi.
“I’m very-very sorry,” ujarku meminta
maaf darinya.
“It’s ok,” jawab Ridzuan cuba
menahan sakit tidak lagi merasa hairan bila perkara ini berlaku bila setiap
kali mereka berada di tempat yang sama. Dia seakan sudah lali dengan ini semua.
Dan tak ada gunanya dia marahkan wanita muda itu. Cuma dia merasa geram bila
dia selalu menjadi mangsa wanita muda. Apa wanita itu sengaja hendak
menyakitkannya. Entahlah dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Dia membuka pintu
peti ais itu dengan tangan kirinya lalu mencapai 2 tin red bull.
“Nak saya bantu,” ujarku merasa serba
salah bila melihat dia terpaksa mengepit 2 tin red bull itu kerana tangan
kanannya sakit. Aku sedikit pun tidak perasan bahawa lelaki yang berada di
sebelahku tadi adalah Ridzuan kerana terlalu leka memilih minuman. Memang aku
sedar ada seorang lelaki yang juga menunggu giliran untuk mengambil minuman
dari peti ais yang sama. Tapi aku tidak sama sekali menyangka bahawa lelaki itu
adalah Ridzuan. Kenapa kemana sahaja aku pergi, aku pasti bertemu dengan
Ridzuan. Dan bila setiap kali bertemu pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau yang
baik tak apa juga tapi perkara yang sebaliknya. Pasti Ridzuan turut phobia bila
terserempak denganku kerana dia yang selalu menerima musibahnya.
“Tak apa terima kasih,” ujarnya
tersenyum sinis seraya menuju kea rah kaunter. Takut perkara buruk lain pula
yang berlaku jika dia membenarkan wanita itu membantu.
“Ya allah, kenapa dengan orang lain
aku tak macam gini, kenapa mesti dia,” gerutuku dalam hati. Aku mencapai bag
pakaianku lalu menuju ke kaunter. Sengaja aku membelek-belek makanan ringan
yang berdekatan dengan kaunter walaupun aku tiada niat untuk membelinya.
Tujuanku agar berdiri jauh dari Ridzuan. Sebaik sahaja Ridzuan membuat bayaran
dan keluar dari 7-eleven aku cepat-cepat menuju ke kaunter pembayaran. Dari
jauh aku ternampak kelibat Ridzuan menuju kearah kereta BMW hitam yang
diparkirkan di salah satu tempat mengepam minyak. Aku mengeluh lega kerana
tiada apa-apa yang berlaku. Ini petrol station. Aku tidak mahu perkara tidak
diingini berlaku. Aku tidak mahu wajah kacaknya menjadi cacat kerana aku. Aku
menolak pintu transparent tanpa menoleh ke arahnya aku berjalan pantas
meninggalkan petrol station. Kemana agaknya Ridzuan hendak pergi? Soalku dalam
hati. Tanpa ku sedari aku berjalan menuju kearah lorong yang agak gelap. Hendak
ke pudu melalui lorong itu agak dekat. Aku nekad untuk meneruskan perjalanan
walaupun aku merasa takut-takut. Maklumlah lorong itu terkenal dengan ramai
penagih. Langkahku percepatkan agar segera sampai ke penghujung lorong.
“Jangan bergerak,” ujar seseorang
lalu menarik lenganku. Aku dapat merasa benda tajam diacukan di belakangku.
No comments:
Post a Comment